Terima kasih kepada Kelab Fasilitator Darul Quran yang sudi memberikan kepercayaan kepada saya dan I.P Minda Training & Consultancy untuk melakukan "Training of Trainers" kepada hampir 80 orang mahasiswa ahli KEFDA DQ. Mudah-mudahan kalian telah mendapat 'pancing ikan' terbaik dari kami.
Menjadi fasilitator bererti menjadi daie. Menjadi daie bererti menjadi jambatan antara mad’u dan Islam. Pelbagai penghalang menghambat mad’u dari mendekati keindahan Islam sebagai carahidup dan kemanisan iman sebagai jatidiri berpunca dari masalah pendakwah iaitu FASILITATOR.
Pelbagai kemahiran fasilitator dan teknik pengurusan program gagal dikuasai secara serius oleh fasilitator. Ini menyebabkan program dakwah yang dilakukan hanya bagaikan melepaskan batuk ditangga. Lebih dari itu, mentaliti ’tangkap muat’ fasi menyebabkan fasi hadir hanya untuk mendapat sesuap makanan poket, bukannya untuk menyuap ubat sakit ruh mad’u yang kelaparan hidayah.
”Mereka yang tidak mempunyai sesuatu tidak akan mampu memberikan sesuatu”.
Menjadi fasilitator bererti mencari ilmu bernama ’pengalaman’. Ilmu dan ’seni’ ini tiada di dewan kuliah dan seminar. Ia hanya diperolehi apabila anda terjun dalam kancah dakwah dan bergelumang memberikan pedoman hidup kepada mad’u yang pelbagai karenah. Ertikan hidup anda pada memberi, bencilah dosa, bukannya si pembuat dosa.
“Give a man a fish and you feed him for a day. Teach a man to fish and you feed him for a lifetime.”
Muhamad Syaari bin Ab. Rahman,
Master Trainer TOT,
I.P Minda Training & Consultancy
0 Responses to Training of Trainers I.P Minda Bersama Kelab Fasilitator Mahasiswa Darul Quran