Content feed Comments Feed


Rabu-Khamis, 5-6 Nov 2008 : Tidak pernah dalam hidup saya memberikan kuliah atau mengendalikan bengkel lebih dari 3 jam. Tidak pernah dalam hidup saya berhadapan dengan crowd peserta atau pendengar kuliah saya lebih dari 100 orang dengan saya satu-satunya penceramah atau pengendali slot tersebut. Namun itulah hakikat kemanisan pengalaman yang saya tempuh semasa training kedua bersama konsultan IP Minda apabila diamanahkan - saya seorang diri dengan 2 technician - mengendalikan 400 orang pelajar Tingkatan Empat SM Teknik Gombak - pelbagai karenah dan perangai - dengan slot bermula jam 8 hingga 1 tengah hari.

Pada awalnya saya agak pesimis dengan kemampuan diri saya untuk berhadapan dengan pelbagai karenah 400 pelajar dengan 99 % slot akan dikendalikan oleh saya selama 2 hari berturut-turut.

Namun akhirnya saya membuktikan bahawa apa yang saya fikir menentukan bagaimana saya akan beraksi di hadapan adik-adik. Alhamdulillah, saya berjaya mengendalikan slot tersebut dengan jaya, menggunakan segenap pendekatan dengan objektif untuk menyemai jiwa perlukan Tuhan dalam hati peserta, jalan baik dan jalan jahat serta segala macam modul "pre-taarif" yang saya bawa dengan menggunakan kekuatan weapon powerpoint, multimedia slide, flash game, video-video menghiburkan seiring dengan yang menakutkan, aktiviti-aktiviti santai sesama peserta.
Elemen 'game' berfalsafah antara pendekatan
terpenting mendekati anak muda spt ini


Jika jasad yang berasal dari tanah sakit, kita berubat dengan banyak ubatan yang berasal dari tanah, atau herba tumbuhan yang berada jauh di bawah tanah. Tetapi jika ruh kita yang berasa sakit, apa tandanya ? Dari mana ruh datang, maka di situlah ubatnya." - itulah antara bicara saya pada untapped market baru saya.


Saya mengambil kesempatan menyebut tentang rahsia di sebalik kejayaan Barrack Obama dalam pilihanraya Presiden AS semalam kepada adik-adik, dalam bab "how you think determine who you are".

"...Sri Murtiningsih, 69 tahun, bekas guru Obama ketika Obama bersekolah rendah di Jakarta ketika usianya lapan tahun (sekitar 1970 an) pernah menceritakan ketika beliau masih mengajar, dia pernah menanyakan cita-cita kepada murid-murid kelasnya. Ada yang ingin menjadi doktor, pilot, bomba. Lalu, seorang murid berambut kerinting, yang tak lain tak bukan adalah Obama, mengangkat tangan dan menjawab ingin menjadi Presiden AS !!! Dan kini, manusia itu telah menjadi Presiden AS. Benarlah, kebanyakan sejarah kehebatan seseorang manusia bermula dengan langkah kecil yang pertama."


Apa yang mengharukan saya adalah cerita yang saya bawa mengenai Obama ketika di bangku sekolah tersebut mendapat tepukan gemuruh adik-adik tanpa saya duga.

Benarlah erti hidup pada memberi. Saya merasa puas dan mahu bertemu lagi dengan adik-adik SM Teknik Gombak ini. Jika pada awalnya saya sangat pesimis untuk melakukan sesuatu yang belum pernah saya lakukan dalam hidup saya, namun apabila sekali saya berjaya lakukan, tiba-tiba datang satu perasaan ghairah untuk terus memburu peluang melakukannya lagi dengan lebih baik pada masa akan datang. Benarlah, pengalaman adalah sebaik-baik guru untuk kita. Jika airmuka peserta dalam program boleh dilihat perasaan ketawa, sedih, takut dan bersemangat, itulah benchmark keberkesanan program.

1 Response to Kisah 400 Pelajar SM Teknik Gombak dan Barrack Obama...

  1. assalamualaikum salam ziarah dari adindah di umskal.terasa gembira membaca blog abang syaari dan ana berharap dpt bertemu lagi dng abng di sabah ini.klo ble dtg la ke labuan.berkenaan entri abg pada kali ini.ana berpandangan sbb lebih keterhadapannya siswa siswi semenanjung berbanding siswa siswi sabah atau borneo adalah kerana kurangnya pendedahan berkenaan permasalahan umat,politik thinking dan ilmu agama yg sepatutnya di terapkan lagi sejak di bangku sekolah.bukannya di kampus atau di kolej2 baru hendak didedahkan tentang perkara2 besar spt politik,masalah2 umat dan yg sewaktu dngannya. jnglah jdkan marhalah mrk belum sampai lagi sbg alasan utk kita tdk menyampaikan sesuatu yg perlu dlm kesempatan yg ada.jadi jng lah terkejut dng tepukan gemuruh adik2 smk teknik.tapi terkejutlah bila melihat anak2 sabah bertepuk tangan bila di dedahkan dngn isu2 global atau politik semasa.ironinya...dtg lah sabah.

     

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"