Pencerahan minda mengenai masa depan Islam di mata gerakan Zionis-Freemason Antarabangsa kali ini menembusi Institusi Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) bermula Tengku Ampuan Afzan di Kuala Lipis. Walaupun sangat jauh perjalanan hampir sepertiga perjalanan pulang ke Kelantan, kekuatan motivasi isteri tersayang yang menemani perjalanan terus menyemarakkan semangat saya untuk berdakwah dengan pendekatan moden kepada mahasiswa guru-guru pelatih di sana.
Apatah lagi saya dimaklumkan program ini diwajibkan hadir kepada seluruh mahasiswa di IPTAA. Justeru, peluang yang disajikan kepada saya perlu saya maknakan sepenuhnya khususnya dalam membuka minda mereka untuk nampak dengan jelas visi dan misi masa depan sebagai guru pelatih. Tidak guna membicarakan kenapa Yahudi bijak dan mampu menguasai dunia andaikata resolusi untuk para guru pelatih serius kembali membina generasi baru Islam masa depan dengan sistem pendidikan Islam yang sememangnya sebuah sistem Tuhan yang mampu membijaksanakan generasi muda dan belia Islam tidak sebagaimana realiti pada hari ini.
Terima kasih kepada Fahmi serta seluruh kepimpinan MPP (JPP IPTAA) dan seluruh para pensyarah dan mahasiswa yang sudi hadir. Moga ada makna baru pada kehidupan selepas mengikuti sesi yang telah saya kendalikan dengan harapan kita semua berganding bahu menyelamatkan ummah yang semakin sarat kritikal ditembak oleh peluru-peluru halus gerakan Yahudi-Zionis antarabangsa.
salam..ble la Ust nak mai IPG Kampus Perlis ni yg sangat2 dahagakan ilmu..