Content feed Comments Feed

Warkah Buat Guru Pelatih Islam IPGM

Friday, April 8, 2011


Aku adalah orang-orang yang nama dan wajahnya sudah lama dilupakan, namun ajaran-ajaran serta karakternya akan senantiasa diingat dalam pencapaian-pencapaian yang diraih para muridnya.” - John W. Schlatter -



MUQADDIMAH


Rasulullah S.A.W tidak pernah menerima pendidikan di mana-mana sekolah, sama ada di tanah Arab, jauh sekali pernah menerima pendidikan Yunani dan diasuh oleh para ahli falsafah. Bahkan Rasulullah itu ummiyy (buta huruf dan tidak boleh membaca). Namun perhatiannya kepada pendidikan, para pendidik dan penampilannya sebagai seorang pendidik manusia di sekelilingnya sangat dahsyat dan luarbiasa. Dari halaqah Iqra’ di rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam, hinggalah kepada terbinanya peradaban ilmu yang berpusat di Masjid Nabawi. Dari manusia yang menyembah batu berhala dan memakan haiwan jalanan di padang pasir, methodologi pendidikan Nabi merobah bangsa Arab menjadi manusia terbaik yang mengalahkan peradaban intelektual dan empayar ketenteraan dari Rome hingga ke Parsi.














KESIMPULAN
 
Pendidikan bukan sekadar soal bidang ikhtisas yang mahu diceburi, tetapi lebih dari itu adalah 'our deepest conviction', keyakinan terdalam kita bahawa hanya dengan sistem pendidikan sahaja faktor paling kritikal untuk mengembalikan maruah dan kualiti umat. “ - Dr Siddiq Fadzil


Para guru pelatih perlu membaca dengan baik keadaan dunia dan zaman yang sedang kita hadapai kini di Malaysia. 10 tahun dahulu, berpacaran di khalayak umum adalah satu keaiban, sekarang anak gadis pelajar sekolah yang masih ada dara adalah satu keaiban. 10 tahun dahulu, guru merotan pelajar adalah satu kebiasaan, kini pelajar ‘merotan’ guru adalah satu kebiasaan. 


Justeru, jangan jadi guru ‘bisu’. Cerahkan matahatimu kerana hati-hati yang hidup sahaja boleh menghidupkan hati-hati yang mati. Mulakan dakwah dari dirimu terlebih dahulu, barulah diperturunkan pada anak muridmu. 75 % keberkesanan pengajaran bukan apa yang pelajar dengar dari anda sahaja dalam kelas, tetapi apa yang mereka dengan dan LIHAT dari anda. The actions always talk louder than voice.


Ke mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. Guru kencing berdiri, murid kencing berlari.


Kenalpasti dan susunlah keutamaan modul dan pengisian pengajaran anda, bermula dari SQ, kemudian EQ, dan barulah IQ. Janganlah menjadi guru yang hanya sekadar pelaksana silibus dari ‘content provider’ dan policy maker.


Ingatlah, Nabi adalah guru teragung di dunia. Ingatlah, guru Nabi adalah Tuhan semesta Alam. Dan ingatlah, aku juga seorang guru.



RUJUKAN
1. Rasul Terulung Murabbi Teragung : 40 Teknik Cara Mengajar Yang Berkesan, Syekh Abdul Fattah Abu Ghuddah, terjemahan Haji Shuhadak Mahmud, terbitan PMRAM
2. Muhammad S.A.W The Super Leader Super Manager, Dr Muhammad Syafie Antonio, terbitan Prophetic Leadership and Management Centre
3. Manual Pendidikan Al-Hikmah : Himpunan Pidato Kependidikan, Dr Siddiq Fadzil
4. Kuasa Kepemimpinan Al-Fatih, Muhamad Syaari Ab. Rahman, PTS Milennia

6 Responses to Warkah Buat Guru Pelatih Islam IPGM

  1. Alhamdulillah... warkah ust telah sampai kepada saya... Insya-Allah saya akan mendalami ilmu sbnyak mungkin untuk mnjadi murabbi terbaik... semoga saya dapat mencontohi Sultan Murad dan Syeikh as-Syamsuddin..dan Syeikh al-Kurani..


    @aku budak seni
    http://senituaku.blogspot.com

     
  2. MOHON SHARE USTAZ

     
  3. Anonymous Says:
  4. TABIK HORMAT PADA ARTIKEL SAUDARA...
    SATU PENGHARGAAN BUAT GURU ZAMAN IT..

    JAZAKALLAH KHAIRAN KASIRA'..

    MUSLIMDIRYZ.BLOGSPOT.COM

    SALAM..

     
  5. tahniah & syukran ustaz~warkah yang memberi suntikan semangat buat saya yang bakal bergelar guru~ketemu kita di BISA, IPGKPM...(^_^)b

     
  6. Rijal82 Says:
  7. Terima kasih semua. Boleh sebarkan dan nanti saya upload ceramah saya pada kertas kerja ini nanti di IPGM Melaka :)

     
  8. tahniah & syukran ustaz..

     

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"