Content feed Comments Feed

Sekalung Penghargaan Buat Isteriku...

Tuesday, December 16, 2008

Ya Allah,
Berilah peluang kepada para pejuang Islam menempuh alam Baitul Muslim ini,
Permudahkanlah urusan sahabat sahabiyahku yang mahu mengikut jejak langkahku dan isteriku ini,
Ia benar-benar memberi suntikan ketenangan yang luarbiasa bagi meneruskan amanah baiah perjuangan,
Walaupun kekadang sedetik mengenangkan halangan keluarga dan kewangan,
Namun ia tidak akan mampu menumpaskan rahsia besar kehidupan,
Ia keazaman yang kuat dan sangka baik kepada Tuhan,
Maka segalanya akan dipermudahkan Tuhan.


Buat Umi dan 10 buah kereta keluarga yang setia menemani perjalananku dari Kota Bharu ke Alor Setar,
Aku ketandusan perkataan yang paling sesuai untuk menterjemahkan rasa terima kasih yang tidak terhingga

Umi,
Insya-Allah, perkahwinan ini bukan untuk memuaskan hati dan nafsu anakmu ini,
Namun ia untuk melonjakkan lagi semarak perjuangan Islam yang Umi sentiasa menjadi idola ketika ayah sudah lama meninggalkan dunia ini.
Semoga Umi gembira menerima menantu yang turut sama mempunyai stamina perjuangan yang tinggi setinggi semarak perjuangan Umi.


Buat sahabat-sahabat bekas aktivis KISAS yang sudi hadir,
Ustaz Nasir dan Ustazah Arnie, Ustaz Farhey, Mukhlis, Wan Zahidah, Hamizah, dan sahabiyah setia Nurul di KISAS satu ketika dahulu,
Kehadiran kalian mengenangkan semula nostalgia perjuangan kami di bumi waqafan dahulu

Buat sahabat-sahabat aktivis UIA yang sudi hadir,
Izzati, Noraini, Aribah, Zaki, Pian Donia, Dekma, Hafizbad, Shakir, Yusof, Sofiyudin, Akmal Solihi, Syahidat, Nazirah, Fazilah, Hafiz Basri, Nabilah, Akmal Aina, Hayati, Fadilah dan lain-lain lagi yang tak mampu disebutkan nama,
Hanya lafaz Syukran Jazilan dan Ajrukum AllalLah kepada kalian kerana kesudian hadir dan memberikan hadiah kepada kami, sehingga ramai yang sanggup datang

Juga aktivis Gamis Faisal (UM), Aizat (Insaniah), Hakim (Utipi) dan rakan-rakan aktivis Persada,dan semua sahabat-sahabat yang hadir yang tak mampu kusebutkan nama secara khusus di sini, kami amat menghargai kehadiran kalian...


Juga buat YAB Ustaz Azizan MB Kedah,
dan pakcikku YAB Ustaz Ahmad Yaakob Timb MB Kedah,
Terima kasih atas kehadiran penuh makna ustaz-ustaz ke walimatul 'urs kami,
Kalian jualah idola pemimpin rakyat yang kami sedang menuju ke arah itu.

Dan akhirnya buat isteriku Nurul Syuhada,
Terima kasih atas segalanya...
Terima kasih Nurul kerana sudi menjadi pemantau ruhiyyahku
Semakin hari semakin terasa solat 5 waktu ini kian terjaga,
Khusyuknya dan tepat di awal waktunya,


Terima kasih Nurul kerana sudi menjadi makmumku,
Menjadi insan pertama mengaminkan doa-doaku
Terasa terlalu indah kasih sayang-Mu ya Tuhanku

Terima kasih Nurul kerana sudi menjaga penasihat kewanganku
Terasa mudah hidup ini kerana adanya bendahari tetap memantau kewanganku
Dari sikap boros berbelanja tanpa sedar kepada hidup yang lebih sederhana

Terima kasih Nurul kerana sudi menerimaku,
Menjadi 'setiausaha' yang benar-benar setia mencatat segala minit kehidupanku

Sesungguhnya perkahwinanku ini bukanlah semata-mata ibadah, namun ia adalah episod pertama dan permulaan kepada perjuangan sebenar yang lebih getir menanti di hadapan sana...

4 Responses to Sekalung Penghargaan Buat Isteriku...

  1. tahniah3x...maaf tk dpt dtg knduri aritu..apa2 pun..moga sntiasa dalam lmbayung rahmat Allah..--fathi

     
  2. Nurul 'Izzah Says:
  3. Mabruk buat Ustaz & Nurul ^_^

     
  4. abu 'iffah Says:
  5. tahniah..mabruk 'alaikum

     
  6. ~aRniNaDrah~ Says:
  7. mabruk alaikuma

     

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"