Content feed Comments Feed


Strategi intelegen BN selain dari apa yang telah sebutkan dalam posting sebelum ini bertajuk "Kemelut Perak : Strategi Zhou You Dinasti Han (Perang Tebing Merah)" :

1. Wujudkan kerajaan BN secara lompat supaya dapat bunuh karakter pencetus gelombang lompat 16 Sept, Anwar Ibrahim, walaupun apa yang diperjuangkan oleh beliau adalah lompat kerana idealisme, bukan rasuah. Ini terbukti apabila Karpal mendesak DSAI meletak jawatan Ketua PR dan DAP keluar dari PR. BN menang 1-0.

2. DSAI akan diserang dari segenap sudut kerana menjadi promoter kepada lompat parti. Walaupun selepas PR Kuala Terengganu, hubungan seluruh pimpinan Pas (walaupun pelbagai "aliran" pemikiran politik) dan PR sendiri semakin intim, Ini akan menimbulkan kekeruhan besar kalangan aktivis Pas yang sebelum ini dikatakan tidak sealiran dengan kumpulan 'Erdogan' dalam Pas khususnya dalam isu muzakarah dahulu. Ini akan mencetuskan satu review kedudukan Pas dalam PR. Dan apabila Mukhriz mencadangkan Pas Perak menyertai kerajaan rapuh BN Perak hari ini, sudah pasti cadangan itu tidak akan dipandang remeh. Jika itu yang berlaku, BN menang 2-0. Nauzubillah.

3. Tindakan menjatuhkan kerajaan PR Perak adalah satu 'provokasi' BN untuk menguji sikap 'melatah' PR. Apabila Karpal melatah dan mahu menyaman Sultan Perak, kenyataan Karpal digambarkan sebagai kenyataan PR. BN menang 3-0. Terpalitlah sudah imej PR dan hubungan dengan istana sedangkan sebelum ini kekuatan istanalah memalukan BN di Perlis dan Terengganu dalam isu perlantikan MB selepas PRU.

Inilah hipotesis sepuluh sen saya.

"Jika kita menangani suatu isu mengikut rentak media, segala masalah hanya bertaraf ‘isu’ dan disentuh mengikut suhu panas sejuknya semata, dan bukan untuk menuju penyelesaian. Komitmen kita kepada satu-satu permasalahan mesti menjangkaui coverage media yang bermusim itu." - Ustaz Hasrizal Jamil

Buat YB Nizar, teruskan perjuangan dan ketabahan anda. Peganglah wasiat Rasulullah S.A.W pada Uthman bin Affan r.a :

“Wahai Uthman, seandainya suatu hari nanti kamu dilantik oleh Allah mengendalikan urusan kepimpinan ini, dan kaum munafiq mahu menanggalkan pakaian engkau yang Allah pakaikan kepadamu, maka JANGANlah engkau menanggalkannya!

0 Responses to BN Rampas Perak : Another Intelegents Acts

Posting Sebelumnya

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"