Content feed Comments Feed


Alhamdulillah, semalam saya diberikan kepercayaan oleh rakan-rakan aktivis mahasiswa Islam di UIAM Kuantan untuk mengendalikan bengkel public speaking pada semua ahli-ahli gerakan Islam di sana. Ini siri training yang pertama kali saya handle mengenai public speaking.

Saya sangat terhutang budi pada isteri saya kerana bukan sekadar menjadi teman perjalanan ke Kuantan yang sangat jauh hampir 250 kilometer melalui jalanraya yang penuh kegelapan, bahkan sudi menjadi brainstormer berkesan lantaran saratan pengalaman beliau selama satu semester dalam kelas skill Public Speaking di UIAM, justeru tidak pelik jika beliau dianugerahkan tokoh Public Speaking Muslimat Wufi. Tidak lupa juga pada abg Amin Idris dan Fadzly Yusuf yang banyak memberikan tips ketika saya menghubungi mereka.

Saya mulakan bengkel semalam dengan muqaddimah menganjak paradigma peserta kepada public speaking, bahawa ia bukanlah semata suatu kemahiran yang boleh dipilih-pilih sama ada mahu melakukan atau tidak, bahkan bagi saya inilah "sunnah" seorang pemimpin dunia yang diiktiraf langit dan bumi kepimpinannya, Nabi Muhammad S.A.W. Bumi mengiktirafnya seperti Bernard Shaw dan Michael H. Hart, langit mengiktirafnya sebagai Nabi dan Rasul. Teringat saya dalam Syamail Muhammadiyyah bagaimana Nabi berpidato dengan pelbagai seni. Ada kala Nabi disifatkan bercakap sehingga merah pipi dan matanya lantaran emosinya Nabi dalam perang menentang kuffar. Ada kala Nabi memulakan pidato tanpa sebarang perkataan, bahkan airmata, suatu situasi yang sangat menyentak hati sahabat.

Dalam tips yang saya berikan, saya menyebut bahawa asas Public Speaking seperti yang dinyatakan Aristotle ada 3.

1) ATOS

2) PATOS - bererti pattern, atau jenis pengucapan. Ia bermaksud kaedah menyampaikan mesej berdasarkan kehendak audience.

Ada 3 jenis PATOS, iaitu :
- Persuasive (memujuk, merayu) - biasa berlaku kepada calon PR Kampus ketika membentangkan manifestonya atau seorang pimpinan mahu memberikan tasyji kepada ahli-ahli yang tidak bersemangat untuk bekerja. Intonasi suara yang rendah adalah elemen utama dalam hal ini. Susunan kata "saya jamin anda akan mendapat..." mestilah tersusun rapi, bukan berserabut. Saya tunjukkan video klip Anwar Ibrahim (debat lawan Shabery) dan Barrack Obama kepada peserta untuk melihat bagaimana pidato persuasive mereka dengan susunan point yang cantik, berkesan.

Ada orang perlu syarah panjang mengenai suatu mesej dan idea. Ada orang cukup dengan dua tiga patah perkataan dan seni tertentu seperti pantun, sudah cukup untuk memahamkan orang lain mengenai sesuatu idea.

- Informatif (sarat dengan maklumat) - Ini biasa berlaku dalam tazkirah dan ucapan biasa. Saya bawakan contoh Prof Abu Hassan Hasbullah yang berjaya menyampaikan fakta dan maklumat 'berat' kepada mahasiswa UIAM baru-baru ini dalam pendekatan beliau berjaya menggunakan intonasi suara yang berkesan dan make-up wajahnya yang menarik. Jika pendekatan informatif tidak dilampirkan dengan ATOS dan LOGOS, kemungkinan audience akan tidur dan menguap bosan dengan ucapan kita.

Saya juga menyatakan pengumuman mengenai program juga adalah sebahagian dari informatif. Ramai daie gagal membuat pengumuman yang berkesan kerana tidak melihat pengumuman yang akan dibuat itu adalah "an art of product marketing". Jika membuat pengumuman supaya hadir ke dalam suatu program, elemen terpenting adalah menimbulkan rasa bersalah kepada peserta jika tidak hadir dan berkongsi pengalaman "real" tentang keberkesanan program itu sendiri yang dihadiri sebelum ini, barulah audience rasa yakin untuk datang program-program jamaah seperti Katibah, Liqo, Daurah dan sebagainya. Bagaimana marketer sebuah produk MLM, customer tidak akan membeli produk itu jika marketer sendiri tidak menjadi testimoninya.

- Special Occasion - seperti demontrasi, kenyataan akhbar dan memberikan pendapat dalam forum rasmi. Soal prosedur, "pause" button sangat kritikal dalam hal ini.

3) LOGOS - iaitu logo, trademark atau aspek luaran speaker itu sendiri.
- Muka - ekpresi muka mestilah berbeza ketika tegas / marah atau humor atau pujuk

- Mata - rahsia kehebatan pidato Hillary Clinton, punca Mc Cain kalah pada Obama

- Tangan - setiap isyarat tangan memberikan makna berbeza.

- Pergerakan Badan

Dalam sesi praktikal, saya melakukan 2 modul. Modul pertama 8 buah kumpulan kecil akan menghantar wakil mempersembah 3 minit pengucapan awam yang pelbagai jenis dengan menggunakan segenap kreativiti bagi memastikan ucapan itu impresif, attracktif dan berkesan. Kami berdua bertindak ala panel akademi fantasia, memberikan komentar dari 3 sudut yang diujarkan sebelum ini. Kemudian, sesi kedua adalah sesi setiap peserta kesemuanya dalam kumpulan masing-masing bercakap dengan diri sendiri 8 jenis ucapan dengan setiap ucapan 2 minit. Falsafahnya bukan sekadar ahli gerakan Islam boleh berucap dengan berkesan, tapi mampu mengenalpasti jenis pengucapan yang sesuai dengan lokasi dan mad'u.

Saya akhiri bengkel dengan suatu tazkirah bahawa public speaking yang paling berkesan adalah apabila berlakunya 'campurtangan' Tuhan dalam kata-kata sang daie dalam public speaking. Lihatlah Tuan Guru Nik Aziz, beliau bila berucap dan berkuliah, tidaklah saya lihat beliau menggunakan kesemua teknik public speaking berkesan yang saya kupaskan panjang lebar pada rakan-rakan aktivis UIA Kuantan, bahkan Tok Guru tidaklah seperti Anwar Ibrahim dalam gaya pidato pengucapan awamnya, tetapi kenapa kadang-kadang aura dan fenomena yang dicipta oleh perkataan-perkataan Tok Guru menggegar Malaysia mengalahkan ahli politik yang lain. Jelaslah, wujudnya 'campurtangan' Tuhan dalam memberkati perkataan pendakwah yang bercakap dari hati dan bercakap apa yang dia buat, bukan apa yang dia tidak buat.


Berikut adalah beberapa lampiran pidato paling berpengaruh di dunia yang tidak sempat saya paparkan kepada sahabat-sahabat UIAM :


Pidato "Allahu Akbar" Bung Tomo menentang Inggeris di Indonesia


Pidato Soekarno di Jakarta


Pidato Adolf Hitler


Pidato Martin Luther King (I Have A Dream)


Pidato Malcolm X "Who Are You"


Pidato Reformasi Anwar Ibrahim 1998


Pidato Khairy Jamaludin di depan penyokong PR (Kota Bharu)


Khairy Jamaludin (English Speeches)


Pidato Kemenangan Obama Menjadi Presiden AS

0 Responses to Bengkel Public Speaking Buat Aktivis Mahasiswa UIAM Kuantan

Posting Sebelumnya

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"