Ramadhan tinggal beberapa hari sahaja lagi saat kedatangannya. Sejauhmana kita bersedia meraikannya sebagai tetamu agung ? Kesemuanya bergantung pada bagaimana tanggapan dan paradigma kita kepada Ramadhan. Adakah benar kita melihatnya sebagai seorang 'tetamu' ? Atau kita melihatnya sebagai 'beban' (puasa) ? Atau kita melihatnya sebagai 'raya dah tak lama' ?
Cara berfikir anda akan mempengaruhi kualiti tindakan dan amalan anda sepanjang Ramadhan. Justeru, fahami dan hayatilah bahawa Ramadhan adalah bulan yang bukan sahaja dipilih Tuhan untuk diturunkan al-Quran di malam yang lebih dari 1000 bulan, namun Tuhan memuliakannya sebagai bulan pilihan dan 'sentralisasi' banyak kemenangan tentera Islam dalam bulan ini. Bagaimana di saat keletihan puasa dan makin bergantungnya para pejuang Islam kepada Tuhan, rupanya ia makin mendekatkan mereka pada kemenangan di medan pertembungan dengan musuh.
"Ramadhan is Coming : Shift Your Paradigm !!!" yang saya hasilkan pada tahun lepas dengan lebih 2,000 views dan beberapa komen dari luar negara. Penangan Youtube untuk menyentak kesedaran.
I'm using Muslim Youtube Emirates as muqaddimah for this video. Tribute for them. The battles involved was Badar, Fathu Makkah, Nakhlah, Ain Jalut, Zallaqah, Hittin, Bar Lev.
0 Responses to Ramadhan Is Coming : Shift Your Paradigm By This Video