Content feed Comments Feed


"Economics is the No. 1 reason that people voted for Mr. Gul's party. The party's policies have created an economic boom, expanded exports and improved services. Meantime, secular opposition parties have had little positive to offer”. (Henry Barkey, chairman of International Relations at Lehigh University)

Demikianlah muqaddimah saya dalam aluan ketika memulakan usrah 1453 menyinggung Bajet 2010 baru-baru ini. Saya terpaksa menyebut tentang gerakan Islam dan parti AKP di Turki kerana PKS Indonesia sendiri mengalami kemerosotan dalam Pemilu yang lepas.

Terima kasih tidak terhingga dari usrah 1453 kepada saudara Mior Isfandy Mior Azizan atas pembentangan asas-asas mahasiswa Islam dalam menilai dan mengkritik Bajet 2010. Saya memberikan markah "cemerlang" kepada beliau kerana - walaupun memperoleh degree dalam pengajian ilmu Wahyu - beliau berjaya membuktikan kemampuan beliau selaku bekas Mentee Dr Dzulkifli Ahmad ketika bersama PPP Pas Pusat dahulu untuk membuat kajian yang sangat "mikro" lantas mampu memberikan kritikan-kritikan tajam dan bernas kepada Bajet 2010.


Ternyata beliau memenuhi hasrat saya untuk tidak terlalu bermain dengan soal angka yang memeningkan, istilah-istilah ekonomi yang sukar difahami, dan tenggelam agak 'lemas' dalam dokumen 55 mukasurat Bajet 2010. Saudara Mior memberikan 'pancing ikan' kepada rakan-rakan usrah 1453, juga sahabiyah usrah UZA di bawah kendalian isteri saya, rakan-rakan mahasiswa UIAM, saudara Alif (Iecothinker) dan saudara Fahmi dari UM yang turut hadir memaknakan perbincangan.


Pendekatan kajian bersifat "political economy" saudara Mior ternyata lebih menyeronok dan menghidupkan perbincangan. Masakan tidak, apabila isu-isu fundamental mempengaruhi 'asbabun nuzul' Bajet 2010 tidak dibentangkan secara terlalu akademik seperti kelas-kelas pengajian ekonomi, tetapi dikaitkan dengan isu-isu semasa politik itu sendiri. Apatah lagi apabila saudara Khairuddin seorang graduan Ekonomi di UIAM memberikan pandangan dan ramalan beliau bahawa Bajet 2010 - yang banyak menekankan soal liberalisasi ekonomi - adalah bajet untuk memerangkap PR secara jangka panjangnya menjelang PRU ke 13 pada sekitar 2012. Masakan tidak apabila masyarakat Cina dan India lah paling bergembira dengan Amanah Saham 1Malaysia dan nikmat-nikmat yang lain dari Bajet 2010. Peralihan undi sokongan Cina dan India kembali kepada BN adalah suatu bahaya besar menanti PR pada 2012.


Terlalu banyak yang mahu dikongsikan dapatan ilmu hasil diskusi pada malam tersebut, khususnya pada diri saya yang jika minggu lepas baru sahaja berjinak dengan dunia perlembagaan dan perundangan, kali ini Allah memilih saya untuk berjinak pula dengan dunia ekonomi global dan Malaysia.


Justeru, saya mengumumkan di hujung usrah 3 resolusi sebagai rumusan dan pelan bertindak mahasiswa yang hadir :

1. Buat penilaian Bajet 2010 secara objektif, bukan 'populis'. Dasarkan kajian dari sumber-sumber primer, bukannya sekunder seperti kenyataan ahli-ahli politik di websites mahupun blog. Sebaliknya merujuk terlebih dahulu kepada dokumen teks Bajet itu sendiri, laporan ekonomi tahunan, penyata anggaran hasil tahunan, penyata perbelanjaan kerajaan persekutuan, website MAF, DOSM, BNM, RH dan kementerian.



Saudara Mior menunjukkan dokumen-dokumen tebal lagi penting yang wajib dibaca sebelum membuat penilaian kepada Bajet 2010. Sekurang-kurangnya mahasiswa perlu membaca akhbar terbaru The Edge jika tidak mampu mendapatkan dokumen-dokumen penting bersangkutan dengan Bajet 2010.

2. Membaca teks ucapan Bajet 2010 memberikan gambaran kepada para pejuang Islam bagaimana sesebuah negara apabila Islam memerintah nanti semestinya diuruskan. Bacalah sekurang-kurangnya untuk mendapatkan gambaran sebenar bahawa tidak semudah yang disangka untuk membina dan membangunkan negara, khususnya dalam kerangka pengurusan Bajet dan ekonomi menurut prinsip Islam.


3. Mengambil pendekatan 'political economy' buat mahasiswa bukan jurusan ekonomi. Ini bermaksud, tidak perlu menjadi pakar-pakar ekonomi yang bercakap dari bilik berhawa dingin di menara gading, tetapi jadilah pemimpin dan ahli politik yang berjiwa ekonomi kerana itu adalah sunnah perjuangan Nabi Allah Yusuf dan Nabi Muhammad S.A.W.


Semoga usaha kami merintis perbincangan Bajet 2010 secara intelektual dan objektif dapat dirintis dan diperhebatkan. Kami menyedari perbincangan berat ini tidak sesuai kepada semua tahap pemikiran aktivis mahasiswa Islam hari ini, namun sekurang-kurangnya menjadi harapan kami golongan pimpinan dan pemikir dalam gerakan mahasiswa Islam dapat menjinakkan diri dengan perbincangan-perbincangan seumpama ini yang sememangnya berada di luar dari budaya perbincangan tradisional jamaah iaitu menyangkuti isu-isu politik gerakan semata-mata.



7 Responses to Usrah 1453 Rungkai Di Sebalik Tabir Bajet 2010

  1. ruginya..
    nnt klu ada lg, ana nk join klu free..
    itu pn klu sudi diterima..huhu

     
  2. Rijal82 Says:
  3. Boleh adikku Hafizan. Anta tak gtau awal2. Insya-Allah, takde masalah.

     
  4. hanif_m_noor Says:
  5. Trima kasih bang. Kalau ade lagi. jgn lupe jmput ana ye.

     
  6. Ulasan yang ringkas walaupun tidak secara keseluruhan input usrah, sgt menarik.

    Menarik lagi kalau ada softcopy/download slaid tersebut dan ditebarkan pada sesiapa yang tidak hadir. bagaimana ana boleh dapatkannya?

     
  7. simpleshida Says:
  8. salam alaik..
    masyaAllah.. sungguh terkesima melihat menatap tajuk usrah ni.. aiwah.. bguss..hehee..

    cume.. sy kureng stuju dgn ustzh enginn.. nk share n sharing..
    kena minta direct ;) mksudnye.. no need to link and upload for public..

    asbab melihatkan kemungkinn sesuatu yg xdiingini yg akan diplagiat.. lalu menjadikan bahan susulan bg mereka..hehe..

    ups.. maaf andai pndangn picisan ana ni..dibangkang ;)

    ala kullihal.. slmt berjuang buat ust.. wa zaujatuka.. ;)

    ** kkdg kita pelu hidden the important things to public.. for our safety..

    wallahu'alam..

     
  9. ala..kak simple shida ni..di mana ada saya disitu ada kak shida. Di mana ada kak shida, saya di mana2.

    yerlah, setuju dgn pandangan kak simple shida tu...

    email ana untuk slaid tu spt yg diminta: nurirsyad09@gmail.com

    syukron atas kerjasama

     
  10. Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barokatuh..

    Ustaz..usrah ni orang terpilih je ker? kalau ada yang berminat nak join boleh ke?

    ade nak kene isi borang ke?

    ada nak kene fullfil apa2 kritiria ke?

    mohon respon dr ustaz..

     

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"