"The numbers reflected the previous and incoming global disasters" - Nicolas Cage, "Knowing"
Setiap kali menerima banyak "note tag" dan berita-berita 'popular' di Internet yang diminta saya forward kepada orang lain, saya cuba untuk berfikir secara kritikal sebelum membuat apa-apa tindakan. Sama seperti situasi ketika saya tulis mengenai "Kenapa Yahudi Bijak : Di Mana Sumbernya ?".
Terbaru mengenai artikel "Bencana Tsunami di Jepun Buktikan Mukjizat Al-Qur'an" yang tersebar luas di Internet dan FB. Tajuk itu tidak menjadi masalah, tetapi isi artikel tersebut - pada pandangan saya - boleh mengundang pelbagai spekulasi.
1. Perlu diingatkan, fokus penilaian semula saya adalah berkenaan dengan artikel itu sahaja. Jadi harapnya kita tidak mencapah sehingga ke topik besar seperti mukjizat ilmu sains dan matematik di dalam Al-Quran kerana kita tidak mempunyai titik perbezaan dalam soal itu insya-Allah.
Apa yang memelikkan saya adalah setiap kali berlaku sahaja bencana alam, ada sahaja "mukjizat angka" surah dalam Al-Qur'an akan dikeluarkan. Maklumlah, minda orang Melayu sangat mudah terpukau dengan kisah-kisah "miracle". Persoalannya, adakah seolah-olah Tuhan berbicara kepada manusia dalam nada bahasa bencana sahaja ?

Sudah pasti. Kebesaran Allah bukan sahaja pada rukuknya pokok sahaja, kalimah Allah di langit sahaja, perkataan Allah pada ikan sahaja, dan pelbagai lagi keajaiban bersifat "superficial". Sesungguhnya cara pandang kita pada alam mesti dibetulkan dengan kefahaman aqidah yang betul, apatah lagi apabila bersangkut paut dengan 'still in dispute accidental facts'.
Teringat saya bagaimana Al-Marhum Syed Qutb mengalih perhatian 'miracle-minded' ummat pada konteks dan big picture Al-Quran yang lebih besar.
"Ajaibnya kejadian langit dan bumi lebih ajaib dari kisah ajaibnya Ashabul Kahfi" - Syed Qutb, Fi Zhilail Quran
“Ataukah kamu mengira bahawa para penghuni Al-Kahfi dan Ar-Raqim (gua) itu, mereka itu sahajakah yang termasuk tanda-tanda kekuasaan Kami yang menghairankan" (Al-Kahfi : 9)
2. Menonjolkan kemukjizatan dan kebenaran al-Quran adalah satu kewajipan. Tetapi, niat yang baik sahaja tanpa methodologi yang betul tidak mencukupi. Sebab itulah, masuklah ke dalam sesuatu ilmu dari pintu masuknya, seperti pentafsiran Al-Quran yang memerlukan disiplin ilmu tafsir.
Pedih sekiranya kita membelek sejarah mengenang bagaimana lahirnya hadis-hadis palsu suatu ketika dahulu atas justifikasi yang sama, untuk memberikan targhib dan tarhib kepada ummah ‘atas nama Nabi’.
Pedih sekiranya kita membelek sejarah mengenang bagaimana lahirnya hadis-hadis palsu suatu ketika dahulu atas justifikasi yang sama, untuk memberikan targhib dan tarhib kepada ummah ‘atas nama Nabi’.
3. Saya tidak menyanggah fakta-fakta angka seperti tarikh kejadian pada 11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432 dan kejadian berlaku pada hari Jumaat.
Tetapi saya tidak bersetuju "cara melihat" angka itu dan "cara menyusun" nya.
Saya bawa satu contoh mudah sahaja, kenapa angka 1432 dipecahkan pada 14 dan 32, kenapa tidak 143 dan 2 atau 1 dan 432 ?
Saya bawa satu contoh mudah sahaja, kenapa angka 1432 dipecahkan pada 14 dan 32, kenapa tidak 143 dan 2 atau 1 dan 432 ?
Atau jika 14 dirujuk kepada juzuk dalam Al-Qur’an, kenapa ayat 32 tidak dijadikan sandaran, sebaliknya angka 6 pula menjadi perhatian ?
Adakah kerana ayat 36 tidak ada kaitan dengan bencana tsunami, maka ia diketepikan dan diambil angka lain yang boleh dikaitkan ?
Adakah ini akhlak yang diajar para ulamak dan para pejuang disiplin Ulumul Qur’an ?
4. Sesuatu penemuan manusia mungkin dilihat benar dari satu sudut (sepintas lalu) kemudian apabila dianalisa (kemudiannya terbukti) boleh jadi dari satu sudut bertentangan.
Apakah lagi nilai dakwaan “mukjizat” bernombor di sebalik bencana Jepun ini apabila sudah berlaku kontradiksi dan tidak lagi selamat dari pertikaian di kemudian hari ? Sebab itu jalan selamat adalah kembali pada methodologi para ulama dalam memahami nas dan mengaitkan dengan nas.
5. Jika benar kajian isu ini ilmiah dan bertanggungjawab, lebih wajar dinyatakan siapakah pengkajinya dan apakah autoritinya dalam bidang sedemikian. Persoalan sumber ilmu adalah sangat fundamental dalam pengajian ilmu-ilmu wahyu dan ilmu-ilmu Islam.
6. Adalah lebih baik melihat bencana alam di Jepun secara objektif, pengajarannya diambil secara objektif, kaitkan dengan nas secara objektif, tanpa perlu dihighlightkan sangat soal "matematik" dalam hal ini, nanti tak pasal-pasal pulak timbul pula perdebatan angka 11 itu angka Illuminati, tak pasal-pasal masuk pulak bab konspirasi Illuminati di sebalik bencana alam. Apa kesudahan manfaat pada ummat jika perdebatan secret nombor ini diteruskan tanpa mengemukakan bukti-bukti yang lebih rasional dan bertanggungjawab ?
7. Agaknya apa perasaan umat Islam di Jepun jika ayat ke 4 surah al-Hijr itu sahaja yang dijadikan satu-satunya sandaran dalam memahami kenapa Allah membinasakan sesuatu negeri seperti Jepun ?
Adakah wajar dikatakan pada mereka bahawa punca bencana itu kerana mereka juga termasuk dalam umat yang bersenang lenang dan tenggelam dalam angan-angan sebagaimana dalam ayat sebelumnya iaitu ayat ke 3 ?
8. Bagaimana pula jika nanti berlaku lagi gempa bumi di Jepun (nauzubillah ya Rabbana) dan kedudukan latitud longitud kawasan gempa berubah, dan pada masa itu pengemuka teori ini gagal mengaitkan dengan mana-mana secret number dalam nas, apa kesudahannya ?
9. Mukjizat Al-Qur’an dalam bencana tsunami di Jepun adalah terletak pada firman-firman Allah mengenai kerosakan di bumi dan laut akibat perbuatan tangan manusia.
Mukjizat Al-Quran dalam bencana tsunami di Jepun terletak pada firman-firman Allah mengenai dekatnya hari Kiamat dan jelasnya tanda-tandanya sebagaimana disebutkan oleh Al-Qur’an dan hadis-hadis Nabi S.A.W.
Saya kira dengan pendekatan seperti ini lebih ‘menenangkan’ ummat Islam di seluruh dunia termasuk kita dan umat Islam di Jepun, berbanding perbincangan mengenai secret number dalam Al-Qur'an.

10. Allah mentaqdirkan sesuatu ada hikmah yang di luar dari jangkaan akal fikiran itu. Sama-sama kembalikan sandaran itu kepada kebesaran Allah dan elakkan menimbulkan polemik yang mengundang perdebatan yang merugikan ummah.
“Mereka akan berkata; Jumlah Ashaabul-Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka; dan setengahnya berkata: Bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka, sebagai tekaan akan sesuatu yang tidak diketahui; dan setengahnya yang lain berkata: Bilangan mereka tujuh orang, dan yang kelapannya anjing mereka. Katakanlah: TUHANKU LEBIH MENGETAHUI akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit. Maka janganlah kamu berbahas mengenai (jumlah) mereka kecuali secara zahir, dan jangan kamu bertanyakan tentang mereka kepada seseorang pun dari mereka."(Al-Kahfi : 22)
WALLAHU A'LAM BIS-SAWAB
WALLAHU A'LAM BIS-SAWAB
artikel yg sangat menarik n membuka minda.. thanx for sharing.. anyway, salam kenal.. jemput la singgah my blog 'Aku Sebutir Pasir' kalau nak baca my experiences travelling ke 45 buah negara.. :)
Saya sungguh terharu dapat berkenalan dengan saudara. Sungguh dahsyat pengalaman saudara :)
terbaik la ustaz...kritis dan berhujjah..=)
assalamualaikum...
btul jugak..kebanyakan drp masyarakat kita juga ada yg taksub dan terpengaruh dgn cerita2 berkaitan nombor2 dlm al-quran.
bila difikir smula, nmpk sgt mcm kita ni berfikiran sempit bila tgk sesuatu isu. cepat sgt buat penilaian. sepatutnya dlm satu2 isu yg timbul, jika nak dikaitkan dgn ayat2 al-quran dan hadis, kita kene tgk dr sudut pandangan yg luas. kene kaji maksudnya secara mendalam.