Content feed Comments Feed

Setiap Minggu 50 Mad’u ...

Friday, November 21, 2008

Hampir sebulan mengecap kemanisan dakwah dengan generasi muda yang terlalu jauh dari cahaya Islam, kini saya semakin bersemangat untuk terus mengecap nikmat erti hidup pada memberi. Berdasarkan time constraint yang sangat padat menanti di bulan November dan Disember ini oleh majikan merangkap murabbi saya, Ustaz Azlan Jalil, saya meletakkan target untuk mendekati sekurang-kurang 50 orang “untapped market” di serata Malaysia, yang terdiri dari anak-anak muda remaja yang terlalu jauh dari Tuhan, terlalu jauh dari solat, terlalu jauh dari kasihsayang ibu dan ayah.

Sekitar suasana program dengan anak-anak FELDA
Kedah-Perlis di Kuala Nerang pada 17-19 Nov

Bukan mudah nak control crowd 200 orang dengan
pelbagai karenah. Namun, pengalaman itu
sebaik-baik guru buatku.

Saya minta adik-adik tulis dan jawapan 3 soalan, "dari mana,
ke mana, dan untuk apa dia hidup". Sengaja saya minta
buat demikian supaya mereka tahu flow slide "Tujuan Hidup" saya.

Kekadang berlaku "Ilusi Optik" dalam mencari tujuan hidup...

Kini baru saya kecapi realiti sebenar dakwah dari hanya retorik semasa di alam kampus dahulu. Betapa terlalu ramai, terlalu ramai, terlalu ramai lagi anak-anak kecil dan belia remaja yang telah disesarkan oleh system pendidikan secular Malaysia kini, yang mencari ketenangan di celahan dosa, ketenangan yang tak kunjung-kunjung tiba. Terlalu manis hidup menjadi aktivis dakwah. Jika minggu ini saya berprogram dengan 50 peserta, minggu seterusnya dengan lagi 50 peserta, dalam sebulan sekurang-kurangnya saya dapat jalan tanggungjawab dakwah mendekati 200 mad’u baru secara full time 3 hari 2 malam terjun duduk bersama mereka, dekati dan mentarbiyah mereka mendekati Tuhan. 200 mad’u setiap bulan bererti sekurang-kurangnya saya sudah menjalankan tanggungjawab dakwah pada 2,400 anak-anak muda remaja yang kelak akan mencorak baik buruk Malaysia 10 tahun dari sekarang.

Sekitar program dengan adik-adik KEMAS
di Bukit Unggul, Sepang pada 13-15 Nov

Saya cukup rasa terharu, rasa syukur pada Yang Maha Berkuasa, andaikata ada adik-adik yang menitiskan airmata keinsafan di hari ketiga program disebabkan perkataan nasihat yang jujur saya lafazkan kepada mereka, dibantu slide video-video yang menginsafkan mereka dari mana mereka datang dan ke mana mereka akan pergi.

Belum sempat berehat dari program di Kuala Nerang, Kedah,

terus hadir ke Masjid Wilayah bagi memberikan keinsafan

pada kira-kira 70 orang anak-anak kecil dari sekitar

Kuala Lumpur pada 20 Nov.


Walaupun bersama I.P. Minda, namun ketika adik-adik mencari saya meminta alamat dan no telefon untuk dihubungi dan didekati selepas program, kad bisnes GAMIS saya yang saya berikan pada mereka. Supaya mereka temui ‘bahtera penyelamat’ sebenar menanti mereka di kampus nanti.

0 Responses to Setiap Minggu 50 Mad’u ...

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"