Berita dari Hulu Selangor ternyata agak mendukacitakan pada awalnya. Apatah lagi mendapat maklumat PR kalah teruk di 3 FELDA Hulu Selangor, ternyata BN menumpang menang dgn undi warga FELDA. Teringat saya kenangan memimpin kem pemantapan aqidah remaja Felda di bawah I.P Minda di Kedah, Selangor, Jengka dan beberapa tempat yang lain pada tahun lepas. Insya-Allah, saya dan pasukan dakwah saya tidak akan putus asa meneruskan agenda dakwah menyelamatkan remaja-remaja FELDA supaya makin dekat dgn Tuhan dan Islam serta sekaligus cerah matahati mereka kelak apabila diminta membuat keputusan segenting dan sepenting pemimpin dan wakil rakyat mereka. Politician thinks for the next election, statesman think for the next generation.
Kebetulan ketika menerima berita kekalahan lebih awal dari Zentrum Future Studies kelolaan Prof Abu Hassan Hasbullah yang telah meramalkan lebih awal kekalahan PKR dengan majoriti 2 ribu undi, saat itu saya dan isteri dalam perjalanan pulang dari training Leadership Camp pimpinan mahasiswa kolej TPM di Bukit Jalil.
Meskipun Hulu Selangor ternyata mendukacitakan kami buat seketika, tetapi 'suasana' Hulu Langat ternyata merawat duka kami. Dalam perjalanan pulang dari Nur Lembah Pangsun Eco Resort bahkan di tapak kem itu sendiri, saya terserempak (entah buat kali yang berapa rasanya) dengan banyak konsultan-konsultan yang sedang mengendalikan program SPIES kerajaan Negeri Selangor bertapak di campsite2 Hulu Langat. Ternyata kami tidak keseorangan dalam misi membangun sumber manusia generasi baru negeri Selangor.
Rupanya meskipun penangan Hulu Selangor semacam meresahkan masa depan PAS-PR utk PRU 13 tidak lama lagi andaikata benar kata penganalisis P094 adalah cermin kepada PRU 13 (termasuk jugalah cermin kepada bakal berulangnya lagi politik kotor, rasuah, serangan peribadi dan manipulasi SPR), namun PAS di Selangor ternyata tidak perlu terlalu bimbang kerana saat ini kita masih lagi memegang tampuk kekuasaan dan kita sedang ghairah merancakkan sesuatu yang sangat digeruni oleh musuh-musuh Islam iaitu sektor pendidikan dan pembangunan program-program agama, yang kedua-dua port-folio itu dipegang oleh PAS Selangor.
Vaksin SPIES sedang merebak dahsyat setiap minggu sebenarnya, ini adalah saham terbesar PAS dlm kerajaan PR Selangor. Benih yang sedang ditanam mungkin bukan sekarang masa menuai hasilnya, nantikanlah beberapa tahun lagi.
Hulu Selangor memang cermin PRU 13, tp suasana lambakan program menyelamatkan ribuan anak-anak muda Selangor dari sekolah rendah sehinggalah kepada belia-mahasiswa, yang kebanyakan tempat operasi program berlaku di sekitar Hulu Langat, ternyata ini adalah cermin masa depan cerah PAS-PR 10-20 tahun dari sekarang.
La Tahzan wahai aktivis-aktivis PAS yang bekerja keras kerana Allah di P094. Kuasa projek-projek dakwah, kuasa program-program pendidikan dan penyucian jiwa kelak akan mampu mengubah jua penangan P094 walawpun ternyata ia mungkin sedikit memakan masa.
Hulu Selangor memang cermin PRU 13, tp suasana lambakan program menyelamatkan ribuan anak-anak muda Selangor dari sekolah rendah sehinggalah kepada belia-mahasiswa, yang kebanyakan tempat operasi program berlaku di sekitar Hulu Langat, ternyata ini adalah cermin masa depan cerah PAS-PR 10-20 tahun dari sekarang.
La Tahzan wahai aktivis-aktivis PAS yang bekerja keras kerana Allah di P094. Kuasa projek-projek dakwah, kuasa program-program pendidikan dan penyucian jiwa kelak akan mampu mengubah jua penangan P094 walawpun ternyata ia mungkin sedikit memakan masa.
Semoga saham-saham yang dilaburkan PAS pada peringkat belia/remaja akan mendatangkan hasil pada masa hadapan..
Hasil perjuangan kita bukan untuk dilihat pada hari ini mahupun esok kerana kejayaan tidak datang sekelip mata..
Apa yang lebih penting kejayaan pada masa hadapan..
Kadang2 saya rasa, UMNO mmg suka orang / remaja Melayu khayal dengan duniawi, taksub dgn hiburan ,kurang didikan agama , jadi mat rempit kerana mereka yg semacam inilah yg akan sentisa menyokong dan mengundi UMNO / BN