2 event 'memorable' berlaku pada saya kelmarin.
Pertama, "shooting" saya dan isteri untuk rancangan 'Adam-Hawa' (siri tema kelapan iaitu "Amir-Amira") oleh krew kak Erma Fatima di rumah-ofis-UIA. Pada awalnya kami mengjangkan ia hanya suatu proses interview untuk tujuan 'menapis' calon yang layak menyertai program TV1 kendalian kak Erma Fatima, tapi rupanya kedatangan mereka menaiki satu van dengan 4-5 orang krew untuk tujuan terus merakam aksi-aksi "Amir-Amira" kami dalam konteks kepimpinan rumahtangga, persatuan dan kerjaya. Terima kasih Dzul Khairi atas 'konspirasi' bermakna anta.
Kedua, saya diberikan kesempatan untuk hadir ke Sekolah Seri Puteri, sebuah sekolah menengah yang mencapai prestasi nombor satu PMR terbaik Malaysia pada tahun lepas. Sungguh hebat kali pertama menjejakkan kaki ke sekolah ini. Bukan kerana fasilitinya yang lengkap, tetapi disiplin para pelajar puterinya khususnya ketika menyambut tetamu, partisipasi dalam program ceramah dan banyak lagi.
Saya sangat terkasima melihat kedahsyatan tarbiyah 'EQ' (kesihatan emosi) di Sek Seri Puteri, sampai makan beradab mereka diadakan setiap hari, dengan pelajar tingkatan 4 sentiasa datang lebih awal ke dewan makan untuk berdiri di pintu untuk menyambut dan berselawat meraikan setiap pelajar yang hadir untuk makan malam, manakala para pelajar tingkatan 1 ditarbiyah untuk membasuk dan mengemas pinggan mangkuk selepas makan malam selesai.
Bagaikan saya sedang berada di Jepun.
Thanks abg Amin Idris, bagi peluang saya menyampaikan sedikit wasiat motivasi bertajuk "IQ bukan segalanya..." pada adik-adik di sana.
0 Responses to Tarbiyah "EQ" di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya