Cabaran terbesar sebagai trainer adalah memilih topik-topik 'terpenting' dari 'penting' untuk disesuaikan bagi meraikan masa yang singkat (program sehari) dan kehendak penganjur. Alhamdulillah, kami telah lakukan yang terbaik untuk menerapkan elemen terbesar yang disuntik masuk dalam diri Sultan Muhammad al-Fateh iaitu pemikiran positif dan sangka baik kepada Tuhan dan para guru-guru yang mendidik. Itulah yang kami mampu lakukan baru-baru ini bersama anak-anak kakitangan Bank Islam Malaysia Berhad.
Meskipun kami tidak paparkan kisah dan modul Muhammad al-Fateh dengan mendalam dan khusus yang kebiasaannya kami lakukan jika program tersebut adalah program korporat, atau program remaja yang memakan masa 3 hari 2 malam (kami paparkan pada hari kedua malam biasanya), namun dalam bicara penutup program saya membongkarkan apa yang telah dilalui oleh anak-anak adalah sebahagian dari proses penghebatan potensi diri anak yang telah dilakukan oleh Sultan Murad dan Syekh Syamsudin dalam proses melahirkan karakter luarbiasa Sultan Muhammad.
Terima kasih kepada Encik Zikry Shairy dan Ust Ali serta seluruh krew I.P Minda dan Kelab Kebajikan BIMB serta ibu-ibu ayah-ayah yang telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk membina potensi anak-anak anda semua. Mereka adalah hero pada zaman mereka nanti insya-ALlah.
TESTIMONI KEM MOTIVASI REMAJA UNGGUL
(BASIC AL-FATEH VALUES : SPIRITUAL QUOTIENT)
ANAK-ANAK KAKITANGAN BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
Tarikh : 16 Disember 2010 (program sehari)
Tempat : Ibu Pejabat BIMB
“Cara-cara fasilitator menyampaikan ceramah mereka begitu bersemangat dan berwibawa. Akhir sekali, mereka juga mencabar untuk kami terus berjaya pada masa hadapan kelak. Insya-Allah, saya mahu menjadi ikon remaja yang terbaik sempena awal muharram ini” (Nusaibah Sakinah bt Hashim, Sekolah Agama Menengah Rawang)
“Cara-cara penceramah menyampaikan ceramah begitu bersemangat sekali.” (Syahzanani Izzati bt Shukri, Sekolah Kebangsaan (2) Gombak )
“Cara fasilitator memberi ceramah dengan penuh bersemangat dan banyak mendorong kepada kebaikan.” (Fatimah Azzahraa bt Rosli, SMK Gombak Setia)
“Selepas saya melihat video selepas aktiviti “the mummy”, pandangan hati saya telah terbuka, saya terharu melihat bayi yang tak berdosa itu, saya patut bersyukur kerana saya dapat dilahirkan di dunia ini...... “ (Muhd Luqmanul Hakim b. Abd Hamid, SK Seksyen 7)
“Program ini dapat mendidik saya untuk menjadi yang terbaik dalam kehidupan seharian. Dan tidak berputus asa kerana ada orang yang kekurangan tetapi boleh mendapat kejayaan yang lebih cemerlang. Saya telah menyaksikannya dalam program ini. Kini saya mahu berusaha bersungguh-untuk untuk mencapai sesuatu matlamat dan tidak melupakan ibu bapa apabila berjaya.” (Nur Hanis Binti Rahimmuddin, MRSM Alor Gajah)
“Antara yang paling menyedarkan saya dalam program ini adalah video-video yang ditayangkan cukup menyentuh hati dan membuka minda. Saya ingin berazam dan berusaha untuk mendapat 5A dalam UPSR tahun hadapan yang akan saya lalui.” (Afiqah Zahiyah binti Rosli, SK Semenyih)
“Sebab perkataan yang disebut dari mulut mereka (fasilitator) sangat jelas dan juga senang untuk kami faham.“ (Nur Adlina binti Zainal Fitri, SK Seafield)
“Dengan kefasihan penceramah menyampaikan isi ceramah yang menyentuh hati dan segala maklumat serta informasi yang memebuka minda saya. Saya ingin bangkit sebagai pelajar dan insan yang cemerlang dari segala aspek selain membalas jasa kedua ibu bapa saya.” (Nur Amirah Adlina binti Suhaini, SM Sains Bagan Datoh, Perak)
“Saya rasa program seperti ini banyak membantu diri saya menjadi lebih positif kerana program ini membuatkan saya to always thinking positively.” (Muhammad Arif b Awang Bakar, SM Islam Puchong)
Kredit Gambar kepada Puan Atikah Abdullah
0 Responses to Menjadi "Sultan Murad" Kepada Anak-anak Kakitangan BIMB