Content feed Comments Feed
Pulang dari motivasi di SMK Seksyen 9 awal pagi tadi bersama sahabat saya Azhadi. SMK Seksyen 9 merupakan sekolah Allahyarham Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak polis Isnin lepas dengan justifikasi yang sangat dipertikaikan berdasarkan 'rule of law'. Jelas suasana hiba melatari guru-guru dan para pelajar sek ini. Hampir kesemua rakan-rakan sekelas arwah saya dimaklumkan tadi masing-masing menyimpan keratan akhbar wajah arwah dlm meja...
Belum reda 17 ribu kes anak luar nikah 2009 dan pembuangan bayi yang makin dahsyat sehingga tertera di akhbar arus perdana dan menteri naik berang, kini krisis sosial yang sepatutnya ditangani oleh pihak polis, kini tampaknya ada segelintir pihak polis sendiri cuba mencetuskan ketegangan sosial. Yang sepatutnya ditangkap terlepas, yang belum tentu bersalah - apatah lagi remaja yang akan menduduki PMR t- erbunuh akibat das tembakan di kepala. Takziah...
Berita dari Hulu Selangor ternyata agak mendukacitakan pada awalnya. Apatah lagi mendapat maklumat PR kalah teruk di 3 FELDA Hulu Selangor, ternyata BN menumpang menang dgn undi warga FELDA. Teringat saya kenangan memimpin kem pemantapan aqidah remaja Felda di bawah I.P Minda di Kedah, Selangor, Jengka dan beberapa tempat yang lain pada tahun lepas. Insya-Allah, saya dan pasukan dakwah saya tidak akan putus asa meneruskan agenda dakwah...
Pada 23 – 25 April baru-baru ini bertempat di Nur Lembah Pangsun Eco Resort, saya dan isteri mengetuai krew I.P Minda telah diberikan peluang untuk membuat latihan kepimpinan kepada para pemimpin mahasiswa dari sebuah IPTS terkenal di Lembah Klang iaitu Technology Park Malaysia College Sdn. Bhd. dengan jumlah peserta hampir 40 orang. Walaupun I.P Minda tidak mampu menyampaikan keseluruhan modul-modul kepimpinan untuk meraikan modul-modul...
  Pencerahan minda mengenai masa depan Islam di mata gerakan Zionis-Freemason Antarabangsa kali ini menembusi Institusi Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)  bermula Tengku Ampuan Afzan di Kuala Lipis. Walaupun sangat jauh perjalanan hampir sepertiga perjalanan pulang ke Kelantan, kekuatan motivasi isteri tersayang yang menemani perjalanan terus menyemarakkan semangat saya untuk berdakwah dengan pendekatan moden kepada mahasiswa guru-guru...
Impak dari Nadwah Kepimpinan Islam SBP baru-baru ini nampaknya mula menampakkan penangan modul Kuasa Solat Kuasa Perubahan yang saya bina dengan izin Allah. Terima kasih pada Ustazah Rubiah yang telah sudi menjemput saya menyampaikan modul saya tersebut kepada seluruh pelajar Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, sebuah sekolah SBP yang saya kira antara yang terbaik di Malaysia.  Sekali lagi ditemani isteri tersayang yang sedang...
 Tiada yang lebih menggembirakan saya apabila menerima jemputan dari Institusi Usrah MMU Cyberjaya iaitu 'PMI' di sana untuk membentangkan kertas kerja slide saya mengenai 'Membedah Agenda Masonic NWO". Bukan kegembiraan itu terletak dan terzahir pada teknologi yang disediakan oleh MMU untuk memudahmantapkan ceramah saya kerana saya tidak pelik dengan teknologi komputer, kawalan slide dan kawalan lampu serta sistem bunyi yang sangat...
Allah menjadi hikmah 5 kali solat fardhu sebagai suatu konsep training untuk mengambil dan 'menegakkan' (iqamah) nilai-nilai dalam solat di luar dari solat iaitu kehidupan seharian. Sebab itulah Allah menggunakan perkataan 'menegakkan' solat kerana solat yang berkualiti adalah solat yang mampu menegak dan meluruskan kehidupan seharian hasil dari 'training' 5 minit ketika khusyuk dalam solat. Demikian juga konsep training dalam rukun Islam...

Posting Sebelumnya

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"