Content feed Comments Feed

Dari B.A Bahasa Arab ke M.A Usul Fiqh

Friday, April 18, 2008

Alhamdulillah, penantian 5 tahun 'kelana' pengajian tinggi tanpa ijazah akhirnya tamat dengan bantuan Allah jua di bumi ini. Kini aku tamat pengajian ijazah pertama di UIAM dengan jangkaan CGPA sekitar 3.4.

Kini masa untuk meneruskan tradisi kecemerlanganku di dunia pendidikan. Hakikatnya berada di Jabatan Bahasa Arab bukanlah pilihan pertamaku dahulu, hanya kerana kekosongan maka aku masuk menerima tawaran UIAM selepas permohonan pertamaku ditolak mentah-mentah. Hasratku yang gagal menyempurnakan impian menjadi graduan Syariah wal-Qanun di Al-Azhar, Tanta (pindah dari MADIWA) 3 tahun lepas nampaknya akan kembali direalisasikan tidak lama lagi melalui pengajian sarjana (MA) di Usul Fiqh (IRK) di UIAM, bidang yang selama ini aku minati sejak dari mengambil STPM di KISAS dan STU di Maahad Muhammadi Tumpat.

Bertukar angin pengajian bukan perkara baru bagiku. Pernah kulakukan semasa penukaran SPM Aliran Sains ke STPM Aliran Sastera. Bagiku, multi-branches of knowledges adalah servis terbaikku pada ummah pada masa akan datang. Pahit manis yang dilalui dari kemalangan yang mematahkan kaki kananku sebelum masuk UIAM sehinggalah ancaman digantung pengajian kerana aktivisme perjuangan mengajarku bahawa, there is no failure, only success delayed.

TERIMA KASIH UIAM, banyak mengajarku erti kehidupan dan perjuangan.

3 Responses to Dari B.A Bahasa Arab ke M.A Usul Fiqh

  1. salam alaik ustaz.masyaAllah ustaz xsangka ana ,rupenye disebalik ust shaari yg hebt ini m'punyai pglmn hidp yg penh ujian.selaunye mmg begi2,org yg hebt diseblknye mesti ade sush seng,pent jerihnye.ape2 pun syabas ustaz n syukran atas nasiht ustaz,ana xdan lg nak g jumpe k.aina.ni ana nye blog.seng2 ustz jenguklah.http://mujahidahputeri.blogspot.com. baru buat ni.ape2 nak komen,komenlah.wassalam.

     
  2. As Says:
  3. teruskan perjuangan akhi. Kita takkan selalunya dapat apa yang kita cita-citakan, namun cuba untuk menerima dan menyesuaikan diri dengan apa yang ditetapkan Allah buat kita, itu adalah cara yang terbaik.
    Pape pun, u manage to face it after all, alhamdulillah. Moga terus terbuka peluang untuk melangkah. He always knows the best aite.

    salamuLLahi 'alaik

     
  4. Rijal82 Says:
  5. terima kasih halimah dan nur ilahi. nantikan tulisan saya seterusnya mengenai perjuangan di Syria :)

     

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"