Content feed Comments Feed

Menyahut cabaran Dr. Dzulkefly Ahmad untuk saya mengkaji bagaimana Adam Smith (the father of modern economy) 'belajar' dari Ibnu Khaldun mengenai falsafah ekonomi. Jelas pemikiran Ibnu Khaldun jauh menjangkau zaman yang melatarinya.

Terima kasih YB Dr Dzulkefly Ahmad atas bimbingan terbaik analisa isu-isu ekonomi negara di bawah pemerintahan Najib Razak beserta beberapa singgungan kepada RMK 10 Malaysia.


Alhamdulillah, beberapa istilah berat ekonomi yang selama ini dijahili akhirnya mendapat sedikit sebanyak pencerahan dan penjelasan dari trainer modul pertama Institut Pemikir Muda pagi tadi bersama teman-teman seperjuangan.

Selama ini saya dengar "read to lead", namun 3 jam bersama Dr Dzukefly Ahmad dlm analisa RMK 10 tadi, saya belajar "lead to read". Mereka yang benar-benar mahu menjadi pemimpin berwibawa, semakin tinggi jawatan dan semakin berat amanah, semakin kuat pembacaannya.

"Barangsiapa yang bercita-cita mahu menjadi wakil rakyat atau ahli Parlimen (legislative field), beliau wajib menguasai ilmu ekonomi." -  Dr. Dzukefly Ahmad


Antara istilah-istilah yang diasak kepada saya dan teman-teman tadi untuk dijawap antaranya ekonomi mikro dan makro (growth-inflation-employment), KDNK (isu 10.1 % GDP suku pertama 'pertumbuhan'), GNP dan GDP (pelaburan dalam dan pelaburan luar Malaysia), formula GDP berasaskan consumption + investment + government spending + import eksport, PLC (good boys and bad boys) dan GLC,'brown' (ekonomi datuk nenek) vs 'green' economy (ekonomi anak cucu), RRGP 4 (langsung tidak disebut dan diambil serius oleh pemerintah (mungkin dah terlalu banyak perancangan belum berjalan), private vs public investment, maksud pendapatan per kapita, apa itu simpanan nasional (national savings) dan FDI, polisi fiskal (taxitation dan subsidi), polisi monitory (kadar faedah), pasaran modal (bon market dan ekuiti market).


Antara yang dibedahsiasat juga adalah kedahsyatan beban hutang negara dari tahun ke tahun (terkini 362,250 bilion pada tahun 2009), selama 12 tahun berlaku defisit dalam belanjawan slps pemecatan DSAI (kredit pada beliau ketika 1997 menjadi Menteri Kewangan sblm dipecat), peranan Petronas dalam 'support' kewangan kerajaan, sasaran 12.8 % GDP yang dilihat terlalu 'ambitiuos' walhal rekod RMK sebelum-sebelumnya gagal mencapai sasaran, isu bankrap Greece dan ancaman pada negara pada 2019 (kenyataan Dato Idris Jala), gelombang penswastaan kedua (Mahathirnomic =  Najibnomic), bagaimana hutang negara akan menjejaskan penarafan ringgit Malaysia.


Juga beberapa istilah politik seperti 'necessary evil', 'village economy' (istilah Mahatma Gandhi) dan istilah-istilah fiqh muamalah seperti konsep Isti'mar (memakmurkan dunia seadilnya) atau apa yang disebut sebagai 'good goverment and governence.


Juga beberapa bahan bacaan wajib ahli gerakan Islam baca seperti Malaysia SME dan majalah The Edge. 

Dan apa yang lebih menarik perbincangan adalah bagaimana dasar ekonomi PR jika memerintah Malaysia dan apakah kerangka ekonomi tawaran Parti Islam Se-Malaysia kepada rakyat Malaysia. Lebih menarik lagi apabila sahabat saya saudara Alif membangkitkan soal masa depan penggunaan dinar emas sebagai galang ganti pada penggunaan wang kertas pada hari ini dan seorang ukhti dengan agenda 'merakyatkan ekonomi Selangor' yang kemudiannya dibahaskan secara terbalik iaitu 'mengekonomikan rakyat Selangor'.

Selepas selesainya modul siri pertama tadi, saya, isteri dan teman-teman seperjuangan dalam Pemuda kian bersemangat untuk menerus dan memantapkan institut ini. Jika Umno sedang berbangga dengan kemasukan "ulama muda" dalam parti mereka pada hari ini, kami berbangga dengan Institut Pemikir Muda. Dengan sistem 'talaqqi' dengan barisan guru-guru terbaik dalam bidang masing-masing, kami kini makin bersedia berhadapan dgn cabaran 'politik nilai' dan 'k-voters' Malaysia di masa depan.

Hujah bertemu hujah.

Keunggulan kombinasi kurikulum spiritual-intellectual sciences dalam "Osmanli Medresse" menjadi model ke arah mencetak generasi negarawan Al-Khattab, Al-Ayyubi, Al-Fateh dan Al-Qanuni dlm Pas. 


Kemenangan bukan segalanya, tetapi segala hasrat perubahan menanti saat kemenangan untuk dilaksanakan.


Kini bukan lagi masa semata mengkritik kelemahan jamaah, tetapi masa untuk anda menjadikan diri anda sebagai sebahagian dari penyelesaian masalah jamaah tersebut. Kini bukan lagi masa untuk anda membina kompetensi individu semata-mata, tetapi masa untuk anda membina satu pasukan pemikir yang menggabungjalinkan pelbagai keunikan dan kompetensi masing-masing untuk melarutkan diri dengan masa depan perjuangan jamaah.

4 Responses to Kuasai Ilmu Ekonomi Jika Mahu Menjadi Ahli Parlimen Berwibawa

  1. Tapi jangan terperangkap pula dengan teori ekonomi barat sehingga kita anggap semuanya betul

     
  2. Syukran ust atas perkongsian. Tertarik dgn Model Ekonomi Islam dan ingin mendalaminya lg. Harapnya ilmu2 ekonomi yg ust pelajari dpt dikongsikan lg slps ini. Mgkn akn sambung dlm Msc Finance, sy kira sy akan menemui dan menggali ilmu ekonomi dr Barat. Mgkn institusi terbaik bg melahirkan Muslim economist adlh di INCEIF.

     
  3. Al Mahadaya Says:
  4. Sistem agama tuhan adalah sistem beraja. Sistem selain itu adalah sistem yg tidak akan membawa apa2 kebaikan buat manusia. Hamba memperjuangka kebenaran dan kebenaran adalah sesuatu yg pahit. Kebenaran yg hamba bawakan akan membuatkan seluruh dunia membenci hamba, namun telah tetap janji tuhan bhw dunia ini diwarisi kpd hamba2 tuhan yg soleh. http://1asalama.blogspot.com

     
  5. jika ada sesiapa yang mahu menyertai institut pemikir muda,ada apa apa syaratkah?

    dan bagaimana?

     

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"