Content feed Comments Feed


Selepas 'sihir' sotong Paul di World Cup 2010 dan terbaru pemilihan Presiden Rusia dipropagandakan ke seluruh dunia, kini The Sorcerer's Apprentice tampil menonjolkan kuasa sihir 'Dajjal' yang pernah digunakan Merlin di Great Britain utk menguasai dunia. Nicolas Cage terus jadi proksi mendedahkan Hollywood 'hidden agenda' mengenai Illuminati-Freemason. Agenda 'hitam' proksi Dajjal-NWO makin dahsyat.

Saya bercakap mengenai sotong Paul bukan bertujuan mempromosikannya sebagaimana seorang kolumnis muslim sebuah akhbar pd hari ini. Saya menyebutkannya sbg sihir supaya orang Melayu Muslim yang terus menyebut 'kehebatannya' faham bahawa kepercayaan pada kemampuan sotong itu adalah sebahagian dari kesyirikan dan khurafat. Lebih dari itu, saya cuba membawa teman-teman berfikir apa sebenarnya tujuan media antarabangsa menghangatkan peranan sotong tersebut dalam WC dan terbaru dalam pemilihan Presiden Rusia. Dari sukan dunia ke politik dunia, ini sudah melampau dan seolah-olah mempunyai tujuan tertentu.


Maafkan saya kerana tidak gemar untuk simple-minded dalam menanggapi propaganda media antarabangsa.

Keyakinan pada Allah adalah suatu asas kemenangan. Namun belum mencukupi jika kita tidak mengenal senjata dan kaedah sepak terajang musuh-musuh Allah dalam menguasai minda manusia dan umat Islam.

"Merlin dari Porius adalah sebahagian manusia dan sebahagian tuhan, bertubuh besar, berjalan perlahan dan menggemari kehijauan hutan dan bukit. Dia mengabdikan diri utk mendirikan zaman keemasan utk menyiapkan kemunculannya kembali ke bumi, zaman Saturn/Cronos, di mana tuhan merestuinya sbg Avatar yg sbnr." (The Merlin of Porius, John Cowper)

"Merlin tidak akan mati bahkan dia tidak akan menzahirkan dirinya yg sebenar, dan hanya akan muncul pada akhir zaman." (Merlin : Shaman, Prophet Magician oleh John Mathhews)

Tribute dan kredit atas kajian akademik Tuan Khalid Yahya, Misteri Kemunculan Dajjal.

1 Response to Antara Sotong Paul, The Sorcerer's Apprentice, dan Sihir Merlin si Dajjal

  1. Anonymous Says:
  2. Salam ziarah.. saya percaya tentang the hidden agenda.. Tapi, saya terfikir, kemungkinan untuk satu 'rahsia' sengaja 'dibocorkan' kerana terdapat 'rahsia' lain yang lebih utama bagi mereka.. Contohnya, Protokol Pendeta Zion.. Dan juga Fremasonry dan Illuminaty..

    Juga saya percaya, watak sotong 'Paul' memang sengaja dicipta untuk mencetuskan fenomena seluruh dunia, supaya umat Islam terjebak dalam syirik secara tak sengaja.

    Agaknya, harga sotong 'Paul' akan melonjak naik kalau 'ramalan' yang dilakukan terus 'tepat'.

    Ustaz, ada tak cadangan bahan rujukan atau bahan bacaan yang menyentuh tentang sejarah yang berkaitan dengan perancangan Yahudi untuk menghancurkan umat Islam?

     

Posting Sebelumnya

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"