Content feed Comments Feed



Ketika saya memberikan kuliah mengenai "Sirah : Kepentingannya dan Kesan Pengabaiannya Kepada Gerakan Islam" kepada para nuqaba di UKM, saya ada menyentuh mengenai apa yang sepatutnya kita dapat apabila membaca buku-buku sejarah. Saya meresolusikan kepada mereka apa yang paling penting yang perlu diketahui dari sejarah bukannya persoalan "who, what, when happened", tetapi yang paling penting adalah "cara berfikir" orang dahulu, itulah yang paling penting dari membelek helaian fakta sejarah. Jika tidak, maksud "ibrah" dalam al-Quran (rujuk Al-Imam Ar-Raghib di dalam Al-Mufradaat) yang berasal dari perkataan 'abara (menyeberang pergi ke zaman dahulu seolah-olah melihat dengan mata kepala dan merasai dengan jiwa serta emosi) tidak akan kesampaian.

Meninjau sejarah hendaklah dengan rasa CINTA (bukan sekadar ambil tahu, tapi ambil MAHU),seakan-akan merasai bahawa kita sedang hidup dengan mereka. Sebab rasa hati dan suka duka kita sekarang adalah rasa hati dan suka duka mereka tinggalkan buat kita…” - Pak Hamka

Justeru saya juga mengimbau di sebalik tabir 14 Februari. Alhamdulillah, ramai bloggers saya kira telah berjaya mendedahkan 14 Februari bukanlah hari percintaan atau apa yang disebut sebagai Hari Valentine, tetapi ia adalah hari merayakan kematian St Valentine paderi Kristian dengan skrip cerita mengenainya yang pelbagai. Tidak kurang juga yang menyebut dalam risalah-risalah operasi amar makruf nahi mungkar PMI atau gerakan mahasiswa Islam kampus masing-masing bahawa 14 Feb adalah tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol. Maka dipaparkanlah fakta sejarah mengenai kronologi kejatuhan Islam di Sepanyol atau lebih spesifik lagi lokasinya di kubu terakhir 800 tahun pemerintahan Islam di Eropah iaitu Granada (Gharnatah dalam bahasa Arab)

Saya menyebut kepada mahasiswa nuqaba UKM bahawa apa yang paling penting disebut mengenai 14 Februari bukanlah "apa, bila, siapa" yang mendalangi konspirasi pembantaian umat Islam di Granada tersebut, apa yang lebih penting diketahui adalah bagaimana cara berfikir St Valentine dan think-tankers Kristian di Sepanyol untuk menjatuhkan Granada dan sekaligus Islam di Eropah.

Beriman dengan maksud Ibrah, saya cuba "visualize" apa sebenarnya berlaku pada 14 Februari tersebut. Maka, beberapa fakta menarik diperolehi apabila membelek "Al-Muqtabas fi Akhbaril Andalus", "Min Akhbaril Asban", Al-Milal wan Nihal (Ibnu Hazam) jelaslah bahawa sebab kejayaan Kristian dan St Valentine ke atas Granada kerana strategi penyusupan dan perisikan mereka lakukan ke atas umat Islam di Granada. Sehingga akhirnya apabila Kristian mengetahui bahawa umat Islam sudah tidak lagi mengantuk di tengah hari, sahlah mereka sudah meninggalkan tahajjud di malam hari, rahsia kekuatan umat Islam dahulu. Maka apabila dimasukkan arak dan rokok secara senyap ke Granada, maka tewaslah anak-anak muda Islam dan apabila diminta umat Islam menyerah kalah, maka berlakukan peristiwa sadis lagi tragis ke atas umat Islam di Granada tersebut.




Penguasaan teknologi dan strategi, itulah sunnah kemenangan kepada mana-mana kuasa yang mahu menang pertempuran, sama ada kuasa baik mahupun kuasa jahat. Menguasai sunnatullah kekadan menjadi kelebihan musuh-musuh Islam sedangkan di pihak Islam hanya mampu berpada pada penguasaan Syariatullah. Suatu kesilapan dalam memahami maksud dan konsep Taqwallah yang dikhutbahkan setiap minggu pada hari Jumaat.

Sunnatullah ini takkan berubah. Siapa yang menguasai, dialah pemenang, melainkan kelebihan dan keunikan Tuhan berikan pada pejuang Islam apabila Sunnatullah dan Syariatullah tetap menempuh kebuntuan, pada saat itu hadirlah Nasrullah, bantuan dari langit seperti kelihatan dalam Badar dan Ahzab Rasulullah S.A.W. Melihat cerita Red Clif, demikianlah 200 ribu tentera menewaskan 800 ribu tentera bukan kerana pertempuran bersemuka, tetapi kerana strategi dan teknologi. Demikianlah juga al-Fateh dalam rahsia kemenangannya ke atas Konstantinople. Tidak pernah Byzantim menyangka al-Fateh akan menggerakkan 70 buah kapal melalui bukit dalam masa satu malam.

Benarlah kata Ibnu Khaldun :
“…Betapa melalui sejarah, kita akan dapat mempelajar tentang Sunnatullah fee al-Kaun wa al-Hayah tersebut. Melalui pengamatan terhadap Sunnatullah inilah, sejarah beroleh nilai dan dengan nilai tersebut, ia menghubung jalinkan sejarah dengan zaman-zaman yang menyusul. Dalam erti kata yang lain, walaupun generasi dan zaman silih berganti, manusia dan sekalian alam tetap tersusun atur mengikut ketetapan Allah yang sama. Beruntunglah mereka yang meneladani sunnah yang baik serta binasalah mereka yang memilih untuk mengulangi sejarah yang hitam!” - [Muqaddimah Ibn Khaldun, mukasurat 8, Dar al-Kutb al-Ilmiyyah, Beirut 1993 /1413]

2 Responses to 14 Februari 1492 : Mengimbau Di Sebalik Tabir Kejatuhan Granada

  1. Sejak kejatuhan Khilafah pada tahun 1924, umat Islam semakin hilang taringnya. Pemuda yang dulunya tonggak da'wah semakin pudar terutama dari segi kefahaman Islamnya..

    Kita menunggu Solaahuddin Ayyubi kedua membebaskan Palestin dan membentuk kesatuan pemuda Islam yang bermatlamatkan Allah, berpemimpinkan Rasulullah, berpedomankan Al-Qur'an, berjuang di jalan Jihaad serta mengimpikan Syahiid fii sabiilillaah..

    Sama-sama mengambil i'tibar dari sejarah..

     
  2. salam singgah...

     

Posting Sebelumnya

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"