Petikan ceramah Ust Hj Hasrizal Jamil pada 31 Ogos 2010 dalam bengkel "Ruh Wahyu Dalam Modul Latihan" di TAMRIN Grand "Sharpen The Saw". Hampir selari dengan rumusan kajian Tuan Khalid Yahya (penulis Misteri Kemunculan Dajjal dan Fitnah 2012) bahawa sasaran fitnah makhluk bernama Dajjal adalah intelektualisme manusia dan skala fitnahnya telah disebutkan oleh Nabi S.A.W sebagai sangat DAHSYAT! (rujuk Hadis Sahih Muslim riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah dari Abu Umamah - ditahqiq oleh Al-Albani)
Dalam bengkel yang berobjektifutamakan membekalkan pedoman syara' dalam penggubalan modul oleh para trainers Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivator Muslim Malaysia (TAMRIN), Ustaz Hasrizal menekankan peri pentingnya mengenal punca (real problems) di sebalik gerak tindak luaran dan peri laku mad'u (presented problems). Krisis aqidah-worldview-nilai adalah sasaran utama fitnah Dajjal.
Benarlah mukjizat surah al-Kahfi sebagai pendinding kerana Allah berbicara secara teratur, KRITIS dan KREATIF mengenai proses pembetulan AQIDAH-WORLDVIEW-NILAI di dalamnya.
Untuk makluman semua, ust Has hanya berbicara mengenai fitnah Dajjal dan pedoman dari surah al-Kahfi di awalan perbincangan sahaja utk memasak asas yang kuat pd trainers. Saya kira 60-70 % perbincangan selanjutnya memfokuskan pada dhawabit (disiplin) syara' dalam pembikinan modul dan pelaksanaan program serta isu-isu semasa sekitarnya. Nantikan artikel penuh mengenai "Ruh Wahyu Dalam Modul Latihan" dari Ustaz Hasrizal hasil presentation beliau semalam utk tatapan dan rujukan hitam putih kita semua, baik di dunia dakwah, mahupun training serta penulisan.
Benarlah mukjizat surah al-Kahfi sebagai pendinding kerana Allah berbicara secara teratur, KRITIS dan KREATIF mengenai proses pembetulan AQIDAH-WORLDVIEW-NILAI di dalamnya.
Untuk makluman semua, ust Has hanya berbicara mengenai fitnah Dajjal dan pedoman dari surah al-Kahfi di awalan perbincangan sahaja utk memasak asas yang kuat pd trainers. Saya kira 60-70 % perbincangan selanjutnya memfokuskan pada dhawabit (disiplin) syara' dalam pembikinan modul dan pelaksanaan program serta isu-isu semasa sekitarnya. Nantikan artikel penuh mengenai "Ruh Wahyu Dalam Modul Latihan" dari Ustaz Hasrizal hasil presentation beliau semalam utk tatapan dan rujukan hitam putih kita semua, baik di dunia dakwah, mahupun training serta penulisan.
“Wahai manusia, sesungguhnya tidak ada fitnah yang lebih BESAR di atas muka bumi ini sejak dari penciptaan Adam sampai berdirinya Kiamat yang melebihi dari fitnah Dajjal! Dan bahawasanya tidak ada satu pun dari para Nabi yang tidak akan mengingatkan kaumnya tentang fitnah Dajjal, sedangkan aku Nabi kamu yang paling akhir dan kamu adalah umat yang paling akhir dan kamu adalah umat yang paling akhir. Ingatlah bahwa TIDAK DIRAGUKAN lagi bahawa DAJJAL ITU PASTI DATANG DI KALANGAN KAMU.” (Hadis Sahih Muslim riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah dari Abu Umamah (ditahqiq oleh Al-Albani)
PETIKAN ARTIKEL USTAZ HASRIZAL JAMIL (artikel penuh di sini)
“Beranikah kita berkata bahawa kehidupan anak-anak hari ini jauh lebih mudah daripada kehidupan ibu bapa, jika kita sedar bahawa setiap hari kita semakin menghampiri detik-detik fitnah Dajjal?” saya melontarkan soalan kepada seorang teman.
Wajahnya berubah sedikit.
Fitnah Dajjal itu bukan pada kekuatan fizikalnya memusnahkan kehidupan seperti Yakjuj dan Makjuj.
Fitnah Dajjal adalah fitnah intelektual. Sesuatu yang sangat abstrak pada menukar baik menjadi buruk dan buruk menjadi baik.
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda. “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang menipu. Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan “Ruwaibidhah””. Sahabat bertanya, “Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?”. Nabi saw. menjawab, “Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai”. (H.R. Ibnu Majah)
ANTARA MA’RUF DAN MUNKAR
“Ma’ruf menjadi munkar dan munkar menjadi ma’ruf?” tanya beliau.
“Ya. Ma’ruf bermaksud sesuatu yang well-known. Benda yang diterima dan menjadi kebiasaan. Munkar pula bermaksud sesuatu yang dibantah dan dinafikan kerana asingnya benda itu daripada kehidupan” saya memetik pengertian dua kalimah yang sangat penting itu.
“Wah, perkataan itu sangat tangible. Mudah sahaja ma’ruf bertukar menjadi munkar dan munkar menjadi ma’ruf kalau kejahatan sudah diterima dan kebaikan semakin asing daripada kehidupan” simpul beliau.
“Allahu Akbar. Benar sekali. Justeru berbalik kepada soalan awal kita, apakah yang nak kita tanamkan dalam jiwa anak-anak untuk mendepani fitnah yang besar ini?” saya berbalik ke topik asal perbualan.
Pendidikan anak-anak.
Menyedari akan hal ini, saya membuat kesimpulan, pendidikan agama yang menekankan hafalan Sifat 20, menghafal rukun Iman, menekankan hafalan lengkap 30 juzuk al-Quran, mengejar mata pencapaian peperiksaan pada belasan subjek akademik dan Diniyyah, bukan suatu jaminan keselamatan untuk menghantar anak ke masa depan yang penuh cabaran itu. Silibus sedia ada pada kebanyakan sekolah masih belum meyakinkan saya.
Mengukir agama pada jiwa anak-anak memerlukan satu proses yang tidak ada pada silibus sedemikian rupa. Justeru perjalanan hidup saya masih meneroka jalan keluarnya, mencari penyelesaiannya.
Terkenang kepada pesanan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam tentang pendinding yang menyelamatkan manusia daripada fitnah intelektual Dajjal yang terzahir pada Materialisma.
Materialisma bukan gila kebendaan semata.
Ia adalah fahaman yang memaut makna pada yang tersurat hingga buta pada yang tersirat.
Berikut pesan Baginda:
Surah al-Kahfi!
Kita digesa Sunnah melaziminya.
Menghidupkan malam Jumaat pada membaca dan menekuninya.
Pastinya fungsi surah al-Kahfi pada menyelamatkan seorang manusia daripada fitnah Dajjal itu tidak berlaku hanya pada membaca dan menghafalnya. Sebaliknya, keterangan Sayyid Qutb berkenaan surah ini di dalam tafsir karangannya Fi Dhilal al-Quran, ada pencerahan:
Sayyid Qutb berpandangan, Surah al-Kahf itu bertindak sebagai pendinding manusia daripada fitnah Dajjal kerana ia menyentuh mekanisma perbuatan manusia.
Jika diri kita diumpamakan seperti iceberg, tip of the iceberg yang kelihatan di mata itu mewakili perbuatan. Manakala bahagian ais yang besar tersembunyi di bawah permukaan air laut itu adalah enjin di sebalik setiap perbuatan kita iaitu AQIDAH (sistem kepercayaan), MINDSET (cara berfikir dan melihat sesuatu termasuk kehidupan, i.e worldview) dan SISTEM NILAI (cara manusia membuat penilaian terhadap apa yang benar, berharga, penting dan berguna dalam hidup ini).
Tiga komponen inilah yang mesti dibangunkan agar seorang Muslim itu menjadi Muslim yang benar-benar menghayati intipati agamanya, dan beroleh perlindungan daripada salah faham dan kecundang kepada fitnah intelektual yang diketuai oleh Dajjal dan jenteranya.
Seluruh wacana dan dakwah saya berkisar pada hal ini. Tetapi saya patah sebelah kaki pada memikirkan bagaimanakah semua ini boleh saya terapkan ke jiwa anak-anak. Jika John C. Maxwell berkata, “genius is about changing something complicated into simple“, hakikatnya saya masih belum cukup genius untuk memindahkan fikrah Islam dinamik ini kepada format yang boleh diserapkan ke jiwa anak-anak.
Saban hari saya berdoa.
Mencari panduan."
- Kredit buat Ustaz Hasrizal Jamil
0 Responses to Pedoman Surah al-Kahfi Mendepani Fitnah Intelektual Dajjal (Ustaz Hj Hasrizal Jamil)