Saya berkesempatan mengikuti slot “Renungan ESQ 165” yang dikendalikan oleh Pak Aminur Rahman dari ESQ pada malam pertama I.P Minda Training & Consultancy mengendalikan Kursus Team Building pada staff FELCRA Berhad di Seberang Perak. Pada malam tersebut, bagaikan kami sekali lagi dibawa mengembara alam semesta lantas melihat ‘keindahan’ Islam sebagai orbit, landasan dan cara hidup terbaik di atas muka bumi ini.
Memadai saya kongsikan apa yang beliau nyatakan mengenai rukun Iman ketiga iaitu iman kepada para anbiya dan Rasulullah S.A.W. Pak Aminul berjaya membuat shift paradigm kepada kami sehingga kami beroleh satu ‘kaca mata’ baru untuk melihat sejarah perjuangan para anbiya dengan paradigm yang tepat dan benar.
Katanya, keimanan kepada para anbiya bukanlah dizahirkan dengan sekadar hafalan nama-nama mereka dan mukjizat apa yang mereka telah lakukan, tetapi mestilah dikaji karakter kepimpinan setiap para Nabi yang dianugerahkan dengan pelbagai keunikan dan kelebihan antara satu sama lain.
“Adalah Bani Israel, mereka diuruskan urusan (siasah) mereka oleh para nabi (tasusuhumul anbiya). Ketika seorang nabi wafat, maka diganti oleh nabi yang lain. Sesungguhnya tidak ada lagi nabi setelahku, namun akan ada khalifah, dan jumlahnya banyak... " [HR Bukhari dan Muslim].
Setiap Nabi diberikan kelebihan kepimpinan yang tersendiri dan "leadership code" yang sememangnya bersesuaian dengan realiti zaman dan tahap pemikiran-peradaban kaum yang dihadapi, yang sewajarnya diteladani oleh kita.
Islam memberikan “model hidup” untuk memperkata dan membumikan teori-teori kepimpinan yang hanya banyak diungkapkan oleh sarjana Barat secara teoritikal tanpa role-model yang hidup melaksanakan teori tersebut secara sempurna.
Alhamdulillah, kini saya bukan sekadar terus bersemangat untuk mencarigali khazanah para anbiya agung Islam, bahkan saya kini mempunyai satu paradigm baru dalam menanggapi sirah para anbiya, khususnya kisah-kisah sejarah dalam sebaik-baik fakta iaitu Al-Quran itu sendiri. Bukan lagi kini sekadar mengkaji berasaskan fakta dan nas yang sahih, tetapi menganalisanya dan membaca yang tersirat dari sekadar tersurat seperti pendekatan Syekh Munir Ghadhban dan Syekh As-Sollabi dalam penulisan sirah mereka.
Teringat saya ketika membentangkan mengenai perencanaan Yahudi Illuminati kepada rakan-rakan mahasiswa USIM di Pandan Indah, kenapa sepertiga Al-Quran bercakap mengenai sejarah dan kenapa sebahagian besar nama-nama Nabi yang diulang-ulang adalah Nabi Musa dan pertembungannya dengan Bani Israel. Rupanya ada "rahsia besar" mengenai musuh sebenar umat Islam pada hari sejak zaman berzaman dari era Nabi Allah Musa alaihissalam.
Syekh Mutawalli Sya’rawi adalah sebaik-baik tafsir yang menyentuh hati saya ketika beliau memperkata mengenai peranan kisah sejarah dalam Al-Quran. Beliau menyebutkan dalam juzuk pertama tafsirnya ketika mentafsir kisah Nabi Adam dijadikan sebagai khalifah.
Syekh Sya’rawi rahimahullah menyatakan bahawa kisah sejarah dalam Al-Quran sama sekali tidak sama dengan kisah sejarah dalam selain Al-Quran (dan al-Hadis). Pendekatan kisah dalam al-Quran sama sekali tidak sama dengan buku-buku sejarah, novel-novel mahupun kertas-kertas kerja kajian tokoh-tokoh agung manusia. Al-Quran mempunyai sebab yang tersendiri untuk tidak terlalu menekankan soal “when, what, who” dalam kisah-kisahnya yang datang dari Yang Maha Mengetahui.
Wallahu a’lam.

Jika mahu melihat pemimpin yang diuji dengan kesakitan yang sangat dahsyat dan baginda lolos dalam ujian aqidah perjuangan itu, kita ada model dari Nabi Allah Ayub alahissalam.
Jika mahu melihat pemimpin yang diuji dengan kekayaan yang melimpah ruah dan menguasai kerajaan dunia tetapi baginda lolos dalam ujian tersebut dan terus beriman kepada Tuhannya, kita ada model dari Nabi Allah Sulaiman alahissalam.
Jika mahu melihat pemimpin muda remaja yang diuji dengan godaan wanita kita ada model dari Nabi Allah Yusuf alahissalam.
Jika mahu melihat karakter pemimpin yang tegas dan keras pendekatannya, kita ada model dari Nabi Allah Musa alahissalam .
Jika mahu melihat karakter pemimpin yang sebaliknya sangat peramah, lembut hati termasuk kepada musuh, lihatlah kepada Nabi Allah Isa alahissalam.
Jika mahu melihat karakter pemimpin yang sanggup mengutamakan cinta Allah mengatasi cinta pada keluarga dan anak tersayang, kita ada model dari Nabi Ibrahim alahissalam.
Jika mahu melihat kesemua karakter kepimpinan para anbiya, lihatlah pada Nabimu Muhammad S.A.W.", demikian ujaran Pak Aminur.
Alhamdulillah, kini saya bukan sekadar terus bersemangat untuk mencarigali khazanah para anbiya agung Islam, bahkan saya kini mempunyai satu paradigm baru dalam menanggapi sirah para anbiya, khususnya kisah-kisah sejarah dalam sebaik-baik fakta iaitu Al-Quran itu sendiri. Bukan lagi kini sekadar mengkaji berasaskan fakta dan nas yang sahih, tetapi menganalisanya dan membaca yang tersirat dari sekadar tersurat seperti pendekatan Syekh Munir Ghadhban dan Syekh As-Sollabi dalam penulisan sirah mereka.
Teringat saya ketika membentangkan mengenai perencanaan Yahudi Illuminati kepada rakan-rakan mahasiswa USIM di Pandan Indah, kenapa sepertiga Al-Quran bercakap mengenai sejarah dan kenapa sebahagian besar nama-nama Nabi yang diulang-ulang adalah Nabi Musa dan pertembungannya dengan Bani Israel. Rupanya ada "rahsia besar" mengenai musuh sebenar umat Islam pada hari sejak zaman berzaman dari era Nabi Allah Musa alaihissalam.
Syekh Mutawalli Sya’rawi adalah sebaik-baik tafsir yang menyentuh hati saya ketika beliau memperkata mengenai peranan kisah sejarah dalam Al-Quran. Beliau menyebutkan dalam juzuk pertama tafsirnya ketika mentafsir kisah Nabi Adam dijadikan sebagai khalifah.
Syekh Sya’rawi rahimahullah menyatakan bahawa kisah sejarah dalam Al-Quran sama sekali tidak sama dengan kisah sejarah dalam selain Al-Quran (dan al-Hadis). Pendekatan kisah dalam al-Quran sama sekali tidak sama dengan buku-buku sejarah, novel-novel mahupun kertas-kertas kerja kajian tokoh-tokoh agung manusia. Al-Quran mempunyai sebab yang tersendiri untuk tidak terlalu menekankan soal “when, what, who” dalam kisah-kisahnya yang datang dari Yang Maha Mengetahui.
“Setiap kisah dalam al-Quran sebenarnya adalah kisah-kisah yang akan berulang pada setiap zaman dan keadaan. Kisah Firaun bukanlah cerita mengenai batang tubuhnya dan kejahatan yang beliau lakukan semata, kepada rakyat Mesir, tetapi kisah mengenai akan sentiasa ada pada setiap zaman para pemerintah yang mahu dirinya disembah bagaikan Tuhan.
Kisah Ashabul Kahfi bukanlah sekadar mengenai kisah para pemuda yang tidur 300 tahun dalam sebuah Gua, tetapi ia adalah kisah mengenai akan sentiasa wujud golongan pemuda yang beruzlah dari jahiliyyah yang akan sentiasa berulang pada setiap zaman.
Kisah Zulkarnain bukanlah sekadar mengenai kekuasaannya, tetapi kisah mengenai setiap zaman akan ada pemerintah yang soleh dan kembalinya bumi Allah di bawah warisan hamba-hambaNya yang soleh...” - Syekh Sya'rawi
Wallahu a’lam.
Ana sangat teruja pabila disebut berkaitan sejarah/kisah dalam al-quran.
pabila menghayati ayat2 al-quran yang kebanyakan berkenaan kisah2, ada kisah yang dijelaskn secara terperinci dan ada juga yang tidak dijelaskan scara terperinci
seperti contoh kisah nabi yusuf as, kisah ashabu al-kahfi yang diterangkan secara terperinci
seperti kisah Inthonkiyah (habibu an-najar dalam surah yasin ) mempunyai banyak pendapat
mungkin sebagai hikmah dari Allah. Sememangnya seronok membaca kisah dalam al-quran. Ada tarikan dari segi penceritaan
salam u syaari...ana ada satu cadangan kitab, andai us berminta...cukup baik untuk dikaji...qasal alqurani, karangan dr solah abd fattah al khalidi...boleh dijadikan sumber utama, dan perincian ditambah dengan kita2 lain yg us sebutkan tu..
Ustaz ke yang pengsan banyak kali masa ESQ Training?