Kesempatan berada di sesi petang Muktamar GAMIS adalah suatu yang sangat bermakna bagi saya dan isteri.
Apa yang lebih mengharukan apabila isteri hadir bukan sekadar sebagai ‘penonton’ Muktamar, tetapi turut sama memberikan partisipasi aktif dalam perbahasan ucapan dasar dan pernyataan cadangan walaupun kehadirannya agak lewat berbanding muktamirat yang lain.
Apa yang lebih membanggakan menyaksikan kombinasi paling tepat dan strategik bagi mengemudi bahtera baru pelayaran GAMIS apabila saudara Idris dipilih sebagai Presiden GAMIS bersama Shazni Munir sebagai Timbalan Presiden, suatu kombinasi paling berkesan sepanjang saya mengenali dua individu aktivis ini. Saudara Idris yang dilihat sangat ampuh idealisma tarbiyah gerakan mahasiswa bersama saudara Shazni yang dilihat sangat tajam dan konkrit idealime siasah gerakan mahasiswa serta seluruh barisan baru kepimpinan sangat saya yakini mampu mengukuhkan idealisme perjuangan Islam GAMIS di pentas Malaysia.
Bagi saya, saudara Idris dipilih bukan sekadar kerana kekuatan peribadinya, bahkan pasukan gerakan mahasiswa Islam di UKM itu sendiri di bawahnya. Jarang seseorang dipilih menjadi Presiden andaikata persoalan paling asas iaitu wujudkah "a binding taskforce" dari kampusnya sendiri tidak terjawab. Pemilihan beliau sebagai Presiden yang memecahkan tradisi bertahun-tahun GAMIS tanpa percubaan Presiden dari UKM mengesahkan lagi tanggapan saya bahawa gerakan mahasiswa Islam di UKM semakin menemui rentak sebenar mereka di pentas nasional, bukan sekadar kampus semata.
Para pembahas kali ini (yang saya nilai separuh masa kedua muktamar sahaja, sesi sebelumnya saya tidak ikuti dan tidak mampu membuat penilaian) lebih matang dan besar jiwa mereka, tiada lagi perbahasan yang terlalu emosional tanpa hujah yang konstruktif atau sekurang-kurang jelas dan nyata mesejnya. Justeru saya sangat berbangga adik-adik saya akhirnya mampu menerima usul-usul yang dilihat semakin mendewasakan cara berfikir mereka untuk berpencak dalam perjuangan di kampus.
Usul GAMIS perlu menyediakan dokumen pernyataan karakteristik “muslim negarawan” supaya boleh dijadikan pedoman dan teras tarbiyah ahli-ahli GAMIS seluruh Malaysia dilihat usul yang futuristik selari dengan gagasan GAMIS kali ini yang sering dipertegas saudara Shazni Munir iaitu 9 domain kenegaraan iaitu :
1. Ekonomi, kewangan, perdagangan dan perbankan
2. Kedudukan Islam dan hubungan antara agama dan kaum
3. Pendidikan
4. Demokrasi dan hak asasi
5. Perundangan dan kehakiman
6. Kebajikan rakyat (kemiskinan dan kesihatan)
7. Keselamatan
8. Penerangan dan media
9. Dasar luar negara
Lebih mantap lagi, ada perwakilan mempersoal di mana duduknya domain “hiburan” dan adakah ia tidak menjadi sasaran domain GAMIS ataupun kesinambungan selepas kejayaan melakukan Konsert Antara Dunia.
Seperti biasa, GAMIS Borneo khususnya dari UMS terus menjadi pembahas paling ‘bersedia’ untuk mengemukakan sesuatu usul dan cadangan, sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Kekadang aneh mengenangkan mereka yang lebih bersemangat berbanding persiapan rakan-rakan dari semenanjung.
Ucapan penggulungan dari saudara Shazni Munir yang banyak menyentuh soal kenapa lahirnya 9 domain fokus GAMIS dan ucapan penutup dari saudara Idris yang menyentuh karakteristik ahli GAMIS berteraskan apa yang disifatkan Allah pada pemuda Ashabul Kahfi, kedua-dua pidato mereka di samping pidato saudari Fasihah Pengerusi SIGMA mengesahkan keyakinan saya bahawa kepimpinan baru GAMIS mampu membuat sesuatu yang jauh lebih baik dari legasi besar yang telah ditinggalkan Ustaz Dzulkhairi, Rafidah, Munawwirah dan seluruh saff pimpinan GAMIS yang lepas.
semoga Allah sentiasa membantu saff kepimpinan baru gamis ini..amin
Salam,sy qoute sdikit tulisan us..
Saudara Idris yang dilihat sangat ampuh idealisma tarbiyah gerakan mahasiswa bersama saudara Shazni yang dilihat sangat tajam dan konkrit idealime siasah gerakan mahasiswa serta seluruh barisan baru kepimpinan sangat saya yakini mampu mengukuhkan idealisme perjuangan Islam GAMIS di pentas Malaysia.
setakat pembacaan ringkas sy, antara elemen penting kebangkitan islam ialah pendidikan dan intelektual menjadi semakin kukuh dan ianya tidak menjadi elemen ekslusif yg hanya mampu dibincangkan oleh ahli akademik semata2..dgn maksud,
Sy cukup bangga bila tenure us memperjuangakan spy tarbiyyah di liberalkan...sy ingt, penddikan akan menysul slps itu..dan alhamdulillah,ko-spins bertandang...
cuma, pd pandangan sy, jgnlh hanya memandang pada gerakan tarbiyyah dan siasah semata2 sbagai elemn perjuangan, pendidkan juga harus berada pada prioriti yg tinggi..
Dan, mungkin sudah sampai msanya ahli gamis dan pimpinannya membawa obor -al-fahmu-..fahmu dlm bnyak bidang dan lapangan...
skdar pandangan dr amilin...
pandangan anda saudara hasan husaini akan saya lontarkan pada pimpinan baru gamis jika ada kesempatan bertemu mana-mana kalangan mereka. terima kasih