Selepas Obama yang berusia 46 tahun bakal menduduki kerusi Presiden AS, dunia terus memperlihat penguasaan generasi baru anak-anak berdarah muda memegang tampuk pemerintahan dunia. Kini arus itu berlaku di Thailand.
Ketua Pembangkang Parlimen Thailand, Abhisit Vejjajiva, 44 tahun, seorang yang susuknya muda, bersih dan fotogenik, telah dinobatkan menjadi Perdana Menteri ke-27 Thailand. Abhisit pernah melakar sejarah menjadi ahli Parlimen Thailand paling muda (27 tahun) mewakili parti paling tua Thailand, parti Demokrat pada 1992. Mungkin inilah kelebihan 'political education' graduan Oxford. Tak gitu Khairy Jamaludin ?
Ketua Pembangkang di Thailand sudah menjadi PM, Ketua Pembangkang di Malaysia, wallahu a'lam.
Ketua Pembangkang di Malaysia pernah jadi TPM. Maknanya tak ada masalah kalau nak jadi PM. Masanya biarlah Allah yang menentukan...
Apa nak bangga sangat.Di belakang Abhisit ada tentera.