Content feed Comments Feed

Teringat saya pada pepatah Arab terkenal "manusia sentiasa bermusuh dengan apa yang mereka jahil (tidak tahu hakikat sebenar)."

Rasa tenang pulang dari Chinese Assembly Hall mendengar penjelasan sebenar kes yang berlaku pada Arwah Aminulrasyid dari peguam arwah N.Surendran, juga pandangan akademik dari Raja Badrul Hisham pensyarah prosedur undang-undang jenayah dari AIKOL UIAM, dan juga aktivis hak asasi manusia Wong Chin Huat (Civil Right Committee) yang saya kira paling bernas dan paling banyak mendapat tepukan 'sidang lawyers' yang datang memenuhkan CAH, khususnya ketika membandingkan antara polis di Malaysia dan di UK.

Namun demikian, ketiga-tiga panel semalam bagi saya berjaya memberikan gambaran yang pelbagai sudut kepada hadirin terhadap isu yang semacam sedang diadili di mahkamah media sebelum siasatan sebenar dijalankan.

Rupanya kes ini banyak lagi yang perlu diselak di sebalik tabir perundangan meskipun YB Yusmady (PKR) yang turut hadir menegaskan dalam pandangannya hanya 'jalan politik' (perubahan kerajaan) mampu merobah situasi yang bukan kali pertama rakyat mati ditembak oleh polis.

Tribute pada penganjur iaitu Pkpim atas usaha tangkas merintis sidang 'pressure group' ini.

Rasa nak menitiskan airmata pula sepanjang perjalanan pulang, bila isteri sudi cerita smula dengan detail (kerana saya lewat sampai CAH) bagaimana kronologi sebenar yang berlaku ke atas arwah malam tersebut. Penghujahan isteri saya telah mematahkan satu persatu hujah 'pembangkang'  kepada kumpulan symphatizers arwah Aminulrasyid ini.

Lebih rasa terharu bila melihat lebih ramai non-muslim yang hadir CAH tunjukkan solidariti pd kes arwah tanpa mengambilkira soal agama, bangsa dan warna kulit. Di sini kelihatan jelas 'the another side of' (maybe the real version of) 1 Malaysia. Jangan bersekongkol dengan kezaliman, bersatu atas nama keadilan, keluhuran perlembagaan dan kemanusiaan.

Ya Allah, Kau tunjukkanlah yang benar itu benar, yang batil itu batil. Kau menangkanlah kebenaran, musnahkanlah kebatilan dan kezaliman. Sesungguhnya doa mereka yang dizalimi tiada hijab antara mereka dengan Mu. 

Isteri saya bsama idolanya, Lateefa Koya dan peguam keluarga arwah Aminulrasyid di Chinese Assembly Hall selepas forum kes Aminulrasyid anjuran Pkpim-CAH.

3 Responses to Tenang Pulang Dari Sidang Perundangan "Keadilan Buat Aminulrasyid"

  1. Unknown Says:
  2. datangnya yb pkr-tukar kerajaan..bukankah isu neh dipolitikkan?

     
  3. Rijal82 Says:
  4. memang isu tlh dipolitikkan, cuma siapa yang mula dulu ? media mana yang awal2 meletakkan keluarga arwah di kandang 'orang salah' dan memalukan arwah sekeluarga dlm keadaan belum berlaku sbrg siasatan ? Politiking utk kebenaran dan membela rakyat wajib, politiking utk kepalsuan dan menzalimi rakyat adalah tertolak.

     
  5. Unknown Says:
  6. saya pasti yang mempolitikkan orasng2 atas..tapi selagi siasatan belum habis..keadilan tuh perlu gak tuk kedua-dua belah pihak..kedua-dua pihak berhak dibela dan diadili dengan adil

     

Posting Sebelumnya

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"