Content feed Comments Feed

Petikan dari website Tuan Khalid Yahya di www.kalamnurani.com


"Semalam saya berada di UIA (Rabu, 26 Mei) dijemput adik-adik dari Maaruf Club; bersama dalam forum Will The World Shut Down? Forum yang dihadiri lebih 200 orang pelajar bersama pensyarah. Saya digandingkan dengan ustaz muda Ustaz Saari Abdul Rahman pakar motivasi pelajar dari IP Consultant. Dia punya wibawa serta idea menjadi ikon pelajar Muslim. 


Saya perlu akui itu adalah penampilan saya yang pertama di dewan utama UIA, sebelum ini saya hanya tampil di pentas-pentas kecil sahaja. Keberanian Maaruf Club membawa tema konspirasi dan fitnah Dajjal harus dipuji. Tidak ramai yang melihat isu Dajjal dan konspirasi adalah ancaman bagi umat Islam. Dan mereka tidak berminat menjadikan ia sebagai ‘public forum’.


Sungguhpun ia disebut nabi sebagai fitnah terbesar dalam sejarah umat manusia – ia tetap dilupakan oleh umat Islam sendiri. Pelajar bahkan orang awam perlukan maklumat yang jelas dan terkini tentang segala susur galur fitnah dan kosnpirasi Dajjal yang rencam. Saya adalah individu yang menawarkan diri untuk melakukan kerja-kerja itu. Menyampaikan pesan nabi tentang fitnah Dajjal. Saya mahu menjadi orang yang paling dahulu dan tepat mengetahui serta paling prolifik dalam menyampaikanya. InshaAllah.


Ramalan-ramalan: 2012 The Prophecies

Berhadapan dengan ahli akademik dan mahasiswa dalam membentangkan isu agama yang berbaur mitos dan misteri bukanlah mudah. Saya perlu meyakinkan hadirin bahawa apa yang saya mahu kongsikan adalah sesuatu yang penting dan bermakna. Pembenatangan awal saya fokuskan pada isu ramalan (prophecies) yang banyak melatari tema 2012. Mana-mana Penulis 2012 pasti akan menyentuh topik semacam ini - Nibiru atau Planet X, ramalan kaum Hopi : Blue star Kanchina dan ramalan Nostradamus. Ada fakta lain yang menarik untuk dikongsi tetapi kerana faktor masa saya terpaksa menghadkan perbincangan saya antara yang saya tinggalkan adalah penemuantema 2012 dalam Bible Code, I-Ching dan ramalan Master Alchemists – Fulcanelli. Semua ini adalah inti ramalan 2012.


Ketika orang lain memandang sepi dan remeh isu Dajjal dan konspirasi saya berusaha menghidangkan yang terbaik untuk hadirin. Ada ilmu yang perlu disampaikan disebalik misteri dan mitos 2012. Saya dapat membaca riak wajah peserta yang tidak puas untuk mengetahui lebih banyak perkara. Ketika masa pembentangan dihadkan hanya selama 1.30 jam.


Pada orang awam 2012 adalah ramalan dunia akan kiamat, ia adalah produk Barat bagi meracuni pemikiran umat Islam. Justeru umat Islam cemuh, ahli agama mengajar dan memberitahu massa agar menjahui isu 2012. Syirik dan khurafat. Saya hadir memaklumkan ada fakta yang kita tidak ketahui disamping ramalan yang penuh curiga iaitu fakta berlakunya Jajaran Galaktik. Ia adalah hasil deduksi kaum Maya yang tidak diketahui umum. Maka misteri kaum Maya inilah yang perlu didedah umumkan. Ia bukan sekadar ramalan tetapi terkandung ilmu kosmologi – pengertian alam semesta yang hebat. Umat Islam rata-rata tidak mengerti akan fenomena ini. Pengkajian alam yang disorokkan. Mengapa? Lalu saya tulis dalam buku saya 2012.


The Conspiracy And Secret Societies

Antara isu lain yang banyak ditanya adalah msiteri gerakan Freemason. Pada hakikatnya kita hanya mampu membuat tekaan semata-mata, apa yang sebenarnya disebalik gerakan Freemason – tidak ada yang tahu secara tepat. Ia adalah sebuah gerakan yang penuh dengan kerahsiaan. Bohong kalau orang mengatakan ia tahu segala-galanya. Gerakan Freemason mengandungi adalah 33 tingkat. Setiap tingkat punya kerahsiaan yang tidak diketahui oleh tingkat dibawahnya. Gerakan Freemason adalah pertubuhan berdaftar di Malaysia menganjurkan usaha persahabatan, kesetiaan dan kebaijkan. Sungguhpun ia sebuah pertubuhan rahsia yang tertua di serata dunia ia didaftarakan secara rasmi di kebanyakn negara. Justru ia bukan pertubuhan haram. Namun, ada fakta lain yang membingungkan ramai orang, fakta nama-nama Grand Master dan pelaku utamanya yang terlibat dalam konspirasi dunia. Itulah yang tidak difahami oleh semua orang termasuk peserta pada malam itu. Mereka hadir dalam setiap gerakan melemahkan kedaulatan negara Islam dan mendokong kemunculan negara Israel. Sejarah dan fakta ini ditulis dan terdapat dalam banyak media. Sudah banyak buku dan laman web yang menceritakan tentang gerakan Freemason dan saya agak letih pada malam itu menceritakan asal usul Freemason. Tidak banyak manfaatnya kita tenggelam dalam bicara yang tidak tahu asal punca. Membaca dan menelurusi kisah gerakan Freemason amat memeningkan – seolah-olah ia sebuah pertubuhan bayang-bayang.


Semacam menjadi fobia kita umat Islam takut dan hilang punca. Jika benar gerakan semacam ini berniat jahat dengan Islam maka Allah is the best protector. Pemilik agama Islam. Kita tidak berupaya melakukannya. Allah yang akan memelihara Islam dan akan memenangkannya. Kita perlu banyak melakukan amal soleh, menjauhi munkar dan menegakkan yang maaruf. Itulah yang saya pesan pada hadiran. Yakin pada Allah tanpa berbelah bagi, maka Allah akan Agama dan umatnya. “Islamlah kamu nescaya kamu akan selamat”. Sehebat manapun perancangan musuh perancangan Allah berada diatas perancangan mereka, percayalah.

Isu logo dan simbol menjadi isu kedua terhangat. Bimbang logo mata satu berada dimana-mana dalam sukan, hiburan, media dan lain-lain. Nyata orang kita amat fobia dengan simbol. Tanya seorang peserta maskot Olimpik 2012 adalah patung mata satu (dan pada malam itu Ustaz Saari menunjukkan maskot itu buat pertama kalinya), lambang Keadilan adalah mata dan banyak lambang lain yang mencurigakan – lambang kelab bolasepak Chelsea singa dan berbagai lagi. Saya tidak dapat menjawab isu dengan tepat ia perlukan penelitian lain. Saya bersetuju dengan Ustaz Syaari, kita terlalu takut dan susah hati dengan simbol, sampai simbol di kain pelakat pun disyaki kerja gerakan Freemason. Belum lagi yang ada pada seluar dalam sampai rasa tak selamat nak buang air. Apakah sudah hilang rasa gerun kita dengan Allah – bukankah Allah itu tidak bermata satu?

Surah al kahfi adalah surah ajaib. Menghafal 10 ayat pertama surah al Kahfi disebut oleh nabi saw dapat menghindarkan dari fitnah Dajjal. Saya sudah tulis dalam buku saya Membongkar Misteri Dajjal bahawa teralu banyak keajaiban dalam surah al Kahfi yang gagal kita fahami. Oleh kerana sukarnya untuk memahami fitnah Dajjal dan proksinya (gerakan Freemason) maka berserah sja pada Allah. Sudah menjadi sunnah fitnah itu sukar untuk difahami. Inilah fitnah Dajjal mahu kita ‘distracted’, keliru, resah, bingung dan buntu seolah-olah tiada jalan keluar.


Antara isu lain yang ditanya soal konspirasi, Yahudi-Zionis, kemunculan Yakjuj Makjuj, peranan mahasiswa dan banyak lagi. Pada hakikatnya forum pada malam itu berjaya mengangkat darjat ilmu hadirin pada satu tahap yang baru. Mudah-mudahan Allah memberkati semua yang hadir. Pembentangan saya pada malam itu didasarkan pada isi kandungan buku sya yang ke-2, 2012 Konspirasi Galaktik. Saya suka menjawab isu besar semacam ini dalam buku, kerana ia dapat diabadikan sehingga ke anak cucu, kalau tulis dalam blog saya hanya menyentuh persoalan yang dekat dengan umat dan Tuhan. Ada ketikanya saya bongkar juga kisah Dajjal dan konspirasinya – pada mereka yang rajin dan tetap dengan blog saya maka mereka akan menemukan jawapan dari saya. Setakat ini blog terbaik yang menceritakan hal konspirasi Dajjal adalah tulisan Ibnu Yaacob (pautannya pada entri rujukan) dan buku terbaik hal konspirasi dan misteri Dajjal adalah dari saya.."

- Foto adalah ihsan dari saudara Rauf Ma'ruf Club

5 Responses to "Usah Bimbang Simbol Mereka Di Mana-Mana, Allah Is The Best Protector" - Tuan Khalid Yahaya, Forum 2012 UIAM

  1. reenkyra Says:
  2. tu bini ke dlm gamba tu..
    hehe =p

     
  3. Mr One~
    Rahsia yang sulit diperolehi saya pada awal tahun ini hampir2 tepat..

    perang dunia bermula dengan krisis antara Israel dan Turki... nanti adalah watak lain...cam Iran, AS... Obama akan ditembak oleh pemabuk(sudah dipilih watak org tu)...

    Namun, Allah sebaik2 perancang..

     
  4. Rijal82 Says:
  5. Maklumat berguna dari anda FOM !

     
  6. Aesyahumaira Says:
  7. kdg2 ana risau terlampau memikirkan bersepahnya simbol2 mereka. terlalu risau nasib umat ISLAM, tapi bilamana ustaz counterback balik untuk kita kembali smula bhwa sgala2nya ada dlm kekuasaan ALLAH, nothing to be worried about as long as we instil the feel of being a servant to the ALMIGHTY~ TAKBIR!! truskan usaha ustaz! seeru 'ala barokatillah

     
  8. Neology Says:
  9. Setuju, ramai umat Islam terlalu fobia dengan simbol-simbol ini. Yang tiada cuba diadakan dengan membuat andaian-andaian yang bukan-bukan.

    Macam kata ustaz, sampai simbol kat seluar dalam pun orang Islam akan fobia..

     

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"