Content feed Comments Feed

Bicara pendedahan mengenai perencanaan gerakan Yahudi Illuminati antarabangsa kian mendapat tempat bukan sekadar di IPT, bahkan kini di sekolah-sekolah. Saya memahami bahawa semakin banyak saya memperkata mengenai bahaya Dajjal berlandaskan asas-asas dari hadis Nubuwwah yang sahih, bererti saya juga perlu bersedia berdepan pelbagai risiko keselamatan lantaran negara yang sedang saya duduki ini tidak terjamin terpelihara dari penapakan mereka. Walaupun pada saat ini juga hati ini berduka kerana karya saudara Muhammad Nurani iaitu "2012 : Di Ambang Armageddon" dimaklumkan beliau sendiri Pesta Buku Antarabangsa KL tidak dapat diterbitkan lagi.

Saya terus mendoakan beliau agar terus gigih menekuni bahan-bahan akademik lagi berat mengenai "2012" semoga mendapat manfaat kepada semua pihak. Manakala peranan saya pula berbeza iaitu menggiatkan dakwah untuk mempermudah kefahaman mahasiswa dan anak-anak muda remaja mengenai bahaya Dajjal dan segenap makar kejahatan mereka melalui pendekatan yang visual, teknologi kontemporari saya serta kaedah penyampaian yang tidak berat dan mudah untuk difahami oleh pelbagai golongan.

Sedikit pun saya rasa tidak bersalah untuk mempromosikan buku orang lain dari buku saya sendiri, apatah lagi buku "Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh" turut mengikut jejak langkah buku saudara Muhamad Nurani. Namun demikian, itu prosedur biasa bagi sesebuah buku yang sedang diprojekkan untuk menjadi best-seller, kualiti pengisian dan persembahan tiada kompromi dan saya menyokong keputusan penangguhan dari sidang PTS Milenia.


Suasana '2012' di SMKA SHAM



Suasana "2012" di USM Transkrian








Suasana "2012" di Uniten Muadzam Shah
















1 Response to "2012" di USM TK, USM KK, Uniten MS, dan SHAMS N9

  1. pelita hati Says:
  2. salam.....semakin banyak saya kaji pasal gerakan freemason ni saya rasa kita dah lamer dalam perancangan mereke rupernyer...then, bila saya ikut ceramah ustaz di uitm segamat baru-baru ni saya mengkaji punya the arrivals......then saya jumpa macam-macam lagi...sayngnyer tak ramai kawan-kawan saya faham dengan apa yg saya kaji dan baca....then saya ingin berkongsi lagi....saya rasa alternatif memang boleh dibuat di malaysia ni......saya dah ada gambaran....cumer keperluan dan masa serta tahap ilmu y7g mengjangkau kehendak dunia...as if master at least...this is not an empty word but i realize this....tahniah kepada keberanian dan hati-hati dengan setiap langkah...saya yakin disebalik anada ada islam dan semestinya ALLAH membantu perjuangan suci memartabtkan maruah islam....remaja zaman sekarang takde halatuju dan meremehkan soal agama......i ask u again the question that i have been asked you....macam mane remaje2 ni buat alternatif kalau mereka sendiri lemah.....ibarat diselimut oleh nafsu dan mencurah air ke daun keladi...sayngnyer anak bangsa...yg penting islamnyer....then since ustaz beceramah....3 hari lepas tu, back to normal.....pelik...tak terkesan lansung dihati remaja2 ni pasal issue agama....nampak sangat dah betabur ubat yahudi didalam darah......sedih........

     

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"