Content feed Comments Feed



Terima kasih tidak terhingga pada Tuan Zahiruddin Zabidi kerana menjadi sudi menjadikan saya pembeli pertama buku ini di stor PTS :)

Dalam masa 3 hari, saya akan cuba menamatkan bacaan buku berat ini dan mengenalpasti titik persamaan dan titik perbezaan antara Muhammad Alexander dari Indonesia dengan Yahya Khalid dari Malaysia, kerana saya berhasrat mempertemukan mereka dalam suatu persidangan akademik dengan ulama seperti Shekh Imron Hussein, Prof Sulaiman Nordin dan beberapa ulama muktabar lain (khususnya dalam bidang tafsir/hadis) disatukan untuk menyatukan cara pandang umat Islam kepada Dajjal, Yakjuj Makjuj, akhir zaman dan gerakan Yahudi antarabangsa berdasarkan suluhan Al-Qur'an, bicara Nubuwwah dan kajian saintifik (akademik).

Dipetik dari laman web rasmi PTS

Peminat-peminat buku yang menantikan buku Armagedon 2012 kini boleh mengukir senyuman apabila buku yang dinantikan selama ini sudah masuk dalam gudang PTS.

Buku yang berada di pasaran tidak lama lagi ini bakal mencatat sejarah apabila penulisnya membahaskan mengenai fenomena kiamat secara terperinci sekaligus membalas filem barat yang yang memaparkan kiamat pada 2012.

Pada bulan November 2009, dunia dikejutkan dengan filem arahan Ronald Emmerich yang bertajuk 2012.

Idea asal filem ini dipetik daripada kalendar kaum Maya yang mendakwa kitaran besar dunia tempoh ini akan berakhir pada tahun 2012 atau lebih tepat lagi pada 21 Disember 2012.

Selain disokong oleh kalendar kaum Maya yang banyak didakwa berlaku secara 'kebetulan', mereka juga mendakwa pada 2012, sistem suria kita (Galaksi Bima Sakti) akan mengalami konfigurasi luar biasa, medan magnet bumi menjadi lemah dalam masa yang pantas, fenomena hubungan perubahan medan magnet bumi dan hubungan manusia berlaku dan lebih menarik lagi adalah perlanggaran planet Nibiru (Planet X) dengan bumi.

Filem ini turut dibahas dan dikaji oleh ramai para intelek termasuk daripada NASA sendiri.

Muhammad Alexander atau lebih dikenali sebagai Pak Wisnu mengkaji peristiwa kiamat ini sebelum filem 2012 ini ditayangkan. Kajian ini dimuatkan di dalam buku Armageddon 2012 yang membahas kekeliruan para intelek dalam menghasilkan filem 2012 serta membahas fenomena kiamat yang disebut di dalam al-Quran dan hadis secara kronologikal.

"Armagedon 2012 boleh menjadi sebuah buku yang diluar dari kotak pemikiran kita. Tulisan Pak Wisnu ada kelainannya yang tersendiri," kata Editor Senior PTS Islamika, Tuan Imran Azmi ketika mengulas buku terbaharu Pak Wisnu ini.

Menurut Tuan Imran, Pak Wisnu cuba menyedarkan masyarakat semasa supaya jangan mempercayai kiamat akan berlaku pada 2012.

Lebih menarik apabila Pak Wisnu mengkaji peristiwa kiamat ini menggunakan Al-Quran dan Hadis.

"Hasil daripada kajiannya, beliau mendapat keputusan yang kiamat akan berlaku pada bulan Ramadan tetapi tidak dinyatakan tahun kiamat tersebut," jelas Tuan Imran.

Turut dimuatkan dalam buku Armagedon 2012, gambar, carta dan hasil-hasil kajian mengenai kiamat yang dilakukan oleh para saintis.

"Ini menjadikan buku Armagedon 2012 sebagai buku yang membahaskan tentang kiamat yang terlengkap, tersusun dan gambaran yang mudah difahami," kata beliau lagi.

Penulis melalui kajiannya memberikan kronologi satu persatu tanda-tanda kiamat dan bagaimana kiamat berlaku.

Pak Wisnu mentafsirkan kiamat mengikut Al-Quran dan menterjemahkannya sehingga mudah difahami oleh semua golongan serta sesuai dengan sifat semasa.

Tuan Imran berkata, buku yang bakal berada di pasaran pada 1 Syahwal ini boleh dijadikan sebagai manual dan panduan dalam menghadapi kiamat.

"Nantikan kemunculan buku Armagedon 2012 yang bakal menghempas di pasaran tidak lama lagi," kata Tuan Imran lagi.

Penulis adalah pesyarah di Universiti Brawijaya, Indonesia. Beliau kini dalam proses mendapatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sejarah dan Peradaban.

Beliau banyak menghasilkan kajian mengenai Yakjuj & Makjuj, Zulqarnain dan hari kiamat. Antara buku bestseller beliau adalah Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung (2009) dan Alexander adalah Zulqarnain (2010).

Jangan lupa dapatkan buku Armagedon 2012 yang bakal menemui tuan dan puan dipasaran tidak lama lagi.


SINOPSIS DARI BUKU (TERBITAN PTS)

Pada bulan November 2009, dunia dikejutkan dengan filem arahan Ronald Emmerich yang bertajuk 2012. Idea asal filem ini dipetik daripada kalendar kaum Maya yang mendakwa kitaran besar dunia tempoh ini akan berakhir pada tahun 2012 atau lebih tepat lagi pada 21 Disember 2012.

Selain disokong oleh kalendar kaum Maya yang banyak didakwa berlaku secara 'kebetulan', mereka juga mendakwa pada 2012, sistem suria kita (Galaksi Bima Sakti) akan mengalami konfigurasi luar biasa, medan magnet bumi menjadi lemah dalam masa yang pantas, fenomena hubungan perubahan medan magnet bumi dan hubungan manusia berlaku dan lebih menarik lagi adalah perlanggaran planet Nibiru (Planet X) dengan bumi.

Filem ini turut dibahas dan dikaji oleh ramai para intelek termasuk daripada NASA sendiri. Muhammad Alexander mengkaji peristiwa kiamat ini sebelum filem 2012 ini ditayangkan.

Kajian ini dimuatkan di dalam buku Armageddon 2012 yang membahas kekeliruan para intelek dalam menghasilkan filem 2012 serta membahas fenomena kiamat yang disebut di dalam al-Quran dan hadis
secara kronologikal.

Turut dimuatkan gambar, carta dan hasil-hasil kajian mengenai kiamat yang dilakukan oleh para saintis. Ini menjadikan buku Armagedon 2012 sebagai buku yang membahaskan tentang kiamat yang terlengkap, tersusun dan gambaran yang mudah difahami.

Penulis adalah pesyarah di Universiti Brawijaya, Indonesia. Beliau kini dalam proses mendapatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sejarah dan Peradaban.

Beliau banyak menghasilkan kajian mengenai Yakjuj & Makjuj, Zulqarnain dan hari kiamat. Antara buku bestseller beliau adalah Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung (2009) dan Alexander adalah Zulqarnain (2010).


BAB 1: Filem 2012

BAB 2: Kalendar dan Ramalan Kaum Maya

BAB 3: Tompok Matahari, Perubahan Kutub Magnetik Bumi & Konfigurasi Planet

BAB 4: Tarikh Kiamat: Kultus yang Meramal Tarikh Kiamat dan Kejadian Bunuh Diri Beramai-ramai

BAB 5: Rekrontruksi Kronologi 10 Tanda Besar Kiamat

BAB 6: Kemunculan Dajal dalam Tempoh 40 tahun: Dajal Membuat Kerosakan di Bumi

Bab 7: Hentaman Meteor Besar pada Bulan Ramadan: Asap Tebal Memenuhi Bumi

BAB 8: Tempoh 40 hari Dajjal: Asap itu membuat dahi Dajal tertulis “Kafir”

BAB 9: Nabi Isa Turun Ketika Asap Menyelimuti Bumi

BAB 10: Hentaman Meteor Merosakkan Teknologi: Yakjuj Makjuj Keluar Semula

BAB 11: Matahari Terbit dari Barat: Pintu Taubat Tertutup

BAB 12: Angin Lembut Mencabut Roh Orang Beriman

BAB 13: Kiamat Besar: Kehancuran Alam Semesta

BAB 14: Astronomi dalam al-Quran

BAB 15: Kronologi Kiamat Berdasarkan al-Quran

BAB 16: Kiamat Fasa 1: Sangkakala Pertama Ditiup: Gelombang Dahsyat

BAB 17: Kiamat Fasa 2: Langit Bergoncang dan Terbelah

BAB 18: Kiamat Fasa 3: Supernova Mega

BAB19: Kiamat Fasa 4: Bencana Dahsyat Di Bumi

BAB 20: Kiamat Fasa 5: Kematian Seluruh Manusia

BAB 21: Sangkakala Kedua Ditiup: Seluruh Manusia Berkumpul di Padang Mahsyar

BAB 22: Persamaan dan Perbezaan Antara Filem 2012 dengan kenyataan al-Quran dan Hadis

3 Responses to Buku "Armageddon 2012" (PTS Islamika) Kini Di Pasaran

  1. Anonymous Says:
  2. assalamualaikum ustaz 21.12.2012 bukanlah tarikh kiamat tetapi tarikh illuminati merancang peperangan besar dan menyeluruh!!!ia sebenarnya isyarat tersirat kpd semua penyokong2 illuminati seluruh dunia utk menyerang negara islam secara bersama dan serentak!!!!sejak akhir2 ini illuminati mudah dikesan dimana saje knape??setiap organisasi pasti ada ketua!!! "the King" ketua kumpulan illuminati=freemason=penyembah syaitan yg berlogo "mata satu" sudah bersedia mendedahkan identitinya.. mereka sdg membuat persiapan pertabalan "the king" apakah persiapannya??? huru-hara yg dahsyat dan menyeluruh!!! knape tentera mereka berada di iraq dan afganistan??? iraq jiran iran dan afganistan jiran pakistan!!!palestin lak sdg dikepong FEMA agensi pertahanan awam USA akan settlekan umat islam di USA akan berlaku satu lagi tragedi jika fasa 1 11.9.2001 utk mewujudkan islamfobia fasa 2 lak 11.9.2012 utk membuat islam dan kristian seluruh dunia berperang sesama sendiri!! knape semua aset yahudi internet,tv,radio mempromosikan tarikh 21.12.2012 ia adalah hari ke 101 selepas 11.9.2012 jika setengah org percaya no.8 ada tuah atau "ong" mereka lak percaya 911 dan 101 knape?? 911 skipping god n 101 lak 1 step above god itulah sbbnya semua ucapan ttg NEW WORLD ORDER pada 911 yg pertama bulan 1/16/1990 sehari sblm menyerang iraq yg kedua 11/9/1990 illuminati slalu in reverse 1/16 n 11/9 terbalikkan 911 pada 11.9.2012 akan ada serangan yg akan membangkitkan kemarahan kristian lalu menyerang semua negara islam 21.12.2012 NEW world order akan dilaksanakan pada hari itu "the king" akan memerintah dunia siapakah "the king" pada mulanya dia akan mengaku dirinya nabi kemudian dia akan mengaku dirinya tuhan dia lah "dajjal" dia akan dtg mengaku sbg nabi ISA penyelamat kristian kemudian oleh kerana kristian percaya nabi ISA anak tuhan dia kemudian akan mengaku sebagai tuhan Al-aqsa akan dirobohkan dan dibina pusat pentadbiran NEW WORLD ORDER itulah tanda besar kiamat yg pertama!!! welcome to the age of DAJJAL

     
  3. Anonymous Says:
  4. 2012 merupakan satu strategi perang mereka mengatakan tarikh itu sebagai tarikh kiamat supaya umat islam mengabaikan tarikh itu sedangkan mereka membuat persiapan besar-besaran yg kita fikir persiapan kiamat yang mereka percaya lalu tidak merasa sebarang syak tetapi sebenarnya persiapan utk menyerang umat islam secara menyeluruh jika benar mereka membuat persiapan kiamat knape persiapan2 yg dibuat adalah persiapan perang saya temui byk bukti mereka mempersiapkan perang!!!wake up zionist sgt bijak dlm taktik mereka sdg mentertawakan umat islam yg bertungkus-lumus mengatakan tiada apa2 yg berlaku pada tarikh itu kerana 2012 bukan tarikh kiamat walhal mereka pun tau kiamat tidak berlaku pada tarikh itu tetapi cuma mempergunakan umat islam bagi melindungi agenda sebenar mereka!!! WW3 New world order!!!

     
  5. dr.no problems. macam banyak je tahu.. he3.. saya ada jugak tengok the arrivals. tapi untuk hafalnya.. tak sempat.. sekadar ambil2 tahu macam tu je..
    dulu pernah baca satu buku yang ceritakan pasal perang armagadon ni.. paling saya ingat, dalam buku tu tulis.. mula2 kita akan berkerjasama dengan satu pihak untuk lawan satu pihak dibelakang kita..
    kemudian.. menang, tapi orang yang kita kerjasama ni belot...
    jadi.. perang lak dengan dia..
    dan islam akan menang la..
    erm... buku tu cakap, waktu perang ni.. masa perang pertama melawan `nusuh dibelakang tu` dunia akan gunakan semua senjata2 hebat la..
    kemudian.. perang kedua untuk lawan `belot` tu.. akan guna cara lama...naik kuda.. pakai anak panah..
    apa pendapat doktor? cerita ni ada relate dengan Dajjal tak?
    dan sejauh mana pendapatdr.no problem pada pendapat buku ni?
    (betulkan saya di mana yang silap.. saya budak baru belajar)

     

Posting Sebelumnya

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"