Content feed Comments Feed

Pada hari Sabtu lepas, saya, isteri dan adik Izzaz diberikan kesempatan dan kebenaran oleh pihak kolej untuk membuat pertemuan susulan dengan adik-adik kepimpinan BADAR KISAS. Program susulan yang kerap telah menjadi prinsip pengurusan dakwah saya untuk memastikan adanya semakan kepada terjemahan keberkesanan program akademi Kepimpinan BADAR yang dilalui oleh peserta sebelum ini.

Kesempatan yang ada saya manfaatkan untuk berkongsi satu fikrah perjuangan yang diwarisi dari perjuangan Nabi Muhammad S.A.W yang telah dilengkapkan Allah dengan sikap bukan sekadar pakej syariatullah iaitu SIDDIQ dan AMANAH, tetapi pakej sunnatullah iaitu TABLIGH (communication skills) dan FATHANAH (intelegensia).

Salah satu buku yang menggamit perhatian saya di PBAKL 2010 baru2 ini.
Bertemu adik-adik Exco Badar Kisas di PBAKL 2010

Saya menunjukkan video kekalahan pemain catur nombor satu dunia Gary Kasparov kepada komputer Deep Blue untuk memudahkan adik-adik faham apakah maksud 'BIJAK' dalam mengurus gerakan dakwah.



Kebijaksanaan bererti kemampuan melihat kepentingan jangka panjang gerakan mengatasi kepentingan jangka pendek. Bagaikan bermain catur, Deep Blue menumpaskan Kasparov pada 1997 kerana kemampuannya  membaca ribuan gerakan ke hadapan (forward looking) lebih pantas dari Kasparov. Kasparov pada 2003 berdepan pula dengan Deep Junior yang boleh memproses tiga juta pergerakan catur dalam tempoh satu saat. Kali ini, kemampuan otaknya berjaya mengelakkan kekalahan dengan keputusan seri. Siapa yang mampu melihat jauh ke hadapan, dia akan menguasai pentas perlawanan.

Gabungan keberanian dengan kebijaksanaan itulah yang dimaksudkan sebagai Quwwah dan Amanah sebagai penentu wibawa kepimpinan dan pasukan pemimpin. Sirah tindakan strategik dan 'siasah panjang nafas' Nabi ketika di Makkah (Hijrah) dan Madinah (Hudaibiyyah) serta pengalaman Refah-AKP di Turki antara bahan perbincangan kami.


Kerana mahu menggabungkan antara keberanian dan kebijaksanaan, ketinggian spiritual (SQ) dan intelektual (IQ), penguasaan syariatullah dan sunnatullah, maka tidak perlu pelik hadaf kolej yang digazetkan dari generasi terdahulu bukan sekadar untuk melahirkan pemimpin bertaqwa dalam erti kata maksud taqwa yang hanya sekadar menjaga hukum syariatullah, tetapi lebih dari itu menjaga hukum sunnatullah yang takkan mampu diketahui tanpa kajian dan pengetahuan (muthaqqafieen)

Ustaz Zaharudin Muhammad berjaya membuktikan satu persatu argumentasi sirah mengenai kebijaksanaan Nabi S.A.W mengatur strategi dalam Hudaibiyyah. Gambar ini diambil ketika saya mengikuti usrah gabungan Pas Kawasan Gombak 29 Mac lepas.

0 Responses to Mengurus Dakwah Perlukan Kebijaksanaan, Bukan Sekadar Keberanian

Posting Sebelumnya

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"