Presiden 4 front berdiri bersama mendukung agenda bersama
mahasiswa. Bersatu teguh, bercerai roboh.
mahasiswa. Bersatu teguh, bercerai roboh.
"Jika Salahudin lahir dari sebuah projek pembinaan generasi yang panjang lebih 100 tahun dirintis oleh pemikir Islam Imam al-Ghazali, Al-Fateh bagaimana Ustaz ? Siapa di belakang tabir heroisme beliau jika demikianlah sunnah dan tabiat perubahan dan kemenangan ?" Demikianlah inkuirinya saya bertanya kepada Dr. Mohd Farid Mohd Shahran, Pensyarah Usuludin dan Perbandingan Agama di UIAM yang juga anak didik Prof Syed Naqib al-Attas selepas selesai satu diskusi ilmiah membabitkan kepimpinan GAMIS, PKPIM, KARISMA dan TERAS (Mahasiswa) di Bangsar semalam atas satu tema iaitu "Pendekatan Imam Ghazali Dalam Menjana Kelahiran Generasi Salahuddin"
Pertanyaan saya tersebut menggamit perhatian Timb Presiden ABIM dan pensyarah Instec UIAM tersebut sehingga beliau sendiri menyatakan kepada saya untuk berikan masa beliau membuat kajian lanjutan. Mujurlah saudara Wan Faysal (rausyanfikir) menenangkan saya dengan satu penjelasan mengkagumkan ketika menjamu selera bagaimana madrasah pemikiran al-Ghazali turut mendominasi lahirnya sifat integriti rakyat dan pemerintah Usmaniah sebelum lahirnya Muhammad al-Fateh.
Dalam diskusi itu juga, saya menyaksikan bagaimana sahabat saya Dzulkhairi (Pres GAMIS) menjadi individu pertama menanyakan soalan dan perbezaan pandangan beliau dengan pembentang. Apa yang saya kagumi, kualiti soalan Dzul dan kualiti jawapan pembentang, Dr Farid, kedua-duanya cukup mantap dan memuaskan hati apabila isu gerakan dan budaya keilmuan dalam sejarah pemerintahan khilafah Islam tidak terlepas dari kekotoran sikap dan krisis integriti pemerintah terhadap ulama pejuang (aktivis) Islam.
Saya juga kagumi isteri saya yang saya tidak duga, kehadiran beliau pada malam itu turut memberi makna kepada kehadiran entiti SIGMA (muslimat Gamis) yang kelihatan tidak sehangat pimpinan muslimin dalam mengasak pembentang dengan persoalan dan pandangan intelek. Isteri saya bertanyakan kepada Dr Farid dua soalan sekaligus dan soalan itu benar-benar unik dan berbeza dengan soalan-soalan pihak muslimin, menjelaskan lagi muslimat semenangnya datang dari "Venus", bukan "Mars". Beliau lebih praktikal dan kritis dengan bertanya adakah projek pembinaan generasi dan "team" al-Ghazali pada masa kini pernah berlaku pada masa Dr Farid sendiri ? Adakah Anwar Ibrahim lahir dari projek seperti ini atau Anwar itu al-Ghazali zaman ini ?
Saya cukup tersentak dengan satu perkongsian pengalaman dan saranan Dr Farid kepada kami pada malam itu, iaitu soal disiplin pembacaan buku yang mesti tinggi jika benar mahasiswa mahu mendaulatkan tradisi "aktivis intelek" dalam rentak tari politiking mereka. 1 hari 30 minit sebelum tidur sudah memadai katanya, beliau juga menyebut contoh dari Anwar Ibrahim yang sampai tahap membaca walaupun dalam tandas kerana kekangan masa dan kesibukan pada era ektivisme beliau dalam ABIM dahulu.
Apapun, saya cukup gembira, seronok, puas dengan pertemuan ini. Bukan sekadar kerana 'pencerahan minda' yang diperolehi, tetapi kerana ukhuwwah yang kembali tererat antara rakan-rakan saya dari PKPIM, KARISMA dan TERAS. Teringat saya nostalgia bersama adik saya, Faridzul mengepalai front IMAM UIAM yang merupakan forum dakwah WUFI-PKPIM-KARISMA di UIAM 2 tahun lepas.
Laporan rasmi usrah di www.gamisdaily.com
0 Responses to Jika Al-Ghazali Melahirkan Salahudin, Siapa Melahirkan Al-Fateh ?