VISI
Melunaskan sabda Nabi
MISI
Menawan Konstantinople dengan penguasaan Syariatullah dan Sunnatullah (sains ketenteraan)
HALANGAN
Rantai besi gergasi sebesar pemeluk menghalang kemasukan 80 buah kapal al-Fateh ke Tanjung Emas
IDEA (BRAINSTORM)
Idea pertama
Mengebom penjaga rantai besi gergasi dengan meriam ciptaan saintis Konstantinople, Urban
Misi pertama GAGAL. Penjaga rantai besi berada di dalam bukit batu yang tidak mampu diletupkan meriam al-Fateh
Idea kedua
Memutuskan rantai besi dengan gergaji ciptaan saintis Konstantinople, Urban
Misi kedua GAGAL. Rantai besi berada jauh di dalam air. 30 tentera al-Fateh syahid berkubur di dalam lautan kerana terbunuh dalam pertempuran akibat tentera Rom berjaya mengesan dengan loceng pada rantai besi apabila usaha tentera Islam menaikkan rantai ke darat.
Idea ketiga
Idea al-Fateh semakin gila. Rempuh rantai gergasi itu dengan 3 buah kapal sekaligus, lengkapkan kapal dengan kayu tebal dan tampalan besi kerana rantai gergasi telah diikat dengan ranjau besi, bila dilanggar, boleh membocor dan memecahkan kapal.
Misi ketiga GAGAL. Kapal-kapal al-Fateh dirempuh dan diserang oleh puluhan kapal perang Rome yang dihantar oleh Pope.
Idea keempat.
Al-Fateh tidak berputus asa. Kali ini, idea al-Fateh semakin pelik. 70 buah kapal Usmaniah mesti dipindahkan dari Selat Bosphorus ke Tanjung Emas dalam masa hanya 1 malam melalui bukit dengan jarak lebih 3 batu !!!
Idea keempat al-Fateh yang gila itu akhirnya BERJAYA. Visi dan Misi Al-Fateh akhirnya berjaya dilunaskan selepas penantian 800 tahun sejak ia disabdakan Nabi. Bahkan, diriwayatkan Al-Fateh melihat Abu Ayyub Al-Ansari (sahabat yang melakukan percubaan pertama membebaskan Konstantinople) dalam mimpinya malu dan segan dengan kejayaan Muhammad al-Fateh.
Walaupun idea itu asalnya dilihat gila dan tidak waras oleh tentera Muhammad al-Fateh sehingga al-Fateh sendiri hampir-hampir berputus asa selepas 53 hari kepungan dilakukan ke atas kubu Byzantium itu, namun itulah cara berfikir Muhammad al-Fateh apabila berdepan dengan barriers peperangan dan lebih lagi barriers pemikiran. Al-Fateh akhirnya membuktikan bahawa "nothing is imposibble" apabila kita berada pada tahap keyakinan dan kejelasan kepada suatu visi (hadis Nabi tentang Constantinople) dengan tahap yang luar biasa.
Ancaman terbesar gerakan mahasiswa dan anak muda Islam adalah kongkongan idea lapuk, pemikiran tradisi anti perubahan arus dan golongan penentang idea perubahan yang sangat mengagungkan kehebatan zamannya walhal zamannya adalah zaman yang "gagal".
Sesungguhnya cerita al-Fateh bukan tahyul sebuah kisah panglipurlara, atau kartun hulubalang dan pahlawan yang penuh kedustaan, atau sejarah yang sarat dengan keserabutan fakta yang tidak sahih. Ia adalah "the universal prove" yang tidak boleh disanggah oleh mana-mana manusia yang waras yang mengkaji peristiwa besar ini. Apa yang berlaku bukan kerana Al-Fateh mendapat "miracle" dari Tuhan, tetapi kerana memanfaatkan "miracle" yang Tuhan berikan dalam otak dan akalnya.
“Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib ini. Muhammad al-Fateh telah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fateh dengan usahanya telah mengatasi Maharaja Dunia Alexander The Great !!!”- Ahli Sejarah Byzantine -
"Pencapaian-pencapaian terbesar penuh inspirasi dalam sejarah manusia bukanlah satu cerita mengenai pencapaian individu, tetapi ianya adalah cerita tentang kuasa luarbiasa sebuah pasukan yang bersatu, berbakat dan bersiap sedia yang sentiasa komited dengan setianya kepada satu yang lain, juga kepada wawasan bersama mereka untuk ke penghujungnya. " - Stephen R. Covey, Tabiat ke 8, Daripada Keberkesanan Kepada Keagungan.

Salam, ustaz.
menarik entry ini.. kupasan terbaik sy rasa tentang strategi penaklukan kota konstantinople oleh muhammad al-fateh..
selama ini sy hanya mengetahui sejarahnya sahaja..
izinkan sy utk copy.. nnt di link kan blog ustaz.syukran.
teruskan menulis dan berjuang ustaz dan zaujah.