Content feed Comments Feed

"Hikmah itu adalah sesuatu yang hilang dari orang beriman. Di mana dia menemuinya, dialah yang berhak dengan hikmah itu."

Saya mahu menjiwai perjuangan Muhammad al-Fateh, saya mahu meRASAi kehebatan beliau, sehingga berbekas di hati dan emosi, bukan sekadar mengeTAHUi di akal dan manis membicarakannya di bibir usrah. Seperti biasa, 'beriman' dengan fikrah elemen "rasa" itu wujud dalam bentuk audiovisual berbanding bacaan semata, saya mula mengintai-intai kalau-kalau ada filem mengenai kehebatan strategi perang yang mirip pada strategi al-Fateh, tanpa perlu membabitkan aksi-aksi tembak menembak, lontar lembing, pedang atau bom yang sangat mengerikan. Terjumpalah saya "Red Clif". Sinopsis ceritanya yang agak mirip sinopsis cerita al-Fateh iaitu persamaan dari sudut aplikasi "brilliant war strategy", lantas saya membeli dan melihatnya dengan zaujah saya sehinggalah memasuki 2 jam seterusnya dalam Red Clif 2.



Preview Red Clif 2 :
Kemenangan itu datang dengan wujudnya "Pakatan",
bukan bersendirian

Dalam Red Clif, kemampuan panglima Zhu Liang-Zhou Yu, dua panglima besar perang China mengenalpasti titik kelemahan musuh gergasi mereka, Cao Cao - figure yang sangat bergantung sepenuhnya pada individu-individu panglima laut bagi menghadapi perang laut - persis seperti al-Fateh yang turut mempelajari dengan sangat mendalam segala kelemahan tentera Byzantium. Kemampuan Zhu Liang mengkaji dengan mendalam peta geografi dan keadaan cuaca kubu musuh, pusingan angin, pergerakan matahari, pergerakan awan, kabus dan sebagainya mengingatkan saya juga bagaimana cermatnya Sultan Al-Fateh pada hampir setiap malam sebaik sahaja menaiki takhta Usmaniah untuk mempelajari peta dan keadaan geografi Kota Konstantinopel dengan sangat teliti guna mencari strategi yang jitu untuk penyerangan. Sultan Fateh meneliti lokasi-lokasi mana yang menjadi pertahanan utama musuh dan mengenalpasti titik-titik kelemahan musuh yang ketara. Yang lebih penting, beliau melakukan post-mortem serius kenapa para sahabat terdahulu seperti Muawiyah Abi Sufyan, anaknya Yazid, Abu Ayyub al-Ansori yang dan kemudiannya Sultan-sultan selepas itu yang tinggi ketaqwaan mereka tetapi masih gagal menawan Konstantinople.

Kebijaksanaan Zhu Liang mengejutkan Perdana Menteri Cao Cao dengan kehilangan 100,000 panah dalam masa 3 hari sahaja - menggunakan 20 biji perahu lengkap dengan jerami yang dilayarkan ketika kabus tebal - persis ibarat Al-Fateh yang juga membuat kejutan pada tentera Byzantium dengan kehadiran kapal-kapal perangnya yang masuk ke perairan Tanjung Emas bukan melalui jalan luat, bahkan merentasi bukit melalui jalan darat! Taktik peperangan seperti ini tidak pernah dan tak mampu dilakukan oleh mana-mana tentera sebelum ini. Tentera Uthmaniah dengan semangat dan kekuatan yang luar biasa telah berjaya menarik 70 kapal dari Selat Bosphorus ke Tanjung Emas !!!

Rantai besi yang merantai kesemua ribuan anak-anak kapal Cao Cao - kononnya untuk mengelakkan tentera khianat, akhirnya strategi itu memakan diri - mengingatkan saya pada rantai besi yang kononnya juga mahu menghalang kemaraan kapal-kapal al-Fateh dari menyeberang masuk ke Tanjung Emas. Namun akhirnya kapal-kapal al-Fateh muncul juga dengan dentuman meriam di depan mata tentera Byzantin, seolah-olah al-Fateh telah mendapat bantuan jin dan syaitan pada pandnagan mereka. Tiada siapa yang dapat membayangkan bagaimana semua itu boleh berlaku hanya pada satu malam. Sedangkan mereka terpaksa melalui bukit yang begitu tinggi dengan jarak yang melebihi tiga batu.

Kemampuan Zhu Liang mencadangkan idea lontaran bom api dengan menunggu angin Barat Laut dan bukannya angin Tenggara mengingatkan saya juga kepada kesungguhan tentera Al-Fateh yang membuat meriam api dan bom raksasa yang tidak pernah mampu dilakukan oleh para sahabat sebelum ini ketika melaksanakan misi pembukaan ini.

Kesungguhan panglima kanan Zhu Liang yang sanggup mati demi melaksanakan arahan pimpinannya untuk menembuskan tembok tebal kubu pertahanan Cao Cao mengingatkan saya pula bagaimana pula bagaimana tembok setebal 4 lapis, setinggi 25 kaki, dan sejauh 160 kaki juga berjaya ditembusi oleh tentera Muhammad al-Fateh yang sangat taatkan beliau.

Kesimpulannya, untuk melihat Islam menang di Malaysia mahupun di Palestin sana, janganlah kita hanya memasang nekad, semangat, ilmu, doa dan tawakkal serta serta melengkapkan segala aspek "syariatullah" semata-mata. Lebih dari itu, sejarah telah membuktikan ilmu-ilmu "sunnatullah" itulah juga penentu besar kemenangan, sama ada sejarah Islam mahupun sejarah bukan Islam, walaupun jumlah mereka sangat sedikit.

"Lihatlah Hijrah, Baginda SAW memanfaatkan segala kebijaksanaan, memaksimakan segala strategi hingga boleh menjadi prinsip kepada apa yang kemudiannya dinamakan sebagai SAINS KETENTERAAN. Begitu banyak lambakan perancangan dan strategi Baginda SAW hingga sahabat bertanya, mana satukah wahyu dan mana satukah pandangan profesional Baginda? Syariatullah pada wahyu menjadi suatu kepatuhan dan ketaatan, manakala Sunnatullah menuntut perbincangan, analisa dan bekerja secara kolektif." - Ustaz Hasrizal, saifulislam.com

Dalam Red Clif, anda akan menyaksikan terlalu banyak aspek yang sangat seni dan halus strateginya dan tinggi falsafah sains peperangannya.

Anda akan menyaksikan bagaimana alunan muzik menjadi bentuk komunikasi yang mengisyaratkan sebuah kerajaan bersedia untuk bertempur. Filem epik "Red Cliff"(perang Tebing Merah) ini - ciptaan John Woo arkitek filem Face Off dan Mission Imposible II - sememangnya merakamkan salah satu adegan penting pembentukan sejarah 3 kerajaan Cina (The Three Kingdom) dan kejatuhan Dinasti Han pada abad 208 Masihi tersebut. Itulah gambaran betapa seni dan halusnya perang dalam peradaban ketenteraan Cina berbanding peradaban ketenteraan Barat.

Berbeza dengan filem-filem epik perang ciptaan Hollywood yang pernah saya saksikan sebelum ini seperti 300, Troy, Alexander The Great, King Arthur, Band of Brothers, Black Hawk Down, Kingdom of Heavem, Enemy at the Gates, The Patriot, Gladiator, aksi perang dalam Red Clif lebih menuntut perah otak berbanding perah tombak.

Filem ini sesuai untuk peminat cerita perang atau permainan politik yang bagi sesetengah orang falsafah perangnya agak memberatkan minda. Filem perang epik China tidak seperti filem Hindustan yang ada hero dan heroin. Walaupun filem-filem tersebut menampilkan satu watak sebagai baik dan satu watak lain sebagai jahat, hakikatnya filem begini memperlihatkan kebijaksanaan kedua-dua pihak mengatur strategi peperangan, bukan sebelah pihak sahaja. Yang paling bijaklah yang akan menang, walaupun jumlahnya tidak ramai.

Kata-kata terakhir dalam filem ini oleh panglima Zhou You kepada Perdana Menteri Cao Cao di akhir peperangan bahawa "there is no winner here" adalah kata-kata keramat yang menunjukkan kayuukur kemenangan bukan tentera mana yang masih kekal memegang panjinya, tetapi pada keupayaan intelegensia dalam mengatur strategi perang. Jelas, Zhou Yu mengiktiraf kehebatan strategi perang sama ada pihaknya mahupun musuhnya, kesudahannya adalah seri.


Lihat bagaimana strategi "Turtle Formation" membuahkan hasil

Lihat sahaja strategi Turtle Formation yang digunakan oleh Zhu Liang di atas. Ia adalah strategi di mana musuh dipancing utk memasuki satu pertahanan yang kuat dan diganyang di dalam sehingga tentera lawan tak bolah keluar lagi.


Bahagian 2 "Formation Turtle"

Suka diingatkan strategi perang China banyak digunakan dalam pentadbiran dan perniagaan. Strategi inilah yg digunakan oleh Tun Mahathir ketika menghadapi serangan matawang pada tahun 1997 dahulu. Mungkin Tun Mahathir sendiri tak tahupun adanya strategi ni. Tapi inilah strategi dimana pemerintah tertinggi mengkubukan (shield) negara dari diserang dan diganyang mana-mana spekulator yg telah masuk ke negara kita.

1 Response to Red Cliff 2 : Mengimbau Keagungan Strategi Al-Fateh (Siri 1)

  1. nurira ~* Says:
  2. salam, ustaz.

    perkongsian yang menarik.

    sy faham, sesiapa yg ingin islam menakluk dunia dan dihayati oleh segenap umatnya, pasti mengagumi, 'memuja' dan menjadikan muhammad al-fateh sbg salah seorang role model / inspirasi mereka.

    sy pernah menghadiri program yg ada menjemput ustz.ramadhan mohamad sbg pengisi slot kami. beliau pernah menyebut (secara seloroh je), "ustz.hasrizal tu 'cucu' al-fateh tu"..hehe. menyatakan betapa beliau mengagumi al-fateh. dan pada sy ustz syaari adalah 'cicit' al-fateh pula.hehe.

    sy sgt tertarik dgn banyak entry ustz yg menyebut tntang al-fateh.
    dan kalau diizinkan, sy mahu copy..
    utk perkongsian bermanfaat bersama kawan2 sy yg singgah di blog sy yg dari pelbagai latar blkg.

    kerana sy percaya tidak ramai kawan2 sy yg singgah di 'teratak' sy sudah reach blog ustz ni, apatah lagi utk rajin utk 'membelek' 'older posts' dlm blog ustz (dan zaujah) yg sgt informative n inspire sy.

    teruskan menulis ustz, berkongsi pengalaman dan pandangan sbg 'inspirasi' kpd kami utk berjuang di tmpt kami ini..insyaALlah.

    syukran jazilan. salam juang.

     

Posting Sebelumnya

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"