Content feed Comments Feed

Artikel dari Malaysiakini menarik perhatian saya untuk perbincangan ilmiah secara bersama. Suatu kupasan menarik oleh saudara Arif Juhani (ahli bersekutu Usrah Pemikiran, Angkatan Pemuda/i Islam (API) dan Persatuan Ulama Malaysia Pulau Pinang (PUMPP). 

Mungkin teman-teman Institut Pemikir Muda PAS perlu bersedia menggalas saranan ini.


Fenomena politik baru di Malaysia ketika ini amat menilai kematangan PAS dalam menangani pelbagai isu baru yang pelbagai bentuk dan kompleks untuk dihuraikan.

Contohnya, perubahan agenda PAS daripada negara Islam kepada negara berkebajikan menjadi antara bola tanggung yang digunakan oleh musuh politik untuk menunjukkan betapa PAS begitu gila untuk berkuasa sehingga melupakan prinsip awal yang menjadi perjuangan mereka.

Terkini, pemilihan Zaid Ibrahim sebagai calon pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor sekali lagi menuntut kematangan PAS dalam menjawab pelbagai isu yang bukan bersifat remeh. Walaupun kalah dalam pilihan raya itu namun terdapat isu yang masih memerlukan perhatian untuk ditangani.

Seperti dijangka Zaid dipalitkan dengan krisis moral justeru amalan mengambil minuman beralkohol suatu ketika dahulu. Beliau sudah mengaku bahawa beliau sudah bertaubat dan tiada siapa yang wajar mempersoalkan lagi adakah benar dia sudah bertaubat atau hanya kerana agenda politik semata-mata justeru taubat seorang hamba hanya layak dinilai oleh Allah sahaja.

Namun persoalan yang lebih besar daripada krisis moral ini ialah isu aliran liberal yang dianut oleh Zaid dan pengakuan ini menjadi lebih jelas dalam buku beliau yang berjudul 'Saya Pun Melayu'.

Zaid tidak sekadar hanya mengaku bahawa beliau seorang yang liberal bahkan beliau turut menyokong agar sekular menjadi amalan perlembagaan sesebuah negara moden justeru untuk memastikan hak minoriti terbela dan beliau turut mewajarkan tindakan saman terhadap kerajaaan negeri Kelantan berikutan isu hudud dan qisas yang cuba dijadikan hukuman dalam perundangan negeri Kelantan.

Maka, tidakkah kenyataan ini begitu bertentangan dengan prinsip Islam yang dibawa oleh PAS yang meyakini bahawa Islam sebagai sebuah sistem kehidupan yang syumul dan adil bahkan penolakan PAS terhadap Umno adalah berikutan parti itu mengamalkan politik sekular.

Tulisan ini bukanlah bertujuan untuk menutup mulut dan kebebasan menyuarakan pendapat namun penulis melihat bahawa hampir tidak kelihatan suara-suara dalam PAS yang secara jelas cuba membetulkan pemikiran Zaid yang tersasar begini secara terbuka.

Kita khuatir idea begini akan mempengaruhi sekian ramai pembaca dan apabila idea begini sudah mengukuh dalam minda rakyat Malaysia maka PAS melalui jalan yang berliku untuk menjernihkan kembali kekeliruan pemikiran yang berlegar di sekitar masyarakat.

Pendekatan Tahalluf Siyasi yang diamalkan oleh PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) pada ketika ini seharusnya tidak semata-mata mengenai kesungguhan dan komitmen PR dan PAS untuk menguasai kerajaan pusat seperti yang sudah dirangka tetapi lebih jauh lagi ialah PAS sendiri perlu menggunakan kesempatan yang wujud untuk menguasai dan mempengaruhi pemikiran rakan politik dalam PR.

Mereka perlu meyakini bahawa Islam sebagai sebuah bentuk pemerintahan yang memberikan keadilan yang hakiki, namun hal ini hampir tidak berlaku bahkan permuafakatan PR lebih banyak disasarkan untuk menghentam Umno-BN dengan secukupnya untuk melonggarkan kepercayaan rakyat terhadap pemerintahan mereka sejak sekian lama.

Tidaklah cukup untuk PAS sekadar bergembira apabila rakan-rakan bukan Islam menggunakan ayat Al-Quran dalam ceramah politik atau keinginan untuk mencontohi pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz dalam amalan bernegara bahkan PAS perlu mengembleng tenaga dakwah dalam rangka yang lebih jauh daripada yang telah dilakukan.

Tambahan pula dengan pelbagai isu sosial yang berlaku dalam kalangan belia yang menatijahkan peningkatan kadar pembuangan sekaligus pembunuhan bayi yang cukup melemaskan kita untuk memikirkan berkenaan hal ini.

Andai benar Islam semakin diterima oleh penyokong dan pimpinan PR dan menjadi dominan dalam PR maka komitmen untuk menegakkan syariat Allah melalui perundangan Islam seperti Hudud dan Qisas harus menjadi agenda bersama dalam PR mulai detik ini.

Demi mencapai agenda kemurniaan dalam negara melalui landasan Islam, PAS perlu segera mewujudkan sebuah gerakan yang mempunyai dua fungsi iaitu pertama untuk menjawab segala isu serangan pemikiran yang cuba disebarkan oleh musuh-musuh Islam yang bertopengkan agenda kemurniaan Islam.

Isu-isu seperti perundangan keluarga Islam, keperluan menerapkan amalan sekular dalam pemerintahan negara, hak kebebasan bersuara dan sebagainya menjadi antara agenda musuh-musuh Islam yang cuba melunturkan keyakinan terhadap Islam lalu menganut fahaman sekularisme, liberalisme dan pluralisme.

Kedua berfungsi untuk menawarkan keharmonian hidup beragama dengan kempen-kempen berterusan yang mengandungi idea-idea Islam sebagai sebuah agama sejagat yang amat menghormati dan mengiktiraf penganut agama lain di dunia.

5 Responses to PAS Perlu Gerakan Basmi Serangan Pemikiran

  1. salam alaik.

    PAS bertungkus lumus untuk jadi kerajaan pusat kerana bukan ingin kuasa, tetapi ingin tunjuk bertapa kerasnya terhadap hukum Allah.
    skg ini kerajaan hampir 100% menolak hukum Allah. semuanya nak jadi cm negara barat, pemimpin malaya dari dlu lg diasuh oleh pemimpin barat laknatullah ni ntok jadikan negara barat sebagai idol mereka.

    hancur lebur rakyat malaysia, punah ranah umat islam. semuanya disebabkan pemimpin yg berotak sekular.
    semoga daulah khilafah akan bangkit semula. insyaALLAH.

     
  2. perkongsian yg mntap..dan inilah realiti semasa yg stiap pndokong serta pnyokong prlu sedar serta perbaikinya.. (^_^)

     
  3. Ahmad Ashraf Says:
  4. salam abg, bagus post kali ini.

    pada pendapat ana, adakah releven jika harakah sendiri yg bertanya zaid secara khusus mengenai status pemikirannay?

     
  5. Abu Idris Says:
  6. Ketahuilah.. selain PAS, ade jugak Hizbut Tahrir yang ingin mengembalikan semula Daulah Islamiyah / Daulah Khilafah.

    Dah banyak usaha yang Hizbut Tahrir lakukan. Kalau x percaya, lihatlah Videos and Photographs of Khilafah Conference 2010

    http://ibnuyassir.blogspot.com/2010/07/videos-and-photographs-of-khilafah.html

     
  7. ROHAN Says:
  8. Banyak anasir2 tidak seiring dgn PAS yg masih ada dlm PR yg perlu dibersihkan...

     

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"