Content feed Comments Feed


Alhamdulillah wal Alhamdulillah. Tiada yang lebih menggembirakan kami sepanjang penantian 2 tahun ini melainkan diberitahu dan disahkan oleh doktor pakar di Gombak Medical Center semalam bahawa anak kami dalam kandungan 8 bulan kini sihat dan selamat, kedudukannya baik (plasenta kembali pada kedudukan terbaik). Bahkan lebih dari itu, doktor mengesahkan si kecil comel di dalam perut isteri saya adalah seorang anak perempuan. 


Ternyata Allah lebih bijak percaturannya dan hikmahnya mengatasi kehendak manusia yang penuh keterbatasan dan kecenderungan. Sesungguhnya pilihan Allah adalah yang terbaik untuk kita.



Kepada Allah jua kami mengangkat tangan berdoa supaya Allah terus memberikan kesihatan yang baik pada isteri kesayangan saya dan anak dalam kandangan yang kini sudah memasuki 8 bulan dan berada dalam posisi terbaik untuk menjenguk alam dunia. 



Nurul Fatihah Wajihah. Besar maknanya pada kami. Itulah nama pilihan kami sejak dari awal lagi ketika bermusyawarah memilih nama andaikata bayi dalam kandungan perempuan. Pada-Mu Ya Allah kami panjatkan doa supaya dipermudahkan urusan anugeraha Tuhan ini berpindah dari alam rahim ibunya ke alam dunia yang fana' ini.



Nurul Fatihah Wajihah binti Muhammad Syaari, kombinasi Al-Fatih dalam jiwa seorang bakal serikandi Muslimah dan Al-Wajih yang menjadi gelaran Allah kepada Nabi Allah Isa yang akan menjadi penyelamat ummat Muhammad S.A.W di akhir zaman.



Nurul Syuhada Ummi Fatihah, abang bersamamu di kala susah dan senang, sihat dan sakit. Kita sama-sama tingkatkan doa pada Allah semoga kelahiran anak pertama kita ini dipermudahkan Allah :)

Isteri saya di hari lahirnya ke 25 pada 2 April 2011 baru-baru ini. 
Biar sederhana, tetapi bermakna :)

Baiti Jannati, Zawjati fid Dunya wal Akhirah

9 Responses to Gembira Di Hati, Anak Dalam Kandungan Bakal SERIKANDI

  1. alhamdulillah..tahniah buat ustaz n k.nurul..bakal srikandi yg akan ikut jejak langkah ibu dan ayahnya..semoga selamat semuanya..^_^

    "Barangsiapa yang di uji dengan mendapatkan anak perempuan kemudian ia berbuat baik kepada mereka (dengan mendidiknya) maka anak perempuan itu akan menjadi penghalang baginya dari sentukan api neraka" (H.R Bukhari & Muslim)

     
  2. Alhamdulillah...
    tumpang gembira ana mendengarnya...
    ana mendoakan semoga selamat segala urusan & dipermudahkan oleh Nya...

     
  3. Alhamdulillah, tahniah kpd kaknurul n ust shaari

    ~Smg sgl urusan antuma sntiasa dpmudahkan Allah

     
  4. Alhamdulillah.. Tahniah..
    Doakan ana menyusul..(",)

     
  5. Rijal82 Says:
  6. Terima kasih Ibnatussolehah, Asma, Mutiaralautbiru dan Hafizan :)

     
  7. Anonymous Says:
  8. Subhanallah..sungguh bahagia keluarga ustaz..Barakallahu lakuma..moga mendapat kebahagiaan di duni dan akhirat. Terima kasih sebab sudi datang ke IPG KPM Melaka :)

     
  9. Alhamdulillah.. Gembira mendengar berita ini. Didoakan si kecil ini nanti akan menjadi sekental ibunya, amin!

    Terfikir juga kalau Al Fatih adalah perempuan, hm mesti Ust letak nama Fatihah. Haha, betul rupanya.

    Mudah-mudahan ibu, anak dan bapanya sekali sihat-sihat.

     
  10. Rijal82 Says:
  11. Wassalam.

    Terima kasih Ilyani

    Terima kasih Syahidah. Tekaan anda tepat :)

     
  12. ~aRniNaDrah~ Says:
  13. Alhamdulillah.. moga kehadiran orang abru akan lebih membakar semangat perjuangan kaliana...

     

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"