Content feed Comments Feed

Forum "Bolehkah Berhibur" Di Darul Quran

Monday, February 23, 2009

20 Februari 2009, Darul Quran : Saya bersama saudari Rafidah dijemput memberikan forum mengenai Hiburan Dalam Islam.

Antara key note penting saya adalah :

1. Tajuk ini mestilah dilihat lebih dari perspektif hukum, iaitu perspektif dakwah. Lantaran sekiranya perspektif hukum sahaja yang menjadi expectation, daie-daie di DQ hanya akan mengetahui satu sudut fiqhun nusus sahaja. Sedangkan realiti pada saat ini adalah suatu realiti yang tidak sama dengan realiti ketika para ulama dahulu membahaskan mengenai isu atau hukum berhibur ini (perbezaan antara zaman ada Khilafah dan tiada Khilafah). Apatah lagi apabila kita terjebak dalam perkara yang diperselisihkan pandangan antara para ulamak itu sendiri, maka siapalah kita yang mahu meminta manusia pada saat ini berpegang dengan satu pandangan kita sahaja mengenai hukum-hukum tertentu dalam bab berhibur ini.


2. Asas-asas atau panduan atau syarat berhibur yang telah diletakkan secara ittifaq atau jumhur ulamak, itulah yang memadai dipegang oleh para pendakwah supaya kita tidak menjadi penghukum lebih dari pendakwah.


3. Tidak salah bagi saya anak-anak muda yang kini gilakan lebih dari 8 program realiti TV menikmati lagu-lagu nasyid Islamik walaupun berentak agak rap seperti Rabbani. Saya berpandangan itulah sifat tadarruj dalam berdakwah dan menolak mudharat lebih besar dengan mudharat kecil adalah satu tuntutan agama berdasarkan kaedah usul fiqh dakwah. Mengambil pedoman dari tindakan Al-Imam Ibnul Qayyim yang tidak memerangi arak yang diminum golongan Tartar walhal arak itu sedia haram, kerana hakikatnya dengan tentera Mongol meminum arak itulah yang melengah dan melalaikan mereka dari membakar dan membunuh lebih ramai nyawa umat Islam.

4. Apa guna nasyid kononya Islamik sekalipun andaikata lirik lagu lebih memuja wanita dan apa yang tidak sepatutnya. Lebih baik mengambil hikmah dari lagu yang dinyanyikan oleh orang yang tidak Islamik andaikata mereka menyanyikan lagu yang mempunyai lirik yang sarat dengan hikmah dan kebaikan. Islam bukan pada format dan luaran, tetapi subtansi dan mesej.

5. Tiba masanya menjadi pencadang dan penyedia alternatif hiburan Islam dalam pelbagai bentuk dan saluran, bukan lagi hanya mengkritik dan menghukum itu haram ini salah.

0 Responses to Forum "Bolehkah Berhibur" Di Darul Quran

Posting Sebelumnya

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"