Tahukah anda bagaimana potensi diri anda yang tersembunyi dalam diri anda boleh dikeluarkan ? Mudah sahaja, gunakan hukum alam bola yang diselam ke dalam air kolam pasti akan melantun keluar, makin kuat tekanan, makin kuat kemahuan untuk ke luar. Itu bukan lagi bicara teori hukum alam, tetapi telahpun terjadi kepada saya. Inilah kuasa 'ilmu pengalaman' yang tidak akan diperolehi di dalam kelas mahupun berbaring membaca buku pengalaman orang lain sahaja.
Tidak pernah saya terfikir saya boleh menjadi AJK teknikal khususnya kawalan muzik menyambut tetamu dan mencorak suasana program supaya sentiasa bersemangat, apatah lagi membuat montaj. Biasanya saya di kampus dahulu sentiasa mengarah orang dan berada di atas sekurang-kurangnya dalam Mainboard. Namun alhamdulillah, pengalaman membantu Ust Fahmi SU Pemuda Pas Selangor di Muktamar Pas Negeri Selangor di Bangunan SUK Shah Alam baru-baru ini menggamit suatu nostalgia penyerlahan potensi diri saya dalam bidang teknikal seperti ini.
Biasakan diri anda bekerja dalam tekanan kesibukan yang pelbagai, nescaya ia akan tingkatkan kematangan anda. Syaratnya anda mesti tenang dalam mendepani tekanan kesibukan itu, bagaikan kapal terbang yang perlukan mujahadah paling hebat (melepaskan bahan api paling dahsyat) pada awal penerbangan sahaja, selepas itu ia akan stabil dan tak perlukan apa-apa 'kerja keras' kerana ia telah menjadi 'tabiat' dan kebiasaan. Demikianlah gambaran pengurusan kesibukan saya hujung minggu lepas antara mengurus komitmen pada jamaah dan kerjaya (program di 2-3 tempat pada masa yang sama).
0 Responses to Catatan Ilmu Pengalaman : Tekanan Akan Serlah Potensi Terpendam Anda