Content feed Comments Feed


Dalam masa dua hari, saya berjaya menamatkan bacaan “HULAGU KHAN: Khabar Hitam dari Timur” yang ditulis oleh Abdul Latip Talib, terbitan PTS.

Pada awalnya saya keberatan mahu membeli buku ini kerana naratif penceritaan kisah sejarah ini berbentuk novel. Sudah pasti pendekatan Pak Latip Talib sememangnya bersahaja dan santai, sangat sesuai untuk mengetuk emosi mereka yang selama ini sangat membosani subjek sejarah dan tokoh, dan sebaliknya menggilai novel-novel cinta, sains fiksyen dan pengembaraan. Pendekatan ini sudah pasti janggal bagi mereka yang sangat mendambakan penulisan yang mengambil berat soal pengambilan fakta dan pernyataan sumber untuk kajian lanjutan secara individu.

Namun, saya mengagahkan diri juga membeli buku ini. Kerana dua faktor, iaitu :

1. Saya tidak kenal mendalam siapa Hulagu Khan. Yang sempat saya berkenalan hanyalah datuknya Genghiz Khan,melalui filem “The Monggols”.

Juga melalui buku “100 Tokoh Manusia Paling Berpengaruh Di Dunia” karangan Michael H. Hart yang menyaksikan Genghiz Khan di tangga ke-21, meninggalkan jauh Caesar, Alexander The Great, Napoleon Benoparte, Adolf Hitler, dan tokoh-tokoh penakluk Asia yang lain.

Jadi, pendekatan novel mengenai Hulagu Khan, pewaris empayar separuh dunia di bawah Genghiz Khan, difikirkan sangat sesuai untuk menjinakkan buat pertama kali fikiran saya pada Hulagu secara khusus dan Monggol secara umum.

2. Tiba masanya beralih sejenak ke kotak pemikiran musuh. Pak Latip berbeza sedikit dengan penulisan sejarah beliau terbitan PTS sebelum ini. Hulagu Khan adalah satu-satunya tokoh ‘hitam’ karya beliau yang sebelumnya menulis mengenai tokoh-tokoh ‘putih’ seperti Muhammad al-Fateh, Khalid al-Walid dan sebagainya. Saya gemar pendekatan ‘Kingdom of Heaven’ (melihat kekuatan Salahuddin dan Jerusalem dari kacamata Crusaders) yang ditonjolkan oleh Pak Latip.

Analisis Buku

Saya lebih suka menganalisa sejarah dengan pendekatan yang lebih bersifat pandang ke depan melalui pemahaman kerangka IQ-EQ-SQ yang telah banyak saya hurai dalam penulisan sebelum ini.

Faktor IQ tidak selamanya mampu menjaga sesebuah peradaban. Bukti jelas dari pusat ilmu Islam, kota 1001 malam dan ibukota politik empayar Abbasiyah, kota Baghdad akhirnya tumbang selepas 508 tahun memerintah dengan 37 khalifah. Khalifah yang terakhir ialah Al-Musta'shim Billah (640H-656H).

Baghdad bagi umat Islam-Abbasiyah ibarat Konstantinople bagi umat Kristian-Byzantium ketika itu. Punyai 1001 sebab untuk mendabik dada menyatakan mustahilnya ibukota empayar itu mampu dilumpuhkan mahupun dimusnahkan. Pada era Abbasiyyah, dunia Islam berada di puncak tertinggi IQ (kecerdikan dan kepakaran ilmu). Nama-nama seperti Ibnu Sina, Al-Razi, Ibnu Hayyan, Imam Hanafi, Imam Malik, Imam Syafie, Imam Hanbali, Al-Khawarizmi dan pelbagai nama lagi hidup pada era ini. Ilmu-ilmu dari Yunani dan Parsi diterjemahkan. Perpustakaan Baitul Hikmah dibina. Bahkan penduduk Eropah datang ke kota Baghdad untuk mempelajari ilmu pengetahuan. Kota Baghdad menjadi “world center of knowledge”.

Namun demikian, apabila IQ (hablum-minal-‘alam) tanpa berkekalannya faktor EQ (hablum-minaas) dan faktor SQ (hablum-minaLlah), sunnatullah bernama “sejarah” telah mengajar bahawa peradaban dan kuasa politik itu tidak akan kekal lama.


Faktor EQ

1. Virus perkauman (asabiyah) bukan sekadar meruntuhkan Usmaniah menjelang 1924, bahkan lebih awal dari itu skrip itu sudah muncul pada pemerintahan Khalifah terakhir Abassiyah. Pak Latip menggambarkan bagaimana orang Parsi, orang Turki dan orang Arab saling bersengketa walaupun diikat dengan satu aqidah. Kesempatan inilah yang digunakan oleh Orang Monggol melanggar Baghdad.

2. Masalah integriti pimpinan negara apabila berlaku siri-siri pembelotan yang dilakukan menteri kanan Khalifah al-Musta’shim Billah iaitu Umayiduddin Muhamad al-Aqami.

Faktor SQ

Pak Latip menceritakan bagaimana orang Monggol tidak takut bagaimana besar sekalipun jumlah tentera Islam Abbasiah, banyaknya pedang tentera Islam bersinar, banyaknya anak-anak panah berterbangan dari pihak Islam.

Yang mereka takut hanyalah doa orang Islam. Kerana doa inilah yang menakutkan Genghis Khan dari menawan kota Baghdad dulu. Kerana doa ini jugalah menakutkan Hulagu Khan dari mara ke Makkah dan Madinah di hujung usianya. Doa dan munajat kepada Tuhan (SQ) adalah senjata sebenar umat Islam.

Hulagu Khan seorang pemimpin perang yang pintar. Mereka memperdaya dahulu para alim ulama, imam-imam, tokoh-tokoh agama dengan diberi makan daging babi dan anjing. Makanan haram inilah menyebabkan doa-doa para ulama di belakang Khalifah al-Mu’tasim tidak dimakbulkan selama 40 hari 40 malam. (walau bagaimanapun, saya masih mencari sumber kepada riwayat ini)

Dengan ketiadaan faktor EQ dan SQ itu, maka berakhirlah zaman kegemilangan Baghdad di bawah kerajaan Abbasiyyah. Hampir SATU JUTA nyawa rakyat di Kota Baghdad melayang. Semua harta berharga di Baghdad musnah, ulama-ulama, para cendekiawan mati dibunuh. Kitab-kitab, khazanah ilmu habis dibakar dan abunya dialirkan ke Sungai Dajlah sehingga air sungai bertukar warna menjadi hitam disebabkan dakwat jutaan kitab-kitab.


Wikipedia pula melaporkan :

The Grand Library of Baghdad, containing countless precious historical documents and books on subjects ranging from medicine to astronomy, was destroyed. Survivors said that the waters of the Tigris ran black with ink from the enormous quantities of books flung into the river. Martin Sicker writes that close to 90,000 people may have died (Sicker 2000, p. 111). Other estimates go much higher. Wassaf claims the loss of life was several hundred thousand. Ian Frazier of The New Yorker says estimates of the death toll have ranged from 200,000 to a million."

Gambar Khalifah al-Mu'tasim diarahkan oleh Hulagu menunjukkan khazanah emas Baghdad

Kita juga jangan lupa, tidak sedikit juga kitab-kitab agung Islam yang lain yang tidak dibakar, tetapi diambil dan diberikan pada sekutu Hulagu Khan dari kalangan Salib di Eropah. Bermula dari sinilah bermulanya episod secara senyap Eropah ‘mencuri’ dan menciplak ilmu-ilmu Islam untuk menaikkan nama figura-figura mereka di pentas ilmu dan teknologi maklumat sehingga nama mereka kekal ke hari ini.

Baghdad was one of the most brilliant intellectual centers in the world. The Mongol destruction of Baghdad was a psychological blow from which Islam never recovered. Already Islam was turning inward, becoming more suspicious of conflicts between faith and reason and more conservative. With the sack of Baghdad, the intellectual flowering of Islam was snuffed out.” (Steven Dutch)

“Yang paling nikmat dalam hidup adalah apabila dapat mengalahkan musuh, kemudian memancung leher mereka, merampas barang-barang berharga milik mereka, dan mendengar tangisan orang yang mencintai mereka”- kata-kata popular Genghiz Khan

Fakta Yang Memerlukan Semakan Semula

Secara kritikalnya, saya masih mahukan kajian lanjutan selepas menamatkan buku Pak Latip ini. Antaranya :

1. Berdasarkan konsep IQ-EQ-SQ yang saya ‘imani’ dari ibrah sejarah jatuh bangun tamadun, benarkah kota Bahgdad - world center of knowledge - itu begitu mudah dimusnahkan secara total oleh satu bangsa yang buta huruf, tidak pandai membaca atau menulis ?

Benarkah Hulagu Khan itu buta huruf seperti datuknya Gengkhis Khan ? Namun yang pasti, sememangnya bangsa Monggol berasal dari bangsa yang buta huruf.

2. Sejauhmana hubungkait Raja Reymond dan peranan Salib ketika Baghdad dimusnahkan pada pada 1258M tersebut? Benarkah Salib memberikan ‘baton’ mereka kepada Monggol untuk menyerang Islam selepas mereka dimalukan oleh Sultan Salahudin di Hittin pada 1187M ?

6 Responses to Rumusan Buku “Hulagu Khan” : Abbasiyah Tumbang Apabila IQ Berdiri Tanpa EQ dan SQ

  1. Ahmad Ashraf Says:
  2. SALAM ABANAG, sehat?

    adik bjaya habiskan buku ni dalam 6 jam tanpa henti melaenkan solat.

    ni adik cbe nak kongsi sedikit......

    [{(Berdasarkan konsep IQ-EQ-SQ yang saya ‘imani’ dari ibrah sejarah jatuh bangun tamadun, benarkah kota Bahgdad - world center of knowledge - itu begitu mudah dimusnahkan secara total oleh satu bangsa yang buta huruf, tidak pandai membaca atau menulis ?]})

    bagi ana, kita perlu ingat, sebelum bermulanya ekspedisi hulagu ke HASHASHIM, mongol pd waktu itu telah didatangi oleh kristian,

    kristian sejak dahulu lagi amat memusuhi Islam, ini adalah salah satu taktik mereka untuk menghancurkan islam dengan mengdoktrin alat untuk hancurkan islam iaitu bangsa mongol.
    ini dibuktikan apabila isteri Hulagu adalah kristian, tidak pula dibenci kristian itu, nalah diambil isteri pulak.( isterinya seperti berkahwin kerana mahu menegakkan agama, bukan kerana dunia)

    pada waktu itu, eropah bukan lagi di zaman gelap, malah di zaman Renaissance, waktu eropah bangkit, bangkit dalam mencari ilmu,

    mungkin juga ini adalah salah satu cara eropah mahu mengaut kekayaan ilmu abbasiah dengan cara senang, tanpa tumpah darah. ini ada dicerita bahawa sebahagian buku dibawa ke eropah dalam novel itu.

    cg sejarah sekolah saya dulu pernah bagitau, dia ada terbaca di internet, bahawa teknologi roket dicipta oleh mongol,....adakah yang buta huruf itu pandai sains? atau abbasiah yang ciptakan teori roket yang dipelopor nasa hari ini,,,,,

    dalam artikel abang, bkenaan konsep SQ, ana nak tambah cikit, Kesultanan Islam Kaukasus menang peperangan dgn Hulagu, ini dibuktikan Sq yang kuat serta warisan IQ & EQ tentera mongol menyebabkan hulagu kecundang lebih daripada sekali.

    setakat ini sahaja daripada ana, harap perkongsian yang lebih mapan di haru mendatang...


    sila kunjung artikel ni di blog ana, harap dapat komen

    http://ashcroftstylus.blogspot.com/2009/09/ramadhan-imbau-kembali-peristiwa-ain.html

     
  3. Ahmad Ashraf Says:
  4. satu ag, mitak abang analisa cikit berkenaan ain jalut,

     
  5. Rijal82 Says:
  6. Terima kasih adik walaupun sukar nak sebut nama apa anta sebenarnya :)

    Komentar balas anta sangat berharga untuk abang manfaatkan. Semakin gila nak mengkaji, semakin terserlah kejahilan diri, semakin terasa keagungan lautan ilmu Tuhan ini.

    Terima kasih. Abg akan kunjungi blog anta utk memantapkan posting seterusnya mengenai Ain Jalut dan peranan ulama Al-Izz bin Abdis Salam di belakang Saifudin Qutus sebagaimana peranan Syekh Aq Syamsudin di belakang Muhammad al-Fateh.

     
  7. Ahmad Ashraf Says:
  8. ash+croft(kroft)+sty(sti)+lus(lus)

    kalopkataan 'stylus' tanpa gabung ape2, maka dibaca (stailus)

    papepon selepas mendengar talk bkenaan fatih daripada abang sebanyak 4 kali, rase nak dgr ag, sejak dari dq sampai skg kat uia...

     
  9. AdH Says:
  10. Assalamualaikum,

    Mohon dipautkan ke blog boleh? Sekadar menambah ulasan buku yang berbeza dari yang lain.

    Jazakallah khair

     
  11. Unknown Says:
  12. ulasan nak nambah ilmu

     

Integriti Maya

Sebarang pengambilan mana-mana bahagian daripada tulisan di sini adalah sangat digalakkan untuk disebarkan, namun perlulah mendapat izin daripada Iskandarfateh.

Ataupun, sila beri kredit bahawa anda mengambil mana-mana kenyataan tersebut dari Blog
Iskandarfateh ini.

Terima kasih. Saya sangat hargai kunjungan anda.

Montaj IPTC

Twitter With Me

Profail Blogger


Syaari Ab. Rahman merupakan seorang perunding motivasi terlatih. Profail lengkap beliau di "Hubungi Saya"