Content feed Comments Feed

Hari pertama training sudah 'praktikal' di Agrotech, Hulu Langat
(kursus kepada pembantu tadbir Lembaga Zakat Selangor)


Saya kini memulakan 'kehidupan baru' sebagai seorang trainer & motivator sebuah konsultan dakwah remaja Islam, Institut Pembangunan Minda (www.ipminda.com) yang berdekatan dengan rumah saya sendiri di Gombak. Saya membuat keputusan ini atas beberapa faktor pendesak :

1. Untuk mencari sedikit rezeqi dan mengatasi sedikit cabaran kewangan untuk membina 'masjid' dalam masa terdekat nanti.

2. Majikan dan staff konsultan ini kebanyakannya bekas pimpinan PMRAM Mesir, seperti Ustaz Azlan yang menjadi SU PMRAM ketika saya belajar di Mesir dahulu. Justeru, suasana bekerja bukan sekadar kerana tanggungjawab akurjanji kerja, tetapi lebih didasarkan semangat kekitaan, spiriti sebuah pasukan tentera dakwah Islam dan sebuah keluarga. Justeru, apabila orang-orang yang bekerja di sekeliling saya adalah orang yang 'memahami' saya, majikan dan trainers yang lain akan faham sekiranya ada 'masa wajib' saya bersama aktivisme Gamis.

Bersama salah seorang trainer, Ustaz Hishamudin,
mantan Pres PMRAM (semasa belajar saya di Al-Azhar)


3. Jiwa saya memang jiwa tarbiyah dan suka membina generasi. Jiwa yang diberikan Allah sejak saya menjejakkan kaki di bumi waqafan KISAS. Kini tiba giliran saya mengotakan ayat-ayat kewajipan dakwah yang saya bacakan pada adik-adik saya dalam puluhan program-program tamrin dan pembinaan aktivis kampus. Kini masa saya pula merasai sepak terajang berkampung dan mendekati anak-anak muda mudi Felda, remaja yang pernah merengkok dalam penjara kerana membunuh, minah-minah rempit di Sabah dan Sarawak, staff-staff muda remaja Islam yang berkhidmat dalam segenap sektor kerajaan negeri khususnya di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Saya jarang riadhah. Jauh sekali dari handle slot riadhah sama ada tamrin
ataupun kursus. Jauh jauh jauh sekali handle slot yang babitkan semua
sisters. Tapi saya buat rekod dunia kali ini dengan IP Minda.

4. Semoga apa yang saya perolehi dari saratan pengalaman dan sepakterajang terjun dalam program-program pembinaan jatidiri 'mencari Tuhan', teambuilding, pembinaan kepimpinan dan karismatik dan sebagainya akan dapat membantu saya mencurahkan pengalaman dan idea-idea baru dalam projek 'top-up' tarbiyah takwin kampus Gamis.

Akhirnya, saya temui "ESQ" di Malaysia, acuan kerahan minda dan brainstorming mereka sendiri, dalam menerobos kaedah-kaedah baru, marketable dan fresh untuk mendekati hati anak-anak muda belia dan remaja Islam seluruh Malaysia. Bayangkan, jam 8.30 am hingga 1 tengah hari di pejabat setiap hari Isnin-Jumaat diperuntukkan untuk brainstorm modul-modul baru. Cukup membebankan minda, tetapi saya sangat puas hati dengan suasana mencabar kreativiti dan upaya aqal ini.

Erti hidup pada memberi.

0 Responses to Bukan Sembarangan Kerja, Tapi Kerja Membina Generasi Muda...

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"