
Meskipun kecewa tidak dapat ikuti talk Mohd Bashar Arafat, "New Beginnings : Obama & Islam" di Kuala Lumpur Jumaat lepas, namun hati ini puas dapat berkampung selama 3 hari 2 malam bersama krew I.P Minda membimbing lebih 70 org pimpinan mahasiswa UiTM Segamat dari 20 persatuan yg pelbagai. Gabungan modul "Al-Fateh Values" dan "Spiritual Journey" ternyata mendapat feedback luar jangkaan di sesi kesan lisan.
Bersama Prof Madya Ismail...

Terima kasih kepada Amin Idris Training Consultant (AITC) kerana memberikan kesempatan bermakna pada saya untuk menyampaikan satu slot bertajuk "Solat Memang Best Giler !!!". Satu tajuk yang sangat attraktif namun mengandungi mesej persuasif iaitu untuk menimbulkan MAHU lebih dari TAHU peserta kepada solat sebagai pasak kecemerlangan komprehensif mereka di masa hadapan.
Mudah-mudahan, masa yang singkat bersama adik-adik tersebut telah...
Ramadhan tinggal beberapa hari sahaja lagi saat kedatangannya. Sejauhmana kita bersedia meraikannya sebagai tetamu agung ? Kesemuanya bergantung pada bagaimana tanggapan dan paradigma kita kepada Ramadhan. Adakah benar kita melihatnya sebagai seorang 'tetamu' ? Atau kita melihatnya sebagai 'beban' (puasa) ? Atau kita melihatnya sebagai 'raya dah tak lama' ?
Cara berfikir anda akan mempengaruhi kualiti tindakan dan amalan anda sepanjang Ramadhan. Justeru, fahami dan hayatilah bahawa Ramadhan adalah bulan yang bukan sahaja dipilih...

"Segala konflik di antara kita tidak akan dapat diselesaikan dengan hanya mengambil perhitungan politik puak dan perkauman, sentimen untung rugi pilihan raya semata-mata tetapi cara yang lebih bijak dan bertanggungjawab perlu diterokai. Gelanggang ilmu, persada pengetahuan dan pentas diskusi intelektual mesti disuburkan untuk kita mencambahkan politik berasaskan ilmu (k-politic) bagi kita mewajahkan semula perjuangan PR yang lebih menyakinkan....

Hari ini genaplah 28 tahun kelahiran saya. 20 Julai 1982. 20 Julai juga adalah tarikh bersejarah US menipu dunia mengenai Neil Armstrong berjaya mendaratkan kaki di bulan. Lihat filem National Treasure 2, you'll find the answer in that 'co-incidental' scripts.
Petang tadi, kepenatan di tempat kerja tidak menghalang saya menyusun jadual kuliah mingguan setiap Isnin jam 6-7 petang dengan members Ma'ruf Club menggunakan kitab "Al-Qasas...

Selepas 'sihir' sotong Paul di World Cup 2010 dan terbaru pemilihan Presiden Rusia dipropagandakan ke seluruh dunia, kini The Sorcerer's Apprentice tampil menonjolkan kuasa sihir 'Dajjal' yang pernah digunakan Merlin di Great Britain utk menguasai dunia. Nicolas Cage terus jadi proksi mendedahkan Hollywood 'hidden agenda' mengenai Illuminati-Freemason. Agenda 'hitam' proksi Dajjal-NWO makin dahsyat.
Saya bercakap mengenai sotong Paul bukan...

Tiada yang lebih manis dalam hayat saya terbabit dalam gerakan mahasiswa Islam di kampus melainkan apabila saya akhirnya dapat menyaksikan depan mata saya sendiri generasi pelapis perjuangan di kampus sedang melakukan satu percubaan 'melawan arus' dengan mencabar diri masing-masing menjadi diri yang luar biasa dari kebiasaan dalam satu program menerobos sempadan diri.
Syukur pada Allah kerana akhirnya Dia mengubah persepsi saya...

Pengalaman luarbiasa!
Selepas talk "Vandalisme Remaja : Meneropong Akar Masalah" di Darul Quran JAKIM pagi semalam di hadapan mahasiswa DQ, para pelajar dari MRSM dan IKBN serta ibubapa, saya dibawa melihat sendiri tali gantung dan sebat yang 'original' oleh pegawai penjara dan mendapat taklimat mendalam dan 'menakutkan' dari mereka mengenai 'rekod' tali gantung dan rotan sebut tersebut pada beberapa penjenayah sebelum ini.
Sekalung...

Paradigma terhadap sejarah bisa berubah dengan kepelbagaian seminar dan madrasah yang kita hadiri.
Albert Einstein pernah menyebut bahawa musuh kepada proses pendidikan seseorang adalah pengalamannya yang silam (yang membentuk tabir penghalang pada dirinya untuk terbuka menanggapi sesuatu dari sudut pandangan yang berbeza).
Abdullah bin Mubarak pernah menyebut : "Seseorang itu akan sentiasa menjadi alim selama mana dia (dalam proses) menuntut...

Konvokesyen UIAM 2008 bersama Ummi tersayang dan tunang saya (pada masa itu), Nurul :)
Hari ini adikku Hajar akan masuk UIAM Gombak dan adikku Ehsan akan masuk UiTM Shah Alam. Terima kasih pada arwah ayah tersayang kerana mendidik kami dengan rotan dahulunya utk mementingkan soal pendidikan sejak dari kecil.
Kemasukan kali ini menyaksikan buat kali seterusnya mahasiswi menguasai IPTA. 40,886 siswi versus 20,141 siswa akan mendaftarkan...

"Menonton filem terbaru Dream Works Animation, How To Train Your Dragon membuat hati begitu teruja dengan kecomelan dan kehebatan jalan cerita yang digarap tanpa menimbulkan kebosanan di hati. Filem yang diadaptasi daripada buku Cressida Cowell mengisahkan seorang remaja Viking, Hiccup (Jay Baruchel) yang hidup bersama sekumpulan Viking yang hidup dengan memburu naga dan diketuai ayahnya sendiri, Stoick the Vast (Gerald Butler).
Namun...
Integriti Maya
Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.
Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog Iskandarfateh ini.
Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.