Content feed Comments Feed


Pada 12 - 14 Mac lepas, saya terus diberikan mandat oleh Lembaga Ketua Guru Penasihat BADAR dan pentadbiran KISAS untuk membawa 'revolusi paradigma dan budaya kerja' kepada adik-adik Exco BADAR KISAS. Dengan izin Allah jua, serta sokongan padu dari isteri tersayang dan rakan-rakan alumni yang setia seperti saudara Zukhairi (walaupun sibuk dengan urusan perkahwinan), Izaz, saudari Wan Zahidah dan Aliza, maka Akademi Kepimpinan Exco BADAR ini dapat disempurnakan dengan jayanya. 

 Saya keluar selepas 4 tahun di KISAS pada 2001, isteri saya pula baru masuk untuk perjuangan 4 tahun mulai 2001. Tapi hebat perencanaan Tuhan, kami 'dipertemukan' jua akhirnya.

Saudari Zahidah dan Aliza di sebelah kiri

Saudara Zukhairi dalam bengkel "Latihan Komunikasi Berkesan dan Wibawa Kepemimpinan". Pengalaman 4 tahun di KISAS dan pengalaman menjadi Presiden MPP UIAM nampak jelas menjadi bahan utama perkongsian beliau.

Dengan memilih trademark bergaya "VISION, FOCUS, OUT OF THE BOX, TAWAKKAL", kesemua modul telah disampaikan dengan sebaiknya oleh barisan trainer. Pendekatan yang telah diambil adalah membanyakkan bengkel dan aktiviti teambuilding dari ceramah, memastikan sesi ceramah adalah sesi yang benar membakar semangat peserta khususnya dalam menokohi kepemimpinan dan cara pengurusan Nabi Muhammad S.A.W dan Sultan Muhammad bin Murad Al-Fateh.

Salah satu adegan LDK "tingkap jauhari pengurusan kesibukan diri" yang dikendalikan. 
Konsep LDK dalam akademi ini sangat unik kerana ia 100 % bergantung kepada trainer / fasi dalam LDK masing-masing untuk berkongsi pengalaman dan menentukan pencapaian objektif LDK. 
Lantaran pendekatan kami tidak ada sebarang pembentangan selepas LDK mahupun penyelarasan, mandat diberikan secara total pada kompetensi trainer setiap LDK untuk manfaat sejam lebih dalam LDK untuk memberikan beberapa suntikan kesedaran dan kemahiran kepada exco BADAR

Dalam kem ini juga, saya tersentuh hati dan kagum dengan beberapa situasi antaranya :

1. Semangat luarbiasa Ustazah Nik Hazifah untuk terus mempertahan dan menjaga BADAR walaupun telah kehilangan suami tersayang tempat pergantungan hidup di dunia selama ini. 

2. Komitmen padu para guru penasihat untuk turun setiap slot-slot dalam akademi ini. Sudah pasti tersemat satu harapan agar berlaku perubahan cara berfikir dan cara bekerja adik-adik pimpinan BADAR KISAS kerana menyedari mereka bakal menjadi perhatian dan model seluruh SBP dan SMKA seluruh Malaysia.

Guru-guru penasihat yang setia sepanjang kem, bahkan memberikan komentar membina ketika sesi pembentangan LDK. 

Lebih unik lagi, isteri saya dan Zahidah pegang LDK muslimin, saya dan Zukhairi pegang LDK muslimat. Kami mahu masing-masing mengenali 'style of thinking' muslimin dan muslimat, lebih dari itu bagaimana sebenarnya masing-masing melihat perbezaan gender sebagai satu peluang dan kelebihan, bukan ancaman dan masalah.

Tidak semua masalah yang disenaraikan adalah 'masalah sebenar' BADAR. Prinsip Pareto mengajar dari 80 % masalah yang disenaraikan adalah hanya masalah terbitan (kesan dan ranting), sedang 'akar masalah' (punca) hanyalah 20 %.


Bukti paling jelas adalah apa yang berlaku dalam Nadwah Kepemimpinan Islam baru-baru ini apabila BADAR KISAS dilihat menjadi benchmark terpenting pada BADAR sekolah. Kesempatan berkunjung ke rumah Ustaz Shekh Salim, ketua Guru Penasihat BADAR baru juga satu peluang yang sangat bermakna dalam usaha saya menjadi moderator mendamai dan mencari titik pertemuan antara hasrat adik-adik BADAR dan hasrat pentadbiran kolej.

 Bersama Ketua Guru Penasihat BADAR yang baru, Ustaz Shekh Salim

 Rukun pertama pengurusan, "Vission" (tali ketika Sayang si Buta)

 Resolusi rukun pengurusan kedua, "Focus". Modul dilakukan adalah baling dat. Anda "sibuk atau penyibuk", adakah anda bermasalah dalam akademik, adakah anda tidak menjadi qudwah di dalam kelas, kesemua ditentukan oleh sama ada sebenarnya 'fokus' atau tidak pada 'kerja sebenar' anda dalam BADAR. 
BADAR sendiri jika banyak program sekalipun, tetapi lambakan program itu terkeluar dari 'purpose of existence' BADAR, justeru ia tetap tidak akan mampu mencapai rukun pertama iaitu 'Vission' BADAR. dicapai.

 Taklimat perang 1453. Rukun pengurusan ketiga teruji, "Out of the box".

Resolusi rukun pengurusan keempat, "Tawakal" dalam gerak kerja. Modul yang dilakukan adalah kapal terbang kertas, siapa paling lama di udara dan paling jauh. Tahniah Aizuddin, anda mencatat rekod dunia.

3. Kompetensi PK Hem, Ustaz Ismail dalam bidang training leadership sehinggakan pembentangan dan perkongsian pengalaman pengurusan organisasi beliau pada malam kedua akademi tersebut bukan sekadar sarat dengan panduan-panduan dari kaedah pengurusan amal jamaie Islam, bahkan realistik dan menjejak dengan realiti KISAS. Beliau nampak berjaya mendamaikan antara dunia peserta dan dunia pentadbiran KISAS. Tahniah Ustaz Ismail kerana berjaya membuka fikiran saya dan adik-adik dan menyemai jiwa besar untuk menguruskan BADAR dengan lebih profesional dan berwibawa.

Rupanya ada hikmah kenapa kolej mahukan Ustaz Ismail memberikan 'klinik pengurusan organisasi' dalam akademi ini pada malam tersebut. Ust Ismail jugalah yang telah membantu serba sedikit menyemai sikap profesional BADAR apabila kesemua Exco BADAR menjadi Lembaga Ketua Pelajar.

"Kenapa bila botol air mineral kemek, orang tak beli air mineral tersebut, padahal orang beli sebab nak air, bukannya botol. Demikianlah perbandingan dengan masalah 'branding', penampilan diri dan pendekatan dakwah BADAR."

4. Komentar-komentar peserta yang mahu program ini dilanjutkan lagi supaya keseluruhan modul kepimpinan dan kerja berpasukan dapat diperturun tanpa sebarang keterbatasan masa lagi.

Talhah mewakili pimpinan tingkatan 5 dan Rahman (ketua Umum KISAS yang fizikalnya sahaja sudah cukup menampakkan 'quwwah' yang ada pada beliau) mewakili tingkatan 6 sedang bergabung kekuatan untuk menghadapi modul perang '1453'. Apabila visi jelas, sudah pasti masalah gap senior-junior menjadi masalah paling remeh untuk diatasi.

Persiapan 'gerakan muslimat' dengan senjata 'belon Urban' masing-masing untuk perang 'Konstantinopel' di akhir akademi tersebut. Kekadang unsur 'memorable' ini dilihat hanya sekadar santai, tetapi hakikatnya inilah unsur yang akan menyebabkan peserta tidak lupa pada akademi ini nanti dan lebih penting dari itu inilah 'total action' kepada segala yang telah mereka terima dari aktiviti indoor dan outdoor sepanjang akademi.



1 Response to Akademi Kepimpinan Exco BADAR KISAS : Muqaddimah Melakar Sejarah Luarbiasa !!!

  1. farieha Says:
  2. waaa..bestnye rase cam nk join je kem ni..akh, boleh x explain pasal analogi botol air kemek tu..rase menarik je nk dengar

     

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"