Content feed Comments Feed


“It was East versus West in a clash of the blockbuster sequels last weekend, with Hong Kong martial-arts film Ip Man 2 going head-to-head with Hollywood comic-book adaptation, Iron Man 2.


Selepas sebelumnya menyaksikan “Iron Man 2” (ulasan saya boleh saksikan dalam posting sebelumnya), semalam saya dan isteri berkesempatan menonton satu filem ‘martial art’ terbaik yang pernah saya saksikan. Sungguh jelas mesej propaganda dan elemen pemberat yang digunakan antara filem-filem Barat (kilang Hollywood) dengan filem-filem Timur apabila dibuat perbandingan.


Biarpun soal kos pembikinan filem-filem  aksi seperti IP Man, Merantai Warrior (silat Indonesia) sangat jauh jauh jauh dibandingkan dengan filem 2012, Avatar milik Hollywood, tetapi jelas mesej dari filem-filem murah seperti arahan Raymond Wong ini jauh jauh jauh menyentuh hati, semangat, fitrah insan yang mahukan kedamaian dan keamanan dunia.


Jikalau selama ini saya sangat obses dengan seni persilatan Samurai dan budaya disiplin Jepun, filem ini telah memberikan gambaran baru saya mengenai Cina dan kekuatan tersirat di sebalik Kungfu (Wing Chun). Rupanya Kungfu bukan sekadar satu seni mempertahankan diri, tetapi satu seni untuk menguasai diri dan mempunyai jatidiri dan prinsip hidup yang kental untuk melalui kehidupan itu sendiri. Bak kata IP Man ketika mengherdik juara tinju dunia, sang Twister ketika memerli dan menghina Cina dan Kungfu.


Antara sebab saya dicadangkan oleh rakan-rakan untuk menonton IP Man kerana filem ini dimaklumkan mempunyai persamaan dengan animasi Kungfu Panda, menggambarkan bagaimana kesabaran Sang Murabbi dalam mendidik anak-anak muridnya yang pelbagai karenah. Namun demikian, mesej yang disampaikan oleh filem mengenai guru Bruce Lee ini jauh dari sekadar aspek training semata-mata. 


Ia juga mempunyai mesej politik yang jelas dan cuba menseimbangkan mesej-mesej anti Tuhan yang kebanyakannya datang dari industri filem di Barat.


Tahniah IP Man kerana menyelitkan beberapa propaganda anti-Barat ketika filem-filem Hollywood sedang mengganas memerli budaya ketimuran dan keagamaan. Keegoan Twister akhirnya tumbang memalukan di tangan IP Man yang sentiasa tenang




IP Man berjaya menelanjangkan tinggalan kemuncak kemajuan teknologi Barat yang lebih berasaskan kepada pemujaan IQ akhirnya hanya akan menatijahkan persaingan merebut kekuasaan dan kemenangan ke atas pihak yang lemah sehingga memusnahkan aspek EQ, sikap saling menghormati dan menghargai keharmonian dan kekeluargaan.


"Bagaimana dengan 20 tahun kemudian? Saya yakin pada masa itu kamu akan mengalahkan saya dengan mudah. Tidak ada orang yang akan menjadi terhebat di dunia selama-lamanya." - Kata-kata keramat IP Man kepada murid tegarnya Leung.


Mesej tersirat IP Man sangat tajam di sebalik dialog-dialog santai IP Man seperti “saya mahu balik ke rumah” (akhir pertanyaan wartawan kepada IP Man selepas menumbangkan Twister) yang membawa erti peradaban asal Timur (Cina) sangat mementingkan keharmonian rumahtangga dan kebahagiaan emosional (EQ) lebih dari kemenangan , kekuasaan dan kebahagiaan fizikal yang sementara (IQ).


"Kejayaan bukan soal siapa menang siapa kalah, tetapi saling menyanjung maruah sesama insan melalui rasa hormat." - IP Man


IP Man tampak lebih mantap dlm menonjolkan kuasa EQ dan sikap murni budaya ketimuran, lantas suatu bentuk propaganda menelanjangkan peradaban materialistik Barat yang memuja IQ, kuasa dan kekuatan fizikal. Sudah pasti filem 'martial art' guru Bruce Lee ini sangat dibenci industri Hollwoood-Illuminati pemuja kekuasaan-teknologi fizikal.

Antara mesej politik yang disampaikan oleh IP Man adalah kekedang kayuukur kemenangan bukan berasaskan siapa yang mahu mengalahkan siapa (zero sum game), tetapi soalnya siapa yang mampu mementingkan perundingan, negosiasi dan “win-win situation”. Adegan win-win situation tampak jelas ketika IP Man beraksi dengan Sammo Hung.

Apapun filem ini telah membakar semangat dan mencetuskan idea kepada saya utk memikirkan filem yang membakar semangat yang sama iaitu "Semseddin". Ini bukan guru Bruce Lee, tetapi guru besar kepada pelakar sejarah dunia, Sultan Muhammad al-Fateh. Al-Fateh tak perlu muncul lagi dalam filem ini, memadai ia muncul di akhir sebagai anak kecil yang didatangi oleh Syekh Syamsuddin. Detik-detik bersejarah Muhammad bukan bermula dari hari pengepunangan ke atas Konstantinopel, tetapi sejak hari pertama beliau berguru dengan ulama terbaik Usmaniah, Syekh Syamsuddin.


Mudah-mudahan dengan filem ini, mampu menampakkan keizzahan Islam dan kehebatan didikannya serta keindahan peradaban IQ-EQ-SQ yang ada dalam sistem pendidikan Islam Usmaniah. Mungkin impaknya saya harapkan seperti Kingdom of Heaven mahupun My Name Is Khan. Inilah cita-cita saya untuk mendepani agenda filem-filem Hollywood-Illuminati "painting Islam as the new enemy".

3 Responses to IP Man vs Iron Man 2 : Kemenangan EQ Ke Atas IQ

  1. "Rupanya Kungfu bukan sekadar satu seni mempertahankan diri, tetapi satu seni untuk menguasai diri dan mempunyai jatidiri dan prinsip hidup yang kental untuk melalui kehidupan itu sendiri. "

    Silat Melayu sendiri pun begitu.. ulama dulu2 pun ada yg menguasai persilatan dan menjadikannya wadah atau alat utk membentuk peribadi dan jatidiri kehidupan berperdukan Tauhid dan sunnah Rasulullah.. sampai skrg pun ada wadah silat yg sebegini cuma tak banyak didedahkan secara positif kpd masyarakat... terlalu banyak badan persilatan yg bercampur2 perkara tahyul dan khurafat yang menyebabkan masyarakat memandang serong institusi silat.. pada saya, badan persilatan yg memenuhi kriteria "untuk menguasai diri dan mempunyai jatidiri dan prinsip hidup yang kental untuk melalui kehidupan" perlu lebih didedahkan kpd masyarakat..

     
  2. Syaheed Says:
  3. Menarik rumusan ustaz. Sedikit persoalan, didalam subtitle filem ini, disebut nama Twister itu juga nama Muhammad. Apakah disebalik nama samaran tersebut? Apa pendapat ustaz?

     
  4. Ariffah9 Says:
  5. Ya..dah tengok IP Man 1 & 2 .
    Inilah filem yg septutnya dihasilkan oleh org Islam dan Melayu..

    namun lihatlah zaman ini, hanya filem murahan (hanya cintan-cintun yg tidak bercirikan islam) ..

    Filem IP Man sangat bagus, mempunyai makna yg sgt mndalam dan brmkna.

     

Posting Sebelumnya

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"