Content feed Comments Feed

Revolusi Pendekatan Kuliah Dasar...

Friday, November 21, 2008


1. 10 minit pertama saya meminta peserta membaca kertas kerja yang saya kira cemerlang kupasannya. Saya meminta mereka menggunakan pelbagai cara untuk membaca dengan pantas tetapi kritikal. Saya minta setiap peserta menyediakan satu soalan yang belum mereka dapati jawapan dalam kertas kerja tersebut atau yang mereka keliru.

2. 10 minit kedua saya berbincang dengan mereka, mendengar luahan persoalan setiap peserta, tanpa saya memberikan jawapan pada mereka. Mereka mula terkejut. Saya menyatakan kepada mereka, bahawa kebanyakan persoalan yang mereka kemukakan kebanyakannya bersangkutan masalah philosopical (kefalsafahan yang berbeza antara pendekatan ulama pada setiap zaman dalam memahamkan aqidah pada ummah), dan bukan tugas saya untuk menghuraikan satu persatu, anda boleh membacanya sendiri atau bertanya pada naqib anda. Kehadiran saya adalah untuk menggalas tugas "taysirud dakwah" atau apa yang disebut Syekh Yusuf Qaradhawi dalam "Iman dan Kehidupan" iaitu pendakwah janganlah tenggelam dalam perbahasan aqidah dengan segala falsafahnya, sesungguhnya aqidah Islamiyah itu mudah sebagaimana mudahnya kisah-kisah perjuangan anbiya di dalam al-Qur'an yang diceritakan oleh Allah dengan pendekatan yang mudah tetapi berbekas di hati.


3. Seterusnya saya menyatakan pada mereka, "sesi saya dengan antunna tidak lama, tak sampai 90 minit. Saya diamanahkan oleh urusetia untuk anda menghayati tajuk ini. Jadi, saya tidak mahu menggunakan pendekatan ceramah biasa untuk kalian menghayati, bukan sekadar memahami, kerana ada beza antara "menghayati" dan "memahami".

Justeru saya bertanya kepada mereka, tajuk berkenaan "Aqidah dan Perjuangan" ini agaknya "soal hati" atau "soal aqal" ? Masalah hati (ruh) atau masalah aqal (fikrah) yang biasanya sukar diatasi pimpinan apabila berada dalam jamaah kampus ? Mana satu yang lebih majoriti di kampus ?

Justeru, seharusnya tajuk ini dilihat kritikal, penting dan "ubat" kepada segala macam masalah "hati" yang menanti selepas anda menjejakkan kaki ke alam perjuangan Islam di kampus.


4. Saya menyatakan pada mereka satu ayat al-Quran dalam surah al-Baqarah bahawa Nabi Ibrahim meminta Allah menunjukkan proof bahawa Dia boleh menghidupkan orang yang mati. Bukan kerana iman Nabi Ibrahim goyah, tetapi "walakin li yathmai'inna qalbi...", untuk menenangkan HATI dan jiwanya.

Lihat bagaimana Allah menghiburkan Nabi Muhammad S.A.W selepas baginda dilanda "sindrom down" ('aamul huzni) selepas kematian isteri dan bapa saudara kesayangannya dan baginda sangat sedih dengan penerimaan dakwah kaumnya di Taif. Boleh sahaja Allah Taala menurunkan ayat "ma wadda'aka rabbuka wa ma qola.." (Tuhan kamu tidak meninggalkanmu keseorangan wahai Muhammad) sebagaimana pernah diturunkan ketika baginda "down" selepas wahyu terputus seketika. Tetapi kali ini ALlah memperjalan dan meNUNJUKkan secara LIVE melalui Isra dan Mi'raj, di depan mata Nabi sendiri dipertontonkan sekalian para anbiya yang berada di belakang Nabi menyokong Nabi, segala balasan penyokong dan penderhaka dakwah baginda.

MELIHAT dan MENDENGAR lebih berkesan dari MENDENGAR sahaja, sebab itu ayat Isra berkait dengan pernyataan "kehambaan" sebagaimana firmannya "Subhanallazi asra bi'ABDIHI lailan...". MELIHAT, merasa lebih dekat dengan hati untuk dihayati berbanding mendengar dan ingat di aqal fikiran.

MERASA, MELIHAT (visualization) itulah menghayati, kesannya lebih panjang kerana bekasnya di hati, bukannya di aqal semata-mata. Sebab itu al-Qur'an menggunakan perkataan "ibrah" memaksudkan pengajaran, walhal ia berasal dari perkataan "abara" iaitu menyeberang . Ertinya bukan sekadar ambil TAHU apa pengajaran, tetapi MAHU melalui jalan sebagaimana generasi dahulu melalui jalan perjuangan ini, seolah-olah kita baru sahaja menyeberang pergi ke dunia lain dan zaman lain, MELIHAT sendiri apa yang berlaku dan bagaimana ketabahan generasi pejuang terdahulu melalui jalan ini, bukan sekadar MENDENGAR dan membaca ayat-ayat Al-Quran yang sememangnya kunci kekuatan seorang pejuang.

5. Dengan penjelasan dan pendirian saya tersebut, bermulalah detik 60 minit seterusnya saya paparkan kepada peserta klip-klip video saya edit sendiri dari filem Ashabul Kahfi, The Messenger, Ahmad Yasin-Rantisi, dan sebagainya, tetapi dengan iringan lagu latar yang saya harapkan boleh menyentap dan menyentuh hati mereka. Kerana bagi saya, pendekatan "pawagam" dilihat agak berkesan dalam topik-topik yang bagi saya ia lebih babitkan soal hati lebih dari soal aqal.


Alhamdulillah, saya meminta feedback dari peserta dan urusetia kerana saya bimbang kalau-kalau pendekatan saya ini tidak disenangi (kerana saya yakin pasti ada yang tidak bersetuju saya gunakan pendekatan seperti ini). Namun, alhamdulillah, antara mesej yang sampai pada handset saya :

"...penyampaian kuliah ustaz pada kali ini memang agak berbeza, tetapi cukup baik dan diterima baik oleh peserta-peserta. Pendekatan ustaz gunakan menarik perhatian mereka dan memberi gambaran jelas tentang tuntutan aqidah dan perjuangan..."

1 Response to Revolusi Pendekatan Kuliah Dasar...

  1. laily Says:
  2. trase mcm nak tgk jer video2 tu...mcm mane sy nak tgk...??

     

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"