Feedback secara documented evaluation adalah sebaik-baik saksi kepada sejauhmana keberkesanan pendekatan dakwah yang telah dikendalikan. Bahkan customer dakwah (pelanggan dan mad'u) akan secara langsung menjadi marketer kepada dakwah apabila mereka sendiri meRASAi keindahan, keunikan Islam melalui pendekatan-pendekatan menyentuh hati dan menyentak emosi mereka.
Paparan feedback dari beberapa peserta dari 206 peserta (8 non-Muslim) yang telah menyertai kem Cetusan Kesedaran I.P.Minda di SMK Bandar Tasik Puteri, Rawang pada 20-22 Feb 2009 di bawah pengarahan saya :
“Saya setuju dengan konsep menyerahkan hati anda kepada kami. Saya telah menghadiri terlalu banyak kem kepimpinan dan wajib ada slot muhasabah diri. Disebabkan saya telah banyak menghadiri kem kepimpinan, kem ini sahaja telah membuatkan hati saya menjadi lembut semula setelah sekian lama sekeras batu.” (Farah Hanani Mohd Nasir, 16 tahun)
“Program ini amat memberi kesan dalam diri saya. Program ini memberi kita peluang supaya berubah sebelum terlambat.” (Nur Inani bt Mahadi, 16 tahun)

Tiada apa yang lebih menyentuh hati saya apabila melihat adik-adik non-Muslim sendiri melaungkan trademark "anak soleh" di akhir program dan membaca komentar peserta non-Muslim sedangkan 70 % kandungan program mengembalikan hati peserta kepada rasa bertuhan.
"Dengan cara mendedahkan akibat-akibat buruk jikalau membuat dosa, menyedarkan pelajar akan kehidupan sebenar, memupuk semangat setiakawan. Saya berazam meminta ampun dosa kepada kedua ibubapa saya dan tidak mahu mengecewakan ibubapa. Ingin berubah menjadi insan berguna. Tiada kekurangan dalam program ini. Semuanya best. Buatlah lagi di SMK BTP. Nak tempoh lebih lama!" (Bernadie Jill Tay, 16 tahun)
Lihat pula adik Devakumari Govindrajan yang menjadi "daie" secara tidak langsung walhal tiada sepatah perkataan dakwah pun saya dan rakan-rakan sebutkan sepanjang program.
"Sebagai Pengawas, saya akan membantu pelajar-pelajar yang telah terjebak dalam kegiatan negatif. Saya berazam selepas menghadiri program ini untuk membantu mereka dan saya akan cuba membaiki kelemahan atau keburukan yang terdapat dalam diri saya. Tiada kekurangan. Saya puas hati dengan program ini.Semuanya sempurna". (Devakumari A/P Govindrajan, 16 tahun)
Adik Bernadie sedang menjayakan
modul. Moga Allah membuka pintu hatinya
untuk mendekati Islam suatu ketika nanti.

0 Responses to Kelana Dakwah di SMK Bandar Tasik Puteri : Apabila Adik Non-Muslim Mahu Berprogram Lagi Bersama Kami...