Content feed Comments Feed


"Enemy At The Gates" : Salah satu lagu yang menggambarkan ketakutan dan kesedihan Kristian pada kedatangan tentera Al-Fateh

Saya dalam proses pembacaan bahan-bahan dan mengumpul manuskrip-manuskrip mengenai Sultan Muhammad al-Fateh. Walaupun pendekatan penulisan kelak lebih bersifat santai dan mesra pembaca, namun saya mahu mentahkik semua sumber sebelum dimuatkan dalam buku saya "Kuasa Kepimpinan Al-Fateh" (PTS Milenia) yang akan diterbitkan penghujung tahun ini.

Sebelum ini saya mengkagumi penulisan Michael H. Hart mengenai "100 manusia paling berpengaruh dalam sejarah". Buku ini telah mengundang 1001 perdebatan dunia apabila nama Nabi Muhammad S.A.W diletakkan beliau di tempat pertama menumpaskan 99 tokoh-tokoh dunia, agamawan, saintis dan penakluk yang lain. Buku yang pernah disebut oleh Shekh Ahmad Deedat ditulis dengan penuh objektif tanpa prejudis ini hampir-hampir telah mampu menjadi jambatan antara Islam dan Eropah-Barat ketika Islamophobia memuncak pada saat ini khususnya ketika kemuncaknya apabila Dr Marwah Sharbini dibunuh dalam kamar mahkamah di Jerman.

Namun, buku "100 Manusia Berpengaruh" tidak sama dengan buku "50 Perang Paling Berpengaruh" yang saya temui ini (dengan bantuan saudari Nazirah yang turut membantu saya dan isteri menyiapkan buku ini). Berbeza sama sekali.


Walaupun pada awalnya saya hampir terpukau dengan sinopsis buku ini yang mengkaji satu persatu aksi dan implikasi peperangan besar sepanjang sejarah dunia dan membuat ranking tersendiri berdasarkan sejauhmana besar skala impaknya pada dunia.


Namun benarlah "don't judge the books by its covers". Benarlah telahan saya, sumber dalam bahasa Inggeris mesti lebih saya berhati-hati berbanding dalam bahasa Arab, sama ada di perpustakaan mahupun alam maya.

Saksikan kenyataan penulis buku ini, William Weir pada mukasurat 145 hingga 149. Ia sangat memprovokasi emosi dan menaikkan kemarahan sesiapa sahaja yang selama ini mengkaji fakta-fakta mengenai kebudimanan Muhammad al-Fateh dan para tenteranya.

Lihat sahaja pemilihan perkataan di muqaddimah penulisannya ketika menggambarkan perasaan iri hati Al-Fateh setiap kali melihat tembok bangunan Konstantinople :

“…Mohamed II was irritated every time he looked at the walls of Contantinople…”

…The city (Constantinople) had not blocked the Turkish advance into Europe – the profits from ferrying Turks across the straits were too good. It was, however, a mighty pain for expansion-minded Ottoman sultans

Pemikiran Weir tidak ubah seperti orientalis yang melihat Islam disebarkan dengan mata pedang. Weir cuba menegakkan benang yang basah apabila tampak menulis tanpa menyatakan sumber yang tepat dan disokong oleh mana-mana ilmuwan muktabar. Bahkan beliau lebih bersandarkan minda orientalis dan prejudis menebal kepada Sultan Muhammad sehingga menamakannya bukan sebagai "the Grand Signeur" (pemerintah agung) seperti yang ramai penulis Barat yang jujur mengiktiraf Al-Fateh, bahkan melabelkan al-Fateh sebagai "the Drinker of Blood".


Wier cuba memejamkan mata dari fakta bahawa al-Fateh terpaksa melancarkan serangan ke arah benteng 10 meter Konstantinople selepas segala usaha diplomasi perdamaian mengelakkan pertumpahan darah yang dikemukakan oleh Sultan Muhammad (melalui Mahmud Basya) ditolak dengan penuh keegoan, bahkan mengancam semula untuk menyerang semula negara -negara kecil di bawah Usmaniah sebagaimana pernah dilakukan sebelum ini ketika Konstantinople cuba didekati oleh pimpinan Usmaniah.

Wier cuba menafikan fakta bahawa Konstantinople bukan lagi menjadi milik rakyat Kristian Ortodoks Konstantinople, tetapi sudah menjadi milik peribadi berkepentingan Maharaja Konstantine XI ketika itu yang sanggup menukar agama rasmi negara kepada Kristian Katholik semata-mata untuk meluluskan bantuan pertahanan dari Pope untuk mempertahan survival politiknya, bukan kehendak rakyatnya yang mahukan beliau menyerah diri kepada Sultan Muhammad tanpa peperangan.

Betapa jijiknya fitnah Weir yang cuba pula menggambarkan "nafsu politik" al-Fateh sejak dari usia mudanya :

Mohammed was not a man given to shilly shallying. His first act on becoming Sultan in 1451 was to send an assassin to drown his baby half-brother, who might grow up to be a rival for the throne. His next act was to execute the assassin. His third act was to marry the baby’s mother to a slave. His soldiers called him “the Drinker of Blood”….” !!!

Saksikan pula percubaan menyangsikan tahap ketaqwaan tentera al-Fateh :

“…Of the 200,000 according to a Florentine soldier named Tedaldi, only 140,000 were effective soldiers. The rest were “thieves, plunderers, hawkers, and others following army for gain and booty. But 12,000 of the soldiers were Janissaries, the best infantry of any European nation. The Janissaries had been children of Christian parents, taken in the Turkish “blood tax” and raised in Islam…


Demikianlah musuh-musuh Islam. Menjadi tabiat mereka untuk memfitnah para pemimpin Islam dengan fitnah yang sangat dahsyat dan halus. Namun, anehnya mereka sendiri terpaksa mengakui di celahan tulisan mereka itu beberapa fakta yang tidak dapat disangkal dunia, seperti kepemudaaan al-Fateh, penguasaannya pada banyak bahasa dan sistem pendidikan ulama Usmaniah yang diterimanya sangat sistematik, serta kemahiran mencipta senjata paling hebat di zaman itu menumpaskan senjata Byzantium, dan diplomasi yang dikemukakannya sebaik sahaja menawan Konstantinople. Saksikan :

…Mohammad was well educated. He spoke Turkish, Greek, Latin, Arabic, Chaldean, and Slavonic. He studied the lives of great leaders and had sound ideas on strategy..” page 146, Battle 26

..Mohammed had more guns and bigger guns than any prince in Europe or Asia. He has been called “the world’s first great artilleryman...”

he gave the Christians in the city freedom to worship in their own way..."

Weir semacam terdesak untuk memutabelit sejarah dan fakta yang diakui dunia, jadi apa yang mampu beliau lakukan hanyalah mengekalkan perakuan sejarah yang universal itu, tetapi memutarbelit di celahan fakta dengan fakta tambahan (rekaan) untuk memaling perhatian pembaca dari fakta yang sebenar kepada fakta rekaan yang jelas cuba melakukan provokasi pada umat Islam.

Itulah hakikat yang berlaku juga pada masyarakat Quraisy terhadap Nabi Muhammad S.A.W. Mereka memfitnah Nabi sebagai ahli sihir, orang gila, penipu dan sebagainya selepas wahyu diturunkan kepada baginda, tetapi mereka terpaksa akui Muhammad bin Abdullah itu jualah satu-satunya manusia paling berintegriti dan bepekerti di Makkah.

Sangat keterlaluan lagi, Weir menambah lagi kezaliman al-Fateh pada tentera, seolah-olah Weir cuba menutup hakikat sebenar perbuatan seperti itulah yang dilakukan oleh panglima perang Crusade pada tentera mereka yang kalah berperang :

"...Mohammed was so enraged by the failure of his infantry, he thought about loading their bodies into the bombards and shooting them over the walls of Constantinople

Weir juga cuba menulis gambaran kesudahan jatuhnya kubu kuat Kristian Rome selepas bertakhta ratusan tahun, dengan meraih simpati apa yang terpaksa dilalui panglima Giovanni Giustanni.

Saya cukup bimbang jika inilah pendekatan Barat jika benar ada usaha dari institusi Hollywood ini untuk menerbitkan "1453" ini sebagaimana saya temui preview ini :


"1453" : Al-Pacino (Academy Award Winner) as Halil Pasha, Orlando Bloom as Giovanni Giustiniani, Jeremy Irons (Academy Award Winner) as Constantine XI, Ioan Gruffudd as Mehmet II.
Walaupun preview ini hanya kompilasi KOH, Troy dan filem-filem terbitan mereka dan bukannya "1453", namun saya meletakkan ramalan bahawa tidak mustahil ia akan dihasilkan suatu ketika nanti.


Sebab itulah saya menyimpan azam, andaikata Tuhan memberikan saya usia yang panjang, antara legasi terbesar mahu saya tinggalkan kepada Malaysia dan dunia adalah sebuah filem epik terbitan Malaysia sendiri mengenai "Fetih Mehmet", sebagai respon kepada "1453" andaikata benar ia akan dihasilkan, dan andaikata benar ia "prejudis" kepada Islam.

Sebab itu saya menyimpan azam untuk menjadikan asas ilmu dalam Master dan PhD dalam sejarah Usmaniah dan Al-Fateh sendiri serta 'engagement' yang kuat dengan para intelektual seperti Prof Redzuan Osman, Ustaz Hasrizal Jamil dan mana-mana sarjana yang pernah mengkaji mengenai Al-Fateh sama ada keperibadian mahupun strategi perangnya.

Juga 'engagement' dengan mana-mana Pengarah filem di Malaysia yang saya fikir mempunyai kecenderungan yang ghairah kepada sudut epik dan sejarah, serta pengkritik filem dan lakonan seperti Prof Abu Hassan Hasbullah yang terserlah wibawanya dalam sudut ini ketika Final "Pilih Kasih" yang sempat saya ikuti semata-mata untuk melihat kritikan dan wibawanya dalam hal ini selain di pentas argumentasi politik semasa.

6 Responses to William Wier Bukti Islamophobia Eropah Sejak Zaman Al-Fateh

  1. Mama Says:
  2. salam. ustaz ni link yang boleh bg info sejarah yg menarik jgk ;

    http://www.1001inventions.com/index.cfm?fuseaction=main.viewSection&intSectionID=309

     
  3. Mama Says:
  4. satu lagi

    http://traditionalislamblog.wordpress.com/

     
  5. wanaimran Says:
  6. assalamualaikum bro,

    terima kasih kerana berkongsi pendapat mengenai buku william wier tersebut.

    saya sekadar ingin menarik perhatian kepada preview 1453 yang dipaparkan dalam penulisan di atas.

    saya rasa ianya bukanlah preview rasmi mengenai filem 1453, kerana ia mengandungi klip daripada filem yang berbeza-beza seperti kingdom of heaven, troy dan sebagainya.

    berikut merupakan penjelasan yang diberikan di youtube mengenai klip tersebut:

    "okay... just to clarify because some people lack the sense to know otherwise... I AM AWARE THAT THESE ARE DIFFERENT EVENTS IN HISTORY... they are from different time periods, different cultures, and different parts of the world (somewhat)... however... i used these videos together to make an allusion to what a movie would look like if they ever made one of the fall of constantinople... this is not saying that these movies are about this time period... this is just an creative means of expressing a moment in history with the materials i could use

    This is a video I did for my AP World History class. It's based on the book 1453 by Roger Crowley. The book was okay, and it was a great event to base a movie off of. I DO NOT OWN ANY OF THE CLIPS. This is not based off any movie that's coming out any time soon."

    Sumber:
    http://www.youtube.com/watch?v=5GM_C9qqpWk

    Sekali lagi, terima kasih atas perkongsian saudara mengenai topik ini.

    Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi beberapa link berkenaan peristiwa 1453 ini:

    1) 12 Byzantine Rulers
    http://www.12byzantinerulers.com/

    Podcast nombor 16 berkisar mengenai Constantine XI yang merupakan pemerintah Byzantine yang terlibat dalam peristiwa 1453.

    2) BBC In Our Time: The Siege of Constantinople
    http://www.bbc.co.uk/radio4/history/inourtime/inourtime_20061228.shtml

    Temu bual di BBC radio mengenai peristiwa 1453.

    Harap ianya bermanfaat. Assalamualaikum dan Ramadhan Kareem!

    Aimran

     
  7. Rijal82 Says:
  8. Terima kasih wan Imran, respon balas dari saudara ini sangat saya perlukan. Apatah lagi sumber-sumber penting yang saudara nyatakan.

    Mengenai 1453, sememangnya saya tlh mengetahui ia hanya kompilasi KOH, Troy dll apabila membaca sinopsis Youtube tersebut.

    Cuma sengaja saya "provokasi" minda saya dan pembaca untuk bersedia dengan segala kemungkinan teknologi perfileman Barat akan mampu melakukan apa sahaja, termasuk menghasilkan 1453 ini. Kita umat Islam hanya menjadi penonton, tidak mampu membuat apa-apa.

    Terima kasih Wan Imran, saya hargai sikap ilmiah saudara dan ia sangat membantu saya :)

     
  9. Rijal82 Says:
  10. Terima kasih wan Imran, respon balas dari saudara ini sangat saya perlukan. Apatah lagi sumber-sumber penting yang saudara nyatakan.

    Mengenai 1453, sememangnya saya tlh mengetahui ia hanya kompilasi KOH, Troy dll apabila membaca sinopsis Youtube tersebut.

    Cuma sengaja saya "provokasi" minda saya dan pembaca untuk bersedia dengan segala kemungkinan teknologi perfileman Barat akan mampu melakukan apa sahaja, termasuk menghasilkan 1453 ini. Kita umat Islam hanya menjadi penonton, tidak mampu membuat apa-apa.

    Terima kasih Wan Imran, saya hargai sikap ilmiah saudara dan ia sangat membantu saya :)

     
  11. salam...

    Alhamdulillah... tertarik ana untuk mengkaji sendiri tentang sultan Muhammad Al-fateh... smemangnya kisah sejarah mengenainya jarang skali di ketahui umum... mudah2an hasil daripada kajian akh membuka mata semua untuk lebih cenderung dalam pengkajan sejarah Tokoh-tokoh Islam.... Mabruk ya akh..

     

Posting Sebelumnya

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"