Terima kasih kepada urusetia dari Persatuan Pelajar Pre-Sains @ PRESSS (Pre-Science Students' Society) Pusat Asasi UIAM Petaling Jaya kerana sudi menjemput dan memberikan kepercayaan kepada saya untuk memberikan komentar kepada filem Hollywood yang akan ke pawagam-pawagam dunia pada 13 November ini. Masa yang hanya sejam kepada saya hakikatnya sangat mencabar dan kritikal kerana saya pernah berseminar selama sehari suntuk untuk memahami sepakterajang Yahudi Illuminati di UIAM 2-3 tahun lepas.
Apapun, saya tetap memanfaatkan sejam yang ada kerana mengambilkira pemilihan tajuk "Qiyamah 2012" oleh urusetia inilah telah menghadirkan limpahan mahasiswa-mahasiswi di kampus tersebut ke Dewan Al Malik Faisal, situasi yang tak pernah saya lihat dalam pengalaman saya berceramah. Bagaikan sedang berada di pentas ceramah politik pula saya.
Memandangkan tempoh sejam sahaja yang saya ada, saya telah mengishytiharkan kepada urusetia bahawa apa yang akan saya beri dan paparkan hanyalah pendedahan demi pendedahan secara visual dan bergambar, kemudian disusuli dengan lontaran persoalan demi persoalan (hipothesis) untuk mahasiswa mahasiswi yang hadir membuat kajian lanjutan. Sememangnya ada yang saya berikan penjelasan mendalam seperti peristiwa 'letupan' WTC 11 September 2001, namun berdasarkan studi kes itu, saya mengharapkan adik-adik yang hadir dapat mengenal sepakterajang Yahudi Illuminati yang menguasai Hollywood dan termasuklah "2012".
Illuminati Symbols in Hollywood Movies Before & After WTC 911
Pendekatan saya juga adalah pada awalnya menimbulkan kegerunan pada diri mahasiswa Islam pada kebijaksanaan Illuminati dan penguasaan mereka pada teknologi media serta ekonomi dunia. Pendekatan "tarhib" ini penting kerana saya tidak mahu mahasiswa Islam terus 'tidur' dan lena menjadi catur-catur yang diaturkan musuh-musuh Islam. Niat saya supaya mereka akan berasa tidak selesa dengan isu-isu semasa dunia pada hari ini seperti serangan ke atas umat Islam kerana kini mereka mula sedar siapa dalang di sebalik semua itu.
Saya juga menggunakan pendekatan "tarhib" ini di permulaan bicara kerana mahu mahasiswa tidak lagi lena dengan hobi menonton filem-filem dan VCD-VCD di masa kelapangan mereka di kampus, kerana menyedari jika mereka terus berbuat demikian tanpa melihat di sebalik tabir filem-filem yang dilihat itu, dan pada masa yang sama proses pembelajaran dan pemerkasaan intelektual diri serta kepakaran masa depan dialpakan, mahasiswa Islam tidak ubah seperti umat Islam di tempat lain yang bukan sekadar gagal memikul amanah sebagai pemimpin ummah, tetapi golongan penonton yang hanya melihat satu persatu episod pembantaian umat Islam di seluruh dunia pada saat ini.
Pendekatan kedua dan terakhir saya adalah "targhib" iaitu dengan membawa berita gembira kepada adik-adik yang hadir mengenai hadis Nabi bahawa Yahudi (termasuk Illuminati) suatu hari nanti (apabila umat Islam telah bersatu dan membuat persiapan sunnatullah dan syariatullah selengkapnya) pasti akan tumbang di tangan umat Islam. Suatu hari nanti Dajjal bermata satu (disimbolkan juga pada logo sulit Yahudi Illuminati) juga akan mati di tangan Nabi Allah Isa Alahissalam.
Saya telah memberikan beberapa jaringan link dan maklumat lanjut di Internet untuk pembacaan lanjut mahasiswa kerana masa tidak mengizinkan, sementahalan menjadi sikap orang Melayu sukakan 'miracle' dan perkara-perkara 'pelik'. Saya memanfaatkan 'suis' ini untuk dialihkan kepada kesungguhan mereka untuk mengenal musuh sebenar umat Islam.
Kerana pendedahan dan persoalan teori konspirasi semata-mata, maka saya perlu bersedia dengan respon balas dari pendengar selepas ini. Walau bagaimanapun, hasrat benak hati saya memadailah mahasiswa mahasiswi Muslim yang hadir terbuka sedikit minda mereka dan kembali serius untuk memikul amanah menjaga ummah dari serangan musuh-musuh Islam. Selarilah sudah dengan hasrat urusetia supaya talk ini diakhiri dengan peranan mahasiswa dengan bidang pengajian dan karier masa depan masing-masing (sempena program Career Week PRESS).
Saya memohon jutaan maaf kepada urusetia kerana tidak mendapat maklumat rupanya mahasiswa-mahasiswa antarabangsa juga ada di celah-celah limpahan mahasiswa tersebut. Jika tidak, sekurang-kurangnya saya sediakan slide dalam bahasa Inggeris kalaupun saya tidak fasih berbahasa Inggeris. Mujurlah pada malam itu saya sempat menangkap video-video klip dalam Bahasa Inggeris yang mendedahkan mengenai kehalusan dan kelicikan Yahudi Illuminati.
Doakan saya selepas talk semalam dan pendedahan sinopsis talk tersebut pada posting ini, Allah menyelamatkan saya dari diburu oleh satelit-satelit maya Yahudi Illuminati :)
Related link : Suamiku dan Qiyamah 2012
salam ust...syukrn ats perkongsian ilmu yg dpt mbuka mata2 yg sedang lena..insyaAllah...when i go through and think a few, ap yg ana dpt, mbuka 1 psoaln di fikiran ana yg mgkn ust bleh bntu jelaskn jk ust tahu mengenai teori darwinisme..mgkinkah teori ini juga propaganda dan rancangan terancang yahudi illuminati sjk bdekat dahulu??
jk ad sebarang idea, mintk kongsi d blog ana...syukran.
huh..klu lah betul teori darwinisme tu betul2 dr yahudi..hmm..mmg lama n jauh snggh perancangan zionis ni utk mempengaruhi dan membutakan generasi akan datang !
assalamualaikum ust..sy telahpun menonton sebuah dokumetari bertajuk 'The Arrival' teori kdtgn dajjal laknatullah dan kaitan ngn yahudi yg diterbit oleh norregar & archenar. pelbagai persiapan yg telah dibuat oleh anak2 yahudi laknatullah demi mnghancurkan islam...apakah dokumentari itu ckup membuktikan pd mata dunia?apakah kesedaran mgkin timbul dr menontonnya??wslm..
Salam..saya pun tertarik baca artikel ust ni, kebetulan umi saya baru bagi dokumentari the arrival tu beberapa hari lepas. Macam ada kesinambungan dengan artikel ustaz ni..apapun, memang diorang dah lama rancang, tinggal kita sedar atau tak. Penyebaran ilmu ukhrawi perlu diperingkatkan...usaha yang tidak boleh dihentikan..
dunia sudah sedia maklum dari awal lagi sebenarnya, cuma tiada sapa aja yang mampu bersuara lantang menentang mereka... menyedihkan!
Salam wr. wb., Tahniah buat Ustaz kerana berani mendedahkan maklumat tahap S. Semoga Allah melindungi ustaz dari 'hidden hands of zionists & illuminatus'. Allah ma3ak daaiman!
salam...
ustz, aya amat berminat dgn pendedahan bkaitan prncagn jahat yahudi. nak tanya ust, kalau sya mintak ust utk wt talk kt uitm trg bleh x? cmne ngan bayaran?
Tahniah Ustaz kerana berani menyebarkan misi2 rahsia konco2 dajal al-masih. Saya pernah mendapat warning dari FBI kerana menyebarkan maklumat2 rahsia mereka di blog saya. Teruskan usaha anda, semoga diberkati Allah.
salam ustaz.. saya salah seorang pendengar talk ustaz kat uia tempoh hari..saya mmg tertarik ngan penyampaian ustaz, n lepas talk tu, saye da mmbe dom saye, asik bercakap mngenai illuminati ni..saye sgt berharap dpt jd salah seorang tentera al-mahdi, utk menghpuskan yahudi..syukran ustaz..