Content feed Comments Feed

"Sesungguhnya sebaik-baik amalan adalah amalan yang KONSISTEN sekalipun sedikit". (hadis direkodkan oleh Baihaqi dari Abu Hurairah)

"Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan dengan tekun. (ITQAN)" (hadis direkodkan oleh Al-Baihaqi)

"The BEST is the enemy of good." - Voltaire's Dictionnaire Philosophique (1764) Literally

Ada benarnya apa yang disebut oleh Stephen R. Covey dalam "qaul jadid" beliau iaitu buku "Tabiat ke 8 Daripada Keberkesanan Kepada Keagungan". 


Analisa beliau di Appendiks 8 menyerlahkan bagaimana dunia organisasi Barat sedang menghadapi kebuntuan untuk membentuk prestasi organisasi yang cemerlang secara KONSISTEN. Kajian demi kajian telah dibuat dan mengesahkan dilema itu. Satu demi satu formula dikemukakan hasil pengkajian mendalam aspek "sains kemanusiaan" ini, ada formula yang berjaya dan selebihnya hanya "hangat-hangat tahi ayam".

"Sememangnya, hampir semua orang boleh memberikan hasil dalam satu atau dua suku tahun pertama. Tetapi cabaran sebenar adalah untuk mencipta BUDAYA ORGANISASI yang boleh memberi hasil yang KONSISTEN setiap tahun." - Stephen R. Covey, halaman 463, Tabiat Ke 8

Saksikan perangkaan berikut, hasil dari penerbitan perniagaan yang ulung :

1. "PROFIT FROM THE CORE" - hanya 111 dari 1,854 syarikat (13 %) berupaya menjana keuntungan meningkat yang BERTERUSAN untuk tempoh 10 tahun

2. "GOOD TO GREAT" - hanya 126 dari 1,435 (9 %) berupaya untuk melebihi purata pasaran ekuiti selama 10 tahun atau lebih.

3. "CREATIVE DESTRUCTION" - hanya 160 dari 1,008 syarikat (16 %) yang telah dikaji selama tempoh 30 tahun berjaya kekal selama itu

4. "STALL POINTS" - hanya 5 % daripada syarikat Fortune berjaya mengekalkan pertumbuhan mereka.


Barat tercari-cari bagaimanakah kaedah ampuh untuk membentuk HABIT manusia. 


Islam telah datang dengan suatu kaedah paling ampuh membentuh HABIT manusia. 

Jawapannya terletak dalam RUKUN ISLAM yang merupakan PEMBUKTIAN (external evidence) dan LATIHAN (ongoing process) kepada RUKUN IMAN. Rukun terpentingnya adalah SOLAT, suatu proses pembentukan karakter manusia yang perlu dilakukan pada masanya dan mengikut ketetapan waktunya, secara KONSISTEN. 

Pengulangan perkataan dan perbuatan yang sama dalam SOLAT mengandungi HIKMAH dan FALSAFAH yang sangat tinggi, penuh kerahsiaan andaikata akal manusia mampu menanggapi sekelumit hikmah dari kefardhuan ibadah agung ini.

Kehebatan karakter Sultan Muhammad Al-Fateh, manusia biasa yang berusia luarbiasa ketika melakukan misi paling luarbiasa, terletak pada rahsia dan kuasa SOLAT FARDHU yang tidak pernah beliau tinggalkan, termasuk solat TAHAJJUD.


Bersama kami di Akademi Al-Fateh membongkar kehebatan kuasa SOLAT dalam pembentukan HABIT dan KARAKTER insan!


NOTA TAMBAHAN :)

"90 % kegagalan kepimpinan adalah kegagalan AKHLAK. Kami telah membuat soal selidik 54,000 orang pekerja, hampir 15,000 (28 %) iaitu peratus TERTINGGI mahukan pemimpin berINTEGRITI berbanding 11 karakter kepimpinan yang lain seperti "effective communicator", "forward looking", "modelling", "motivator", "expert", "brave", "empathy", "decision maker"." - Stephen R. Covey, halaman 172, Tabiat ke 8. 

Maka fahamlah kenapa fakta sejarah merakamkan Muhammad S.A.W dimenangkan Tuhan hati pimpinan Makkah dengan kuasa AL-AMIN dalam konflik kerajaan dalam isu Hajarul Aswad.

0 Responses to Cabaran Terbesar Selepas Program, MENGEKALKAN Prestasi LEBIH BAIK

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"