Content feed Comments Feed


Antara teks Pidato Kebangsaan DSAI yang menggamit perhatian saya :

1. Nilai sebuah idea...

"Victor Hugo, penulis French menyebut : “Greater than the tread of mighty armies is an idea whose time has come.” (keperluan terbesar sebuah empayar besar adalah sebuah idea yang kehadirannya semenangnya tepat pada waktunya)."


2. Prinsip Islah Nabi Syuaib

"Lebih satu dekad telah berlalu sejak meletusnya gerakan Reformasi, satu gerakan yang berlandaskan keinginan yang disebut dalam al-Qur’an melalui doa Nabi Syuaib - wa ma uridu illa islah mastat’tum - Dan tidak aku inginkan melainkan adalah melakukan islah- pembaharuan, reformasi - dengan segala daya upayaku.

Islah berasal dari kata ’salaah’ seperti yang dihuraikan oleh ahli bahasa, pembuat kamus, Ibnu Manzur, sebagai lawan kepada ‘fasad’, kebejatan. Maka gelombang kebangkitan rakyat sejak 10 tahun yang lalu adalah untuk melawan kefasadan, melawan kebejatan pemerintah, rasuah dan penyalahgunaan kuasa."

3. Tribute kepada kerajaan Islam Kelantan

"Kelantan dibawah Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Kerajaan Negeri Kedah dibawah pimpinan Dato’ Seri Ustaz Azizan telah meningkatkan keupayaan menjimat belanja mengurus dan mengagihkan dana kepada rakyat.

Kelantan umpamanya adalah negeri yang mempunyai kadar rasuah dan kadar jenayah paling rendah. Malah dengan hasil mahsul negeri yang relatifnya kecil mereka mampu menjana program kebajikan rakyat yang boleh diteladani."

4. Inilah noktah persamaan 3 kaum terbesar Malaysia

"Kung Fu Tze di dalam Lun Yu Buku ke 4 Bab Yuen Yuen ada menukilkan “si hai zhi nie jie xiong di “yang membawa maksud “empat lautan terbentang luas, semua manusia bersaudara.”

Kita seharusnya menginsafi bagaimana sewaktu pemerintahan Kerajaan Ming, wujudnya penulis yang berupaya menulis serta memberi komentar mengenai agama Islam sehandal ulama muktabar dari Tanah Arab. Sekitar tahun 1642, Wang Daiyu [yang digelar Pemuka Agama Islam (Zhenhui Laoren) ketika itu] menulis Zhengjiao Zhenquan [Anotasi Asli Ajaran Murni (ortodoks)] hasil dari perbincangan dengan pemuka-pemuka ajaran Konfucius, Tao dan Buddhisme. Karya perbandingan agama ini kemudiannya berulang kali diterbitkan semula sehinggalah yang terakhir pada tahun 1987 (teks otoritatif).

Khalifah Ali Abi Talib apabila ditanya tentang apakah jenis persaudaraan antara orang Islam dengan bukan Islam. Beliau jawab “Akhukum fil Insaniah” - mereka, yang bukan Islam, adalah saudara kamu dalam kemanusiaan. Ianya jelas menggambarkan prinsip persaudaraan ini.

Ungkapan Khalifah Ali ini adalah senada dan seirama dengan peribahasa Tamil: “Ontre Kulam Oruvane Thevan” (Satu Jiwa Kerana Kemanusiaan).

5. Jiwa besar Dr Burhanudin al-Helmy (mantan Yang Dipertua Agung PAS, tokoh demokrat Islam yang pemikirannya mendahului zaman)

"Almarhum Dr Burhanuddin al Helmy dalam karyanya yang berjudul Falsafah Kebangsaan Melayu (1954): Kita hendak mendirikan negara kebangsaan Melayu di atas dasar kebangsaan, menurut keadilan dan kemanusiaan yang luas dan sama berhak dan adil, bukan sekali-kali kebangsaan yang sempit, jauh sejauh-jauhnya dari berbau perkauman dan perasaan kolot dan kuno."

0 Responses to When He Talk A Message With Different Languages...

Posting Sebelumnya

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"