Content feed Comments Feed

Walaupun selepas ini akan ghairah dengan pelbagai mesyuarat pelaksanaan dan brainstorming pembinaan kepimpinan muda dalam PAS, khususnya melalui Akademi Kepimpinan Pemuda DPPP, namun saya tetap berhasrat untuk konsistenkan diskusi-diskusi pencerahan minda ini, kalangan rakan-rakan aktivis muda PAS, dengan memulakan dari tokoh yang paling jauh dari era Usmaniah sebelum tokoh yang paling dekat dari rahim PAS sendiri. Bagaimana sistem pendidikan dan cara berfikir mereka dibentuk akan dibongkar satu persatu sebagai memandu halatuju dan methodologi melahirkan pemimpin masa depan gerakan Islam akan datang.

Insya-Allah, pada 3 Disember ini, Ustaz Hasrizal Jamil yang telah banyak membentangkan kertas-kertas kerja ilmiah mengenai jatuh bangun Usmaniah dan Sultan Muhammad al-Fateh sendiri telah menyatakan persetujuan untuk hadir membentangkan kertas kerja bertajuk "Meneladani Sistem Pendidikan Usmaniah dan Bagaimana Pembentukan Kepemimpinan Muhammad al-Fateh." Saya juga dijangka akan menjemput beberapa intelek muda PAS untuk memberikan ulasan kepada pembentangan Ustaz Hasrizal dari sudut pandang yang berbeza. Dan yang sudah pasti, trailer filem "1453" akan ditayangkan sebagai muqaddimah untuk membakar semangat rakan-rakan pemikir muda dan sahabat-sahabat aktivis PAS yang akan hadir.


Sudah pasti pemilihan tajuk ini akan sedikit berbeza dengan modul biasa yang pernah Ustaz Hasrizal banyak menyentuh dalam ceramah-ceramah beliau iaitu sekitar perbandingan persiapan syariatullah dan sunnatullah antara Muhammad al-Fateh dan pimpinan Islam sebelumnya.

Insya-Allah, selepas "The Grand Seigneur" Muhammad al-Fateh, beberapa negarawan Muslim dan negarawan PAS sendiri yang lain akan terus dijejak seperti Dr Burhanuddin al-Helmy, Dr Zulkifli Muhammad, Ustaz Fadzil Nor dan ramai lagi. Mungkin juga negarawan Muslim yang lebih jauh dari era Usmaniah akan dikaji seperti Saidina Umar al-Khattab. Yang akan dibongkar bukan lagi kehebatan mereka di pentas politik berasaskan "social mandate" yang telah banyak diseminarkan, tetapi apakah "kilang" yang membentuk kehebatan dan cara berfikir mereka, didikan yang bagaimana mereka terima dan apakah sifat akademi kepimpinan yang mereka lalui selama ini.


4 Responses to Menyoroti Bagaimana "The Grand Signeur" Dibentuk

  1. Unknown Says:
  2. Salam.
    Ana berpendapat, amat baik jika anak-anak muda sekarang mengkaji dan meneladani liku hidup dan pemikiran tokoh pejuang dahulu termasuklah Dr Zulkifli Mohamad. Kepetahan beliau berhujah dalam pelbagai bahasa ditambah pula dengan kekuatan hujah beliau amat dikagumi. Ana pernah mendengar pujian yang diberikan oleh orang kuat 'parti sebelah' terhadap Dr Zulkifli kerana kehebatan beliau

     
  3. Rijal82 Says:
  4. Anda memberikan idea yang terbaik untuk siri kedua diskusi. Terima kasih akhi.

     
  5. pembentangan 2 ble ust??mcm mna nk join???

     
  6. menarik2..=)

     

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"