Content feed Comments Feed

Benar, dari satu sudut menantu Pak Lah ini seorang yang sangat dilihat outspoken dalam mengutuk perjuangan Pas dan PR di samping rekod kronisme yang begitu banyak. Namun, saya cuba melihat apa yang positif bagi graduan Oxford ini adalah kesediaannya berdebat dan berhujah dengan mereka yang tidak sealiran pemikiran dengannya. Lihat sahaja debatnya yang bagi saya penuh dengan gaya seorang debator yang cemerlang ketika memerangkap YB Husam dalam isu hudud di Kota Bharu sebelum PRK Kuala Terengganu baru-baru ini. Lihat juga debatnya dengan 2 calon Ketua Pemuda Umno, Mukhriz dan Khir Toyo. Yang terbaru, beliau telah menerima pelawaan debat dengan YB Ketua Pemuda Pas mengenai isu PPSMI. Sungguh saya merindukan pertemuan YB Salahudin Ayub, seorang debator muda Pas yang sangat tenang namun kaya dengan argumen bertembung dengan YB KJ.

Bagi saya, lebih baik Khairy Jamaludin menjadi Ketua Pemuda Umno kerana sosok tubuh ini - berbanding YB Khir Toyo dan YB Mukhriz Mahathir - akan menyebabkan para Pemuda Pas dan gerakan Islam tidak akan mampu bergoyang kaki terus selesa dengan kelahiran para pemimpin muda yang tidak bersedia untuk berdepan hujah secara bersemuka atas apa jua platform Debat Perdana, Hujah (TV9) dan sebagainya. Era gerakan Islam PAS pada masa akan datang adalah lebih mencabar dan berhajatkan seorang pemimpin yang berminda negarawan, mampu berdepan secara bersemuka dengan mana-mana pemimpin parti lawan, membina jambatan antara mereka yang tidak sealiran, mengharmonikan konflik antara pertembungan peradaban, mengkaji pelbagai jenis aliran pemikiran semasa. Debat seperti anjuran TV9 dan Forum seperti anjuran mahasiswa Ma'ruf Club adalah satu siri-siri 'tarbiyah' yang akan menguji sejauhmana kehadiran dan kewibawan Pemuda Pas dalam menyatakan pendirian dan idealisme di hadapan panel lawan dan kelompok audience yang pelbagai, bukannya berceramah secara satu hala tanpa mendengar hujah langsung dari pihak lain.

Walaupun saya berbaiah bersama kepimpinan mahasiswa yang lain di hadapan pimpinan Gerakan Mansuhkan PPSMI semalam, namun saya tidak pernah menyatakan saya rasa puas dengan ceramah-ceramah yang disampaikan oleh pimpinan PPSMI semalam.

Tajuk ini mestilah didebatkan, diforumkan, atau diminta pandangan kedua-dua belah pihak. dalam satu masa, berlaku interaksi secara live antara satu sama lain dan antara panel dan pendengar. Bukan satu pihak terus retorik dengan idealismenya sahaja. Sekurang-kurangnya dengan cara ini, Menteri Pelajaran Dato Hishamudin akan didakwahkan, dibentangkan hujah kenapa jahatnya PPSMI walaupun beliau akan menegakkan benang yang basah.

Sahabat saya, saudara Saifullah (Pkpim) mewakili mahasiswa
berucap di pentas.

"Segala konflik di antara kita tidak akan dapat diselesaikan dengan hanya mengambil perhitungan politik puak dan perkauman, sentiman untung rugi pilihan raya semata-mata tetapi cara yang lebih bijak dan bertanggungjawab perlu diterokai. Gelanggang ilmu, persada pengetahuan dan pentas diskusi intelektual mesti disuburkan untuk kita mencambahkan politik berasaskan ilmu (k-politic) bagi kita mewajahkan semula perjuangan PR yang lebih menyakinkan. Politicians think for the next election, statesman thinks for the next generation.

Dunia barat yang selama ini begitu memusuhi Islam dan penganutnya telah mula membuka jendela perbincangan melalui dialog peradaban, dialog Islam - Kristian yang diterokai oleh para sarjana dan cendikiawan kedua belah pihak. Tokoh-tokoh seperti Ahmad Dedat, Sheikh Yusuf Qardhawi, Tariq Ramadhan, Syed Mohamad Khatami, John Esposito, John Voll dan lain-lain telah memainkan peranan mereka dalam konteks ini. Saya sangat berminat di atas usaha-usaha seperti ini disuburkan dan dibudayakan dalam pemikiran generasi muda negara kita.

Program pembangunan keupayaan kepemimpinan ini adalah amat mustahak bagi PAS kerana generasi pelapis mestilah memiliki kebolehan yang lebih tinggi daripada pemimpin yang ada hari ini. Ia bukan sekadar persiapan untuk kita mengambil alih pemerintahan negara, tetapi juga untuk memenuhi keperluan kepemimpinan pada masa depan yang lebih mencabar. Kita mesti belajar untuk bergerak dalam satu pasukan kepemimpinan yang berkesan, bukannya lagi secara individu. Kita sudah berupaya melahirkan murabitun di semua peringkat, tetapi malangnya kebolehan para murabitun untuk menjadi pemikir masih di tahap yang rendah. Kita tertunggu-tunggu pimpinan baru yang berupaya mencetuskan wawasan besar, berfikiran matang dan menjangkau jauh kehadapan. Kegagalan kita melahirkan pemimpin-pemikir (qiyadah-mufakkir) telah mengakibatkan kelesuan perjuangan kita."
- YB Salahudin Ayub, Ketua Pemuda Pas -
(siapakah bakal menggantikan beliau tidak lama lagi, aku mula kempunan....)

0 Responses to Isu PPSMI : Keberanian Khairy Berdebat Seharusnya Diteladani Oleh Pimpinan Muda Umno-Pas

Posting Sebelumnya

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"