Content feed Comments Feed

Menanti "Menyangkal Kiamat 2012"

Friday, February 5, 2010

Apakah kelainan yang ada pada buku ini berbanding buku-buku yang telah membicarakan panjang lebar mengenai kejadian Kiamat berdasarkan dalil-dalil Al-Quran dan As-Sunnah?

Apakah buku ini melihat filem 2012 hanya dari sudut pertentangannya dengan aqidah Islamiyah sahaja ?

Saya akan menganalisa buku ini dan memberikan sokongan serta penambahbaikan andaikata diberikan ruang masa dan peluang oleh PTS sebagai buku kedua saya selepas "Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh". Jika Al-Fateh menang di Konstantinopel kerana beliau bersungguh-sungguh mengkaji mengenai musuh dan gerak tari perencanaan mereka serta bahasa komunikasi mereka, maka demikianlah formula untuk menumpaskan musuh-musuh Allah pada saat ini dari kalangan Yahudi Antarabangsa dan proksi-proksi gerakan rahsia pemuja Dajjal-Syaitan pada hari ini.

Jika buku ini hanya mampu melihat filem 2012 dari sudut pertentangannya dengan aqidah Islamiyah, maka saya akan melengkapkan buku ini kelak dengan penelitian mengenai "2012" lebih jauh dari sekadar perbahasan aqidah. Saya tidak akan mengulang apa yang telah ditulis oleh mana-mana penulis mengenai gambaran hari Kiamat menurut Al-Quran dan al-Hadis, tetapi saya akan membongkar di sebalik filem 2012, plot-plot yang disusun rapi oleh Emmerich dalam filem itu dan kaitannya dengan bagaimana kaedah musuh-musuh Allah merancang strategi licik untuk memusnahkan umat Islam dan melahirkan Dajjal dari perang dunia ketiga nanti.

Bagi saya, selepas penelitian filem-filem Hollywood dan pattern-patternnya sejak kecil, Hollywood adalah kilang membiografikan Dajjal dan proses kelahirannya. "Sherlock Holmes" membuktikan secara agresif obsesnya mereka kepada menghancurkan Goyim pada jam 12 tengah hari (baca : 2012). Dari "2012" ke "Avatar" ke "Sherlock Holmes" semuanya mengandungi plot-plot licik perencanaan mereka, mengulang skrip yang sama pada filem-filem Hollywood seperti The Matrix dan sebagainya, dengan mesej 911 sebelum WTC dimusnahkan mengikut perencanaan mereka tepat pada 11 September 2001.

Skrip yang sama sedang diulang 11 tahun sekali (mereka sangat memuja peredaran matahari = Sun God = Lucifer). Skrip 911 = 2012 yang sama sedang diulang dan umat Islam belum sedar dari lenanya.

2 Responses to Menanti "Menyangkal Kiamat 2012"

  1. Anonymous Says:
  2. slm..menarik usaha ustz mngulas plot filem tsebut. semasa ketiga2 filem2 tsebut dtayangkn, dari "2012" ke "Avatar" ke "Sherlock Holmes", tiba2 kaki tgerak pijak panggung dlm keadaan tak drancang dan sgt tak dduga sbb tak pernah pun ada masa tengok filem apatah lg d panggung. ada hakikat yg boleh d selongkar utk pkongsian umum d sebalik filem2 tsebut. smoga usaha ustz dberkati.

     
  3. Ahmad Ashraf Says:
  4. sherlock holmes mmg best, bank gak dialog2 tersirat n geometric sign yg ade......

     

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"