Tidak pernah diduga oleh sesiapa bagaimana seorang tokoh agung Islam, Sultan Muhammad Al-Fateh mendapat tempat yang begitu istimewa di sisi sekumpulan perunding motivasi dan pengkaji di Malaysia. Kejayaan tokoh Islam itu menawan Kota Konstantinopel sekitar 700 tahun lalu bukan sekadar akan dijadikan muzium peringatan di Malaysia, bahkan akan dibangunkan sebuah akademi yang akan menjadikan kajian ilmiah mengenai tokoh tersebut dalam bentuk modul penyelesaian masalah organisasi dan pembinaan kualiti kepimpinan yang setaraf dengan modul-modul pembangunan insan antarabangsa (world-class).
“70 % siap. Ini merangkumi soal persiapan logistik, infrastruktur dan kemudahan tempat latihan di Sepang.” Demikianlah jawapan meyakinkan dari Ustaz Azlan Jalil, Jurulatih Utama (Master Trainer) Akademi Al-Fateh.
Menjelang 1 Februari 2011 ini, Akademi Al-Fateh akan mula beroperasi sepenuhnya sebagai sebuah akademi latihan dan pada masa yang sama menjadi pusat latihan (training centre) yang menyediakan kemudahan penginapan yang selesa, dihiasi panorama peristiwa penawanan Konstantinopel, seolah-olah peserta dan pengunjung sedang berada di Istanbul, Turki. Sejak dari bulan November 2010, dengan kesungguhan dan sokongan padu Datuk Haji Mohd Ilyas Zainul Abidin dan Tuan Haji Rezwan Resat dari De Palma, kerja pembinaan 4 buah kapal dan pengukuran serta penampalan wall paper gambar-gambar penting sekitar penawanan Konstantinopel sedang giat dilakukan.
“Harapan kami, peserta yang akan menyertai program Akademi ini nanti, sejak jejak pertama mereka ke sini, mereka telah tertanya-tanya mengenai replika kapal di atas bukit kawasan ini dan pintu gerbang gergasi yang ‘menyambut’ ketibaan mereka.”, ujar Ustaz Azlan Jalil kepada krew Akademi Al-Fateh.
Bila akan siap?
apa programnya?
MasyaAllah. tak sabar nak tengok apa yang encik ceritakan.